Terbongkarnya Rahsia Menjemput Rezeki

20.11.14
Sumber : google - yakin dari hati.

Assalamualaikum.

Didoakan semoga pembaca blog happylife-mama.blogspot.com sihat dalam kegembiraan dan dilimpahkan rezeki sebanyak titisan hujan dari zaman Nabi Adam sehingga sekarang.

Alhamdulillah semalam ai ada dapat whatsapp dari group secret. Secretnya. Group apa tu? Group puak kaya dan berjaya. Itu lah dia. Group MFMS. Nama panjangnya Maria Firdaus Milionaire in Shaklee.

Group ini juga yang membantu mendidik sahsiah diri ai menjadi lebih baik dan lebih sihat sehingga sekarang  ini.

Alhamdulillah.

Catatan di bawah adalah antara peringatan dan nasihat yang perlu ai sampaikan kepada pembaca semua. semoga usaha ai yang sedikit ini dapat membantu ai konsisten dalam beramal baik. Insya-Allah.

Semoga input yang dapat diambil manfaatnya, dapat diamalkan sebaik-baiknya.

Tak dapat buat semua, dapat buat satu pun dah cukup baik sebagai permulaan. Kan.

Amin.

Dalam whatsapp tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau telah menghadiri SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Sumber : Google - Ai juga memiliki buku ini. Superb Best!

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH..

Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.Formula yang saya dapat:

1. Networking pertama adalah DHUHA.
  • Jika kita selalu buat 2 Rakaat..
  • Sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
  • Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. 
  • Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.
  • Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. 
  • Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. Tahajjud.
  • Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. 
  • Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. 
  • Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
Sumber : alquranmania.blogspot.com - Janji baca al-Quran setiap hari.

3.Membaca Al-Quran.
  • Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..
  • Sebaliknya mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat. 
  • Ini kerana apabila kita melakukan ini..
  • Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. 
  • Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir.
  • Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. 
  • Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. 
  • Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah.
  • Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. 
  • Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. 
  • Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
  • Tapi biasanya orang perempuan ni yang kerap telefon mak. Kan.

6. Bersilaturrahim.
  • Janganlah kita memecahkan silaturrahim. 
  • Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah.
  • Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn. Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa.
  • Ai pernah alami keajaiban sedekah. Pada tahun 2012, sebaik sahaja ai mendermakan hanya RM50 ke rumah anak yatim, pada bulan itu juga, bos naikkan gaji RM300. Betapa Allah pulangkan 60x ganda dari apa yang ai dermakan.
  • Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 
  • 1 kali memberi..Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.
Sumber : Google - Allah sandaran utama dalam hidup.

Contoh yang dia beri semalam..

Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000.. 10% daripada RM5000 yang kita inginkan..

RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah.

Seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000.
Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..

seorang kawan pergi outstation 7 hari.
Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..
bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH.
Dia sedekah 3 tempat anak yatim.
Nak dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..
Iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH.

8.Solatlah di awal waktu.
  • Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. 
  • Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
  • Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH.

  • Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.
  • Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? 
  • Tapi Pn. Rina kata ..tawakal dulu baru usaha..
  • Minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari:

Surah Yaasin- Setiap solat fardhu

Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha

Surah Ar-Rahman- Waktu Asar

Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
  • Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. 
  • Sebab penyakit bermula dari kaki. 
  • Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER.
  • Tapi dia tak. 
  • Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. 
  • Mak dia jarang minum air.
  • Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. 
  • Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...
BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH.
SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL QURAN dan AS-SUNNAH.

SubhanaAllah...
begitu mudahnya kita untuk menjemput rezeki.
Kesimpulannya, Point yang ai dapat sangat mudah. 

Cuba ingat ini :
---- Buat yang Allah suka, tinggalkan yang Allah tak suka----

InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan kita, diringankan beban hutang kelak, serta sentiasa mendapat ketenangan yang nyata.

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.