Cara-cara Install Whatsapp Untuk PC

28.1.15

Assalamualaikum.
Semoga pembaca blog happylife-mama@blogspot.com sihat disamping insan tersayang.

Baru hari ini dapat info tentang whatsapp di web daripada group biz shaklee.

Terima kasih pada saudara afham kerana share info ini dengan aai.

Jadi, aai rasa ada baiknya aai share info macam mana nak install whatsapp di web samaada di laptop atau pc.


Teruja nak share info ni pasal apa?

Al kisahnya,

Baru 2 hari aai ada buka coaching menjahit baju kurung di whatsapp.

Alhamdulillah, dapat sambutan yang sangat mengalakkan.

Mana taknya, ai target dalam beberapa orang jer yang nak join aai punye coaching. 

Tak sangka hampir 500++ orang kaum hawa yang tak tahu menjahit pm aai untuk minta masuk dalam group free coaching aai.

Alhamdulillah. Tercapai matlamat aai nak menambah nilai hidup insan lain.

Benda free, sape nak tolak kan?

So, ini merupakan projek komuniti dari aai untuk mengeratkan ukhwah dan menambah saham akhirat untuk aai kelak. Memang aai tak letakkan apa-apa bayaran atas coaching yang aai tawarkan ini.

So, sesiapa berminat nak memandaikan diri sendiri dalam dunia jahitan baju kurung, boleh pm aai no hp ya. 

Nanti aai masukkan dalam batch geng jahit seterusnya selepas mereka yang berada dalam batch 1st khatam yer.

Semoga usaha aai yang sedikit ini, diberkati olehNya.

Bila dah ada versi web,lagi mudah aai nak menaip laju-laju, coaching pun cepat habis. Kan...


Cara-Cara nak guna WhatsApp Web:

1. Update WhatsApp ke versi terkini.

2. WhatsApp versi terkini, pada menunya ada butang WhatsApp Web.

3. Jika dah update tapi takde butang WhatsApp Web, anda kena off hp dan buka semula.

4. Buka link http://web.whatsapp.com melalui PC atau Laptop.

5. Selepas buka link tu pada PC atau Laptop, web tu akan ada QR code.

6. Guna WhatsApp pada HP, klik butang WhatsApp Web, akan keluar QR code scanner.

7. Scan QR code tu guna HP.

8. Bila dah berjaya, WhatsApp boleh guna pada PC atau Laptop melalui web.

9. Mesej melalui WhatsApp Web, juga akan masuk ke WhatsApp versi HP.

Selamat mencuba. :)

No comments:

Post a Comment