Penawar Kanser Terbaik Dan Murah

25.10.15

Assalamualaikum wbt.

Nak share slot dlm ranc Prof Muhaya.com dlm Tv Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser. Kanser adalah kegagalan manusia yg kurang mkn sayur n buah. Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS. Bykkan ...G - Greens, B - Berries, O - Onion, M - Mushrom, S - Seeds. Kurangkan protein dlm hidangan. Bykkan air putih. Elakkan protein, gula adalah baja utk kanser. Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4. Semasa diagnos koma 3 hari. Kembali sihat setelah mengamalkan makan h.sauda, air zam2, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc). Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural@ alami. X mengambil perubatan seperti kimo. Dgn alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ...kansernya tidak bkembang. Dia yakin dgn cara natural beliau btambah sihat. Pemakanan sblm kena kanser...fast food, Mc Donald, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang mkn buah n sayur. Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat mkn kpd yg lebih sihat n natural. Bykkan sayur hijau , jus buah n buah-buahan. Sharing is caring.
Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

! Tolong edarkan untuk membantu orang lain
Petua-petua untuk diamalkan.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan c
hewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pad
a masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Semoga info ini bermanfaat untuk para pembaca.

Salam sayang,
Ummi Ai

Read more ...

Susu Formula vs Susu Ibu

6.10.15

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.

Lama dah mencari artikel tentang susu formula.

Betul ke betul-betul bagus seperti dalam iklan?

Yang mana lebih bagus, susu badan atau susu formula yang harganya tak kurang rm50 untuk 500gm?

Jadi, apa kata kita kaji sendiri & nilaikan apa yang benar-benar terbaik bagi anak kita.

Apabila al Quran cakna tentang susu ibu, apa hikmahnya? Pasti ada khasiat & kebaikan yang terselindung disebaliknya.

Tiada yang lebih penting dari susu ibu, sehingga ada disebutkan dalam alquran.

Jadi, ai ada kumpulkan dibawah ini, info yang kita perlu tahu tentang susu formula.

SUSU FORMULA: APA YANG MUNGKIN PENGELUAR SUSU FORMULA TIDAK AKAN MAKLUMKAN PADA ANDA

http://www.bellybelly.com.au/pregnancy/baby-formula#.U_FX7PmSzFA

BERITA BURUK TENTANG PEMBERIAN SUSU FORMULA KEPADA BAYI ANDA

http://www.hvmag.com/Blogs/Mama-Greenest/January-2012/Formula-101-The-Bad-News-About-Feeding-Your-Baby-Formula/

MENGAPA SUSU FORMULA PERLU DIHARAMKAN

http://www.13.waisays.com/breastfeeding.htm

KANDUNGAN SUSU FORMULA DAN KESAN-KESANNYA

1.) Melamine, Dioxin, BPA, AGEs, GMO

http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2010/08/05/which-infant-formulas-contain-secret-toxic-chemicals.aspx

2.) Bahaya susu formula

http://dherbs.com/news/4843/4669/The-Dangers-of-Baby-Formula-Milk/d,ai.html#.U_FZn_mSzFA

3.) Kandungan dan kesan buruk susu formula

http://dherbs.com/news/4843/4669/The-Dangers-of-Baby-Formula-Milk/d,ai.html#.U_FZn_mSzFA

4.) Mengapa kita juga membenarkan penggunaan bahan merbahaya di dalam susu formula dengan tetap memberikannya kepada anak-anak

http://www.huffingtonpost.com/birgitta-lauren/how-safe-are-infant-formu_b_171512.html

5.) "Meracuni" bayi dan kanak-kanak dengan susu formula

http://www.naturalnews.com/019338_childrens_health_womens.html

6.) Susu formula dan penyakit dan kematian

http://www.vaccineriskawareness.com/Dangers-Of-Formula-Milk

7.) Yang mana menyebabkan kerosakan gigi? Susu ibu atau sebenarnya susu formula?

http://kellymom.com/health/baby-health/tooth-decay/

8.) Kandungan dan pencemaran dalam susu formula

http://www.theecologist.org/trial_investigations/268337/breastmilk_vs_formula_food.html

9.) Susu formula, 'corn syrup', gula, dan senarai kandungan dalam setiap jenama susu formula

http://www.naturalnews.com/033926_infant_formula_corn_syrup.html#ixzz2Rs6xzmOI

10.) Susu formula dan ADHD/hyperaktif?

http://www.webmd.com/add-adhd/childhood-adhd/news/20021009/adhd-caused-by-infant-formulas

11.) Susu formula dan alahan

http://www.natural-alternative-adhd-treatment.com/milk-allergy.html

12.) Susu formula, usus, gut flora

http://tummycalm.com/building-a-ee-gut ėà1  ßwsfĝb ,v,n b nh anak!!!!! W2w211e-for-baby.html

13.) Apa yang saya perlu tahu tentang susu formula

http://kellymom.com/nutrition/milk/infant-formula/

Walaubagaimana pun, kita perlu bijak menangani masalah penggunaan susu formula.

