Tips Jadi Genius. Wajib baca!!!

11.1.15

Assalamualaikum pembaca blog happylife-mama@blogspot.com,

Semoga sentiasa sihat dan bahagia hendakNya. Amin.

Sejak akhir-akhir ni, aai agak kerap buat entri.

Kenapa ya?

Maklumlah, baru dapat hadiah besday dari huby, sebuah gadget yang lagi canggih dari gadget aai yang dahulu.

Syukur Alhamdulillah.

Hasilnya, aai dah mudah berblogging hanya dari smartphone aai aje.

Nak jadikan cerita, laptop pula meragam. Jadi, ibarat tiada rotan, akar pun jadilah.

Yang penting aai istiqamah menyampaikan info dan input yang bermanfaat untuk semua.

Kali ni, aai nak share satu kisah, lebih kepada fakta dengan penjelasan saintifik, dan pada pendapat aai, ianya sangat logik dan releven sehingga kini.

****************************
Mengapa para tahfiz bijak?
****************************

Dahulu aai selalu dengar orang-orang yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat itu.

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadis.

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi aai terfikir, apa rahsia mereka?

Aai mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik.

Namun, melalui sumber carian aai di internet, ada seorang hamba Allah ini mengkaji bagaimana beliau temui rahsia sebenar para hafiz dan hafizah begitu cemerlang dalam bidang akademik.

*****************************
Rahsia akhirnya terjawab!
*****************************

Menurutnya, beliau mengambil masa yang lama untuk mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, dan beliau dapati satu kesimpulan yang beliau kira sangat bagus.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri.

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita.

Kata-kata itu beliau dapati dari guru-guru beliau.

Walaupun mulanya beliau tak berapa faham.

Tapi apabila beliau mula amati pembacaan Al-Qurannya,

Ternyata memang benar,

Otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar.

Sekiranya otak kita lambat berfungsi, maka pembacaan kita akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

****************************
Penjelasan saintifiknya
****************************

Hal ini beliau fahami ketika beliau masih sekolah menengah di MRSM dahulu,

guru Biologi beliau ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential pun.

***************************
Bagaimana ia berlaku?
***************************

Ok, logik dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran.

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya;

Huruf apa yang terpapar,

Bunyinya macam mana,

Makhrajnya dimana,

Jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya,

Harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya.

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan.

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia.

Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya,

Apabila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama,

mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi,

ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju.

Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Oleh itu,

apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik,

bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar.

Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu kan.

Maka,

nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Oleh yang demikian,

walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math.

Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat.

Ini memang aai akui, seingat aai dulu masa form 4&5, subjek add math memang seronok, lebih-lebih lagi kalau dapat jawapan yang tepat, tapi begitu meletihkan otak.

Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Namun,

pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah.

Subhanallah!!!
Subhanallah!!!
Subhanallah!!!

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran.

Oleh sebab itulah,

umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.

Jadi apa tunggu lagi,

Sampaikan pada semua saudara-mara dan semua kenalan kita agar mereka juga akan jadi genius!

Pembaca blog happylife-mama@blogspot.com yang dikasihi,

Nak amal jariah mudah?

Sila share kepada rakan twitter, fb kerana barangsiapa yang tergerak untuk istiqamah membaca al quran dengan asbab share anda itu, mudah-mudahan moga amalan anda itu yang membawa anda ke syurgaNya. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment