Derita 7 tahun berakhir, Selamat Tinggal Resdung

25.2.14
Dah 7 tahun suami aai ni sengsara dengan penyakit resdung dia. Aai sendiri pun naik kesian tengok azab yang dia alami.

Resdung dia bukan resdung biasa-biasa. Ini resdung tahap Ultraman dah. Sehari tak kurang 30x bersin. Itu belum termakan seafood atau ayam. Lagi bersin bertalu-talu macam kompang kenduri kawin.

Ubat, kayu asap, vitamin, akar kayu…. tak payah cerita lah. Asalkan ada yang kata boleh rawat resdung dia, memang berdesup dia cari. Rawatan kayu asap berkesan tak lamaa, selesa lah juga tak selsema seminggu, lepas seminggu, datang semula resdung dia.

Duit keluar memang macam air. Tapi itu okay lagi. Yang lebih tak okay adalah tak tau sejauh mana keberkesanan ubat-ubat tu dan seteruk mana side effect dia pada anggota badan.

Bila aai tanya suami… sampai bila nak hadap resdung ni? Dia jungkit bahu. PASRAH. Macam-macam cuba tapi tak sembuh juga. Sebagai seorang isteri, aai yang tak resdung pun terasa tempias azab dia.

Tapi ini dah jadi sejarah dah.

2 bulan lepas, aai terdapat tahu yang Shaklee rupanya ada set resdung.

Sebagai isteri yang sangat prihatin (chewah), saya pun amik inisiatif untuk study. Aai tengok banyak testimoni orang yang fully cured atau almost cured dengan Set Resdung Shaklee.

Lagi aai Google, lagi aai jumpa benda yang sama. It really works.

Jadi, selepas aai dah betul2 yakin, aai pun bagi tau la kat suami aai ni.

Suami aai ni, kalau makan ubat tunggu dah sakit baru cari panadol. Kalau dah selsema dan bersin tahap gaban, baru nak cari pil cetrizine (pil meredakan alahan akibat resdung). 

Kalau kat klinik dekat-dekat dengan rumah aai ni, nurse tu dah kenal sangat muka aai. Muka ubat resdung, tapi saya tak resdung. Saya tunjuk muka je kat kaunter, nurse tu bagi ayat penyata,
"mau cetrizine 1 papan eh?"

Hehehe... dah macam aai pulak yang kena resdung. Actually, suami aai jenis segan nak berurusan dengan perempuan. 

Suami aai, standard la. Terus makan je, tapi dengan syarat, aai kena jadi 'alarm' untuk dia makan suplemen ni. Tak kisah lah, lelaki ni biasanya tak cemerkap dalam hal makan suplemen. Tak sakit, buat ape nak makan ubat? Gitu le firasatnya. 

Aai risau jugak takut harapan suami aai ni berkecai sekali lagi. Tapi disebabkan aai juga ambil alfalfa ni dalam set bf, sekurang-kurangnya aai tak rasa satu pembaziran lah kalau resdung suami aai masih tak juga sembuh. Alhamdulillah, set bf buat susu badan bertambah banyak untuk anak aai.

Alhamdulillah dan syukur tak terhingga, selepas hampir 1 bulan dok jadi 'alarm' suami aai… masya Allah, resdung dia dah hampir hampir sembuh.

Dah tak bersin berpuluh kali dah. 

Suami aai ni clearly so happy about this. Terkejut sangat dia bila, last week makan nasi ayam dengan member, langsung tak bersin dan selsema.

Suami aai tahu saya join biz Shaklee ni, tapi disebabkan dia sibuk dengan biz dia, yang dia tahu aai dok promote sana sini set breastfeeding Shaklee. Dia tak tahu pun Shaklee ni ada set resdung. 

Dia pernah tanya “Kenapa sebelum ni takde bagitau pun?”

Saya jawab “Tak abes explore lagi..Hehehe”.

Kemudian dia marah aai sebab baru bagi tau dia. Dah berhabis kat ubat resdung sebelum ini. Kat Shaklee tak sampai RM100 pun sebulan.

Aiya.. mana la aai tau kan. Buat Shaklee pun baru tahun ni.. Lepas tu fokus kat Set Breastfeeding aje… Itu pun tak menyempat nak reply whatsapp dan fb customer nak order dan nak consult customer...
Kalau aai promote Set resdung pulak, maunya aai tak lepas hp kat tangan...hohoho.

Tapi aai gembira. Gembira sangat-sangat tengok perubahan drastik encik suami.
Dia lebih happy. Lebih ceria. 
Dulu kalau ajak shopping ke, beriadah ke, asyik menolak aje ajakan aai. Mana taknya, hidung berair, pastu bersin aje memanjang. Segan kat orang katanya. Sekarang ni dia yang ajak dulu. Alhamdulillah.

Sebenarnya, suami aai tak bagi aai publish masalah dia. Segan katanya. Tapi pada aai, resdung dia pun dah sembuh. Tak ada apa yang nak disegankan. Manalah tahu dengan pengalaman suami aai sembuh daripada resdung ni dapat menjadi pembuka jalan orang lain juga yang menderita masalah resdung.

Dr Azizan selaku mentor aai kata, perkara baik, kalau tak share dengan orang lain, berdosa hukumnya. Jadi disebabkan aai tak nak biarkan suami aai berada dalam keadaan berdosa, aai share pada semua. Lepas post ni aai publish, aai minta maaf banyak-banyak la kat dia. Hihihi...

Aai yakin, pengalaman suami aai dapat membantu ramai orang yang menghadapi masalah yang sama sepertinya.

Aai juga mendoakan penyakit resdung tu pegi lari jauh jauh dari suami aai. Berakhir sudah derita selama hampir satu dekad dalam hidup suami Aai.
No More Resdung. Bye Bye. Adios. Amigos.
Jadi pada kawan-kawan yang ada sakit resdung atau kenalan kepada kawan-kawan yang ada masalah yang sama, boleh PM aai.

Insya-Allah, aai akan tolong sedaya upaya aai dengan ilmu dan pengalaman yang ada.

Klik gambar untuk melihat imej besar.


Aai berikan harga loose item dulu ya;

Alfalfa Complex 330 biji RM54
Vitamin B-complex 120 biji RM54
Vitamin C Sustained Release 180 biji RM93

Jumlah harga runcit Set Resdung Shaklee RM201.

Tunggu dulu, anda mesti mak diskaun dan harga istimewa kan?
Caranya :

  • Mendaftar sebagai ahli. Anda akan dapat diskaun bagi setiap produk. Boleh jadi sumber pendapatan juga. Mana la tau ada kawan nak kirim. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi aai.
  • Atau PM Aai sekarang. Insha Allah kita boleh bincang harga ya..


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

Tasbih Siti Fatimah Untuk Cergas Badan Sepanjang Hari

23.2.14
Alhamdulillah..akhirnya jumpe juga makna di sebalik tasbih ni. 
Mula-mula ingatkan tasbih ini lain dari yang lain, rupanya SubhanaAllah...

Terdetik hati nak buat entri kali ni pasal tasbih ni sebab terbaca blog post Dr. Zubaidi.
Kadang-kadang terlupa nak amalkan juga tasbih Fatimah ni.
Tapi harap lepas buat enti ni, aai tak akan lupe lagi sebab blog ni
hari2 aai buka, so harap dapat jadi peringatan buat aai selalu.

Jom kita sama2 hayati apa sebenarnye kisah di sebalik tasbih ini.

Diriwayatkan pada suatu hari, diceritakan oleh Ali bin Abu Talib,

Fatimah sering menggiling gandum dengan tangannya sendiri, sehingga menimbulkan bintik-bintik hitam yang menebal pada kedua telapak tangannya. Dia sendiri yang mengangkat air ke rumahnya dalam sebuah kantung kulit yang menyebabkan luka-luka di atas dadanya. Kemudian dia membersihkan rumahnya seorang diri, menyebabakan pakaiannya menjadi kotor.

Pada suatu hari, datanglah beberapa orang hamba sahaya (budak) kepada Rasulullah SAW, maka Ali bin Abi Thalib berkata: 
“Pergilah engkau (Fatimah) menghadap Rasulullah SAW, dan mintalah seorang pembantu untuk meringankan pekerjaan rumahmu”. 
Kemudian dia pergi menemui Rasulullah SAW, tetapi pada saat itu banyak orang yang menghadiri Majlis Rasulullah SAW. Karena malu untuk menyampaikan maksudnya, dia pun kembali ke rumah.

Pada hari berikutnya, Rasulullah SAW datang ke rumah kami dan bertanya: 
“Wahai Fatimah, ada maksud apa engkau datang ke rumahku kemarin?”. 
Fatimah tidak menjawab karena malu. Saya berkata kepada Rasulullah SAW, 
“Wahai Rasulullah, dia menggiling gandum setiap hari, yang menimbulkan bintik-bintik hitam pada tangannya. Dia mengangkat air setiap hari sehingga meyebabkan luka-luka di atas dadanya, dan setiap hari dia membersihkan rumahnya sehingga pakaiannya menjadi kotor. Kemudian Ali menceritakan tentang beberapa hamba sahaya yang engkau dapatkan kemarin, dan menyuruh Fatimah datang kepada engkau (Rasulullah SAW) untuk meminta seorang pembantu”.

Mendengar itu Rasulullah SAW. berkata: 
“Wahai Fatimah, bertakwalah kepada Allah, tetaplah menyempurnakan kewajibanmu kepada Allah, dan kerjakanlah pekerjaan rumah tanggamu. Kemudian, apabila engkau akan tidur, ucapkanlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Alllahu Akbar 34 kali, ini lebih baik bagimu daripada seorang pembantu”. Setelah mendengar nasehat itu, Siti Fatimah berkata: “Saya ridha dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya”.
Itulah kisah kehidupan putri Rasulullah SAW. Nabi yang paling mulia di antara para nabi. Sedangkan kita pada zaman sekarang, jangankan pekerjaan rumah tangga, pekerjaan pribadi pun harus dibantu oleh orang lain. Membuat kopi/teh, membereskan buku, menyemir sepatu, dll. Selalu minta bantuan pembantu. Selalu ingin dilayani oleh orang lain.

Perhatikan lagi kisahnya, Rasulullah meyuruh putrinya untuk berdzikir sebelum tidur. Hal itu dikatakan lebih baik daripada seorang pembantu. Dzikir itu akan memberikan energi, sebagai pengganti akibat aktivitas pada siang hari. Keterangan lain menyebutkan Rasulullah SAW menasehati Siti Fatimah agar selesai shalat membacaSubhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali, ditambah dengan: La ilaha illallah wahdahu la syarikalahu lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiinqodiir.

SubhanaAllah...begitu besar khafiat tasbih ini. Kesimpulannya, apa apa pekerjaan walaupun berat sekalipun cubalah usaha dengan tangan sendiri selagi terdaya. InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan kita kelak, diringankan beban hutang kelak,badan sentiasa sentiasa cergas dan sehat serta mendapat ketenangan yang nyata..wallahualam

sumber:elqolam.myblogrepublika.com

Set kesihatan optimum

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

16 khasiat Meal shake - Snek anak-anak

18.2.14
Hari ni nak cerita sikit pasal mealshake shaklee. Eh, bukan sikit. Rasanya memang banyak entry saya pasal kebaikan mealshake untuk kanak-kanak ni. Betapa saya dan ibu-ibu lain amat bersyukur kepada Allah S.W.T ditemukan dengan mealshake shaklee ni.

Apa yang BEST SANGAT pasal mealshake shaklee. Banyak sebenarnya khasiat mealshake shaklee untuk anak-anak. Al maklumlah, anak-anak zaman sekarang ni kebanyakkannya duduk kat nursery dan dah masuk taska dari kecil lagi. Jadi diorang ni mudah sangat terdedah dengan jangkitan penyakit yang berulang-ulang kali kena balik seperti batuk dan selesema. Memang top 3 penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak.



16 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda agar  lebih cergas dan cerdas
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus dalam pelajaran
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Memudarkan kesan parut terkena api dan sebagainya
  12. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  13. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  14. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  15. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  16. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Aturan makan mealshake Untuk kanak-kanak sehari bagi satu sudu kecik je. 

Tapi kan, sebenarnya meal shake ni bukan hanya untuk kanak-kanak aje.

MEALSHAKE SESUAI UNTUK SIAPA???
  • Sesuai untuk kaum ibu yang mengandung & menyusu
  • Sesuai untuk kaum bapa yang sering rasa keletihan akibat stress kerja di pejabat
  • Sesuai untuk golongan dewasa yang tidak suka telan pil multivitamin
  • Sesuai untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan
  • Sesuai untuk muslimin dan muslimat sebagai persediaan untuk kekal bertenaga di bulan Ramadhan
  • Sesuai untuk individu yang sentiasa busy di waktu pagi, ia merupakan breakfast yang enak di bancuh bersama cold fresh milk

BERAPA LAMA BOLEH TAHAN UTK 1 TIN & BERAPA GRAM?

1 tin mealshake ada 544g isi kandungan.
boleh tahan dari 1-3BULAN (depends kepada pengguna utk 1 tin )

JADI SANGAT MENJIMATKAN WANG ANDA
Pilihan di tangan anda.

Mana nak?..Laburkan duit tiap-tiap bulan kat klinik..
Sekali ke klinik, anda melabur kira-kira RM40-60 untuk dapat ubat antibiotik, demam, selsema, batuk, plus if anak ada asthma. Lagi mahal caj dikenakan.

Betul?betul??


Itu belum lagi tengok anak nangis-nangis makan ubat setiap kali. 
Tak kira anak pulak jenis susah sangat makan ubat. Menjadi masalah kita pulak nak bagi makan ubat.
Anak sulung saya jenis susah sangat makan ubat.
Mujur anak no 2 dah senang makan ubat. 

Masalah anak no 2 dulu macam nak asma, kesian sangat bila kita nak bagi dia nab.
Menjerit2 tak nak nab. Kesian sangat.


Tapi sekarang dah jarang sangat makan ubat
sebab saya dah berikan suplemen semulajadi shaklee. Wee... best sangat.

Alhamdulillah, anak saya sihat. Walaupun musim cuaca tak menentu, Ramai kawan sekolah yang demam selsema, tapi anak saya tak mengalami demam yang panjang.

Syukur, anak-anak lebih ceria.

Rasanya tak sampai hati saya atau ibu-ibu kat luar sana tengok anak lepas makan ubat lembik tidur je sepanjang hari. Sebab ubat tu ada dadah jadi anak  tidur disebabkan dadah..kesian tau.

Bayangkan pulak tetiap bulan jatuh sakit. Macamana berat badan anak nak naik kan?. Selera makan pun terbantut je. 

Tambah pulak anak-anak kita ni tengah seronok bermain sesuka hati diorang jadi mereka tak peduli sangat soal kebersihan. Tak sedar tangan kotor termasuk dalam mulut, tak basuh tangan. 
Kesat-kesat je kat baju. Anak-anak kita tak kisah pun kawan-kawan dia tengah selesema, batuk kung-kung bunyinye..elok je diorang main sama-sama. 
Tau-tau lepas dua hari  dah demam berjangkit dengan kawan. Mak bapak pun terpaksa ambil cuti jaga anak. 

Kan best kalau cuti tu kita dapat jimatkan bawak anak pegi bercuti, buat aktiviti bersama dengan anak-anak. Anak-anak pun seronok, kurang stress, dan tak bosan.

Tq kat Atiqah aziz untuk sebahagian info yang aai amik untuk tatapan semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Read more ...

Kereta hebat, tapi poket 'bocor'

16.2.14
Terpanggil untuk share kes-kes biasa bangsa saya, dari salah seorang kawan fb.
Mula-mula saya juga terasa, tapi saya cepat-cepat bangkit, kita tukar.
Baca dengan tenang dari dalam hati...
Kalau terasa, mohon berlapang dada dan cari alternatif ya.

Sharing dari group fb

Siapa yang tak terliur tengok kete besar kan..

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan….? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada ‘standard’ supaya imej bertambah di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.

instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok …takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu.

ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira installment. terlupa nak masukkan spending on insurance & road tax. lupa nak kira kos insurans utk kereta berharga 90k-150k? tak tau menahu kos roadtax utk kereta 2.0 liter? ada yg lupa nak masukkan semua tu dlm kira2. kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. kad kredit swipe dulu. bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. payment kad kredit postpone lagi. hehe ..

keta hebat takkan nak pakai tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan drive Camry tp pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar. hehehe…. kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah ‘kebocoran’ sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.

kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta ‘hebat’ ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe… maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan ‘bocor’ angkara kereta… sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.

ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression nak bagi org tengok kita sampai naik apa. bila attend reunion sekolah cthnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rmh byk, properties byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat… ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.

normally klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu… which is very costly. hehe.

cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & ‘pakejnya’. byklah investment opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thn mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.

dan yg paling malang………. byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik.

ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. rupanya kereta hebat lagi penting.

Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta.

Kata tailor, ukur baju dibadan sendiri. Biarlah berpada-pada dalam bergaya. Bukan kerana mengikut orang nampak best berkereta besar, kita pun nak berkereta besar juga, tapi dah nak macam papa kedana pulak. Kita jugak yang merana nanti kan...

Apa kata, kita santai-santai baca ebook saya berikan link ni, 
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.

percuma beb!
Biasanya barang percuma ni orang tak berapa nak hargai.

Tapi tak mengapa, sebab hidayah dan kejayaan Allah hanya beri pada yang bersungguh-sungguh sahaja.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (surat Ar-Ra'd ayat 11)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

Perlu ke jumpa doktor kalau tak sakit? Perlu jumpa kalau...

12.2.14
Pernah terfikir tak, apa pentingnya makan vitamin?
Bukan ke dalam makanan kita hari-hari dah ada vitamin?
Tak bersyukur ke?
Tamaknye...........

Tamak vitamin untuk kesihatan takpe kak... Sebab badan kita nak pakai lama. Tapi vitamin dalam makanan tu sikit je sebenarnya. Lagipun bila dah kena masak, lagi vitamin hilang. Belum kira sayur yang dipotong halus-halus, lagi vitamin hilang sikit. Belum kira ter 'over cooked' lagi... bila makanan tu di hangatkan.. hilang lagi vitaminnye kakak dan abang2 sume.

sisipan di majalah iSIHAT, keluaran Feb2013

antara khasiat terbaik dari vita-lea

Ini testimoni google aje, sebelum mkn vitalea maybe cekgu ni bosan aje kejenye...hehehehe

Tu tak kira makan makanan yg pre processed food macam nugget atau can food. Lagi la tak tau tinggal berapa khasiatnya. Ntah-ntah dah xde khasiat macam burget Mac tut.... Ramai dah yang buat ujikaji, simpan burget Mac tut tu seminggu, sebulan, tapi burgernya tak busuk2... Cer google je atau cari kat youtube. Makanan macam tu ke yang kita nak makan. Ulat pun tak nak makan. Kita pun sedap-sedap aje telan, terliur tengok iklan kat tv kan...

So, bila dah selalu sangat makan makanan macam tu, patut la kerap sangat date dengan Dr. Dalam dua bulan mesti sekali MC. Akak hr mcm dah faham sangat dah huhu. Malu pun ada tapi nak buat macam mana.

Sehinggalah saya PAKSA diri saya makan vita lea... multi vitamin antara terbaik dunia.

In fact.. It was the first multi vitamin kat planet bumi. Planet lain tak sure la. Tapi tu tak penting sebab... yg penting kesan dia.

Seriously.. my health become much better. So far.. sejak ambil vitalea, dah 6 bulan saya belum lagi perlu jumpa Dr utk minta MC. Alhamdulillah. Mengandung dengan tahap kesihatan terbaik dengan set optimum. Memang thorbaek!!! Jumpe doc sebab nak bersalin tu ada le.. Hehehe... Takkan nak bersalin kat rumah pulak kot...

Kawan-kawan pun terpaksa tanye jugak ape rahsia sihat dan ceria aje time peknen ni, terpaksa le jugak bagitau. Tak bagitau nanti katanye lokek ilmu pulak ye... alhamdulillah ada yang dah amek jugak time peknen & mereka juga happy & tak lepak lagi.

Tapi awas ye.. vitalea ada side effect. Ia membuatkan badan lebih bertenaga dan ringan gitew. Terasa macam ringan je tulang tulang ni terlebih rajin...Hihihi. . Sila jangan muntah. Hehehe

Saya mmg amat sukakan vitalea. Dan bulan ni mmg ada promo. Rm60++ je sebotol utk 4 bulan tahan.

Senang cakap.. around 5 kupang sehari utk kesihatan yg optimum.

Mana lagi best, simpan duit untuk jumpe doc tapi waktu tu badan dah lembik dan xde mood,
atau labur sekarang untuk kesihatan & bahagia berpanjangan???

So, soalnye perlu ke jumpe doktor? Jawapannya, perlu jumpa kalau...... anda adalah salah seorang secret admire doc yang hemsem atau cun melecun kat klinik panel company anda tu... Hahahaha....
Gurau aje....

A vitalea a day... keep the doctor away ... Yay!!!

Sebagai menghargai anda yang sudi membaca entry aai kali ni, sila download ebook percuma kat bawah ni.
Semoga ebook ini membuka mata dan minda anda untuk mencari part time job yang tak ganggu kerjaya hakiki anda.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira

Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE ALFALFA SHAKLEE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Read more ...

Happy Sebab Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin Selesai.. Alhamdulillah

9.2.14

dulu lepas bersalin anak 1st & 2nd, macam ni le ai...

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

Sekarang, bersalin anak 3rd, rasa jelita gitew... Takkan nak jelita sorang2 kan...

9 Perkara Perlu Anda Tahu :
  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
 2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
 3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
 4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
 5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
 6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
 7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
 8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
 9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan SegarTembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan
 merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat

sumber:majalah Pa&ma


Mengikur pengalaman saya sendiri, sejak penggunaan zinc complex (klik sini) selepas bersalin, memang rambut kurang gugur berbanding kelahiran 2 orang anak saya sebelum ni. Tak percaya kan...

Bila ingat semula la kan... dulu, waktu tenggah mandi, sekali raut je rambut, kat tangan sah2 ada tak kurang 10helai rambut gugur. Bukan putus tau.. Kalau putus sakit kena tarik kak oi...

Time sikat rambut, lagi haru... rambut dekat berpuloh2 helai gugur... Sedih kak, dah le rambut memang sikit. Kalau lebat  macam Ella tu, takpe la jugak kan..

Lepas ni saya teruskan makan, saya pun syorkan huby makan, untuk rambut yang sihat dan kuat.
Anda nak cuba? Calling2 aai okay.. Tak mahal gadang pun, sebiji sehari, cukup penggunan sehingga 4 bulan, tak sampai 30sen sehari kak. Tak payah nak sapu-sapu serum bagai bagi yang bz sangat bekerja sampai tak sedar rambut dah banyak gugur...

Jom try sebotol, do pm ai okay.. dapat harga special lagi gitew...

Sebagai menghargai anda yang sudi membaca entry aai kali ni, sila download ebook percuma kat bawah ni.
Semoga ebook ini membuka mata dan minda anda untuk mencari part time job yang tak ganggu kerjaya hakiki anda.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira

Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE ALFALFA SHAKLEE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Read more ...