Ada yang berpendapat, dengan memberikan susu formula yang mahal kepada anak, anak lebih sihat dan bijak.

Ada juga pendapat, berikan anak susu badan sehingga 2 tahun. Tapi pengorbanan cukup besar bagi seorang ummi yang bekerjaya.

Ada juga yang beralih kepada minuman sunnah, iaitu memberikan susu kambing kepada anak mereka. Ini antara alternatif yang terbaik, sekiranya susu ibu tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya untuķ bayi. Ini kerana susu kambing adalah susu pertama terbaik selepas susu ibu.

Tak kurang juga, ada yang langsung tak ambil 'port' tentang susu yang diminum oleh anaķ-anak mereka kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.

Namun, bagi diri ai, sebolehnya cuba mencari susu kambing yang sedap, kerana anak-anak ai kurang minat terhadap rasa susu kambing yang berbeza rasa dengan susu formula.

Ai pernah berjumpa dengan seorang doktor homeopati, bertanyakan tentang apakah susu terbaik selain susu ibu. Jawapan beliau, tidak perlu untuk bersusah payah membelikan susu formula termahal buat anak-anak, ini kerana bahan dalam susu tersebut boleh mengakibatkan anak-anak menjadi terlalu aktif.

Cukup sahaja dengan memberikan susu kambing atau susu formula biasa, dan berikan suplemen seperti omegaguard, chewable vitamin C, mealshake atau vitalea for kids untuk memantapkan antibodi anak-anak.

Dan itu amalan ai sehingga ke hari ini. Kerana ai sedar, pendapat doktor homeopati selaras dengan pendapat ai, which my tagline 'go natural'.

Alhamdulillah, dengan amalan tersebut kesihatan anak-anak ai sentiasa dalam keadaan optimum & ai bersyukur dikurniakan anak-anak yang terbaik daalam hidup.

Dan yang paling indah, setelah mengamalkan apa yang doktor homeopati tu sarankan, ai sangat jarang mengunjungi klinik kerana anak & ai serta suami syukur alhamdulillah sentiasa dalam keadaan sihat.

Memang jauh beza berbanding dulu, hampir setiap bulan anak yang sulung tu demam. Orang tua-tua kata, demam sebab beralih bulan. Tapi alhamdulillah, anak ke 3, inject tak demam, beralih bulan pun tak demam. Shaklee effect. Best kan...

Oh ya, jika berminat dengan suplemen yang ai sebutkan tadi, boleh whasapp ai ya. 0137722024.

Highly recommended, because I really love the shaklee effect on my family.

Love yourself,
Love your family,
Love to inspired others,
Love to be khalifah.

With love,
Ai
😀😀😀😀😀

Read more ...

Tips Kekal Sihat Pada Musim Jerebu

4.10.15

Assalamualaikum.

Didoakan moga pembaca blog ai dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin.

Sepanjang musim jerebu, memang ramai betul yang sakit tekak, demam & selsema.

Tak kira tua atau muda.

Memandangkan ai pun dah jadi ummi kepada 3 hero. Jadi, memang kena 'alert' dengan kesihatan keluarga, terutamanya anak-anak.

Jadi, jangan ambil mudah penjagaan kesihatan pada musim jerebu.

Petang tadi, baru diiystiharkan cuti sekolah 2 hari, bermula 5 - 6 Oktober 2015. Ini menunjukkan betapa IPU dinegara kita sudah berada pada tahap agak merbahaya.

Seperti yang kita sedia maklum,  Indonesia sudah ishtiharkan jerebu beracun.

Silalah kawal aktiviti anak-anak, sepanjang 2 hari.
Tu sebabnya cuti kot...

Ai ada seorang kawan yang bekerja sebagai seorang pengamal keselamatan kesihatan pekerjaan, (safety & health officer) beliau nak ingatkan semua, apabila pihak berkuasa mengambil langkah drastik seperti menutup sekolah, ianya menunjukkan situasi yg sangat membahayakan terutama kepada kanak-kanak.

Akibatnya bukan sekarang tetapi dalam jangka masa panjang.

Generasi muda sekarang dikhuatiri akan berdepan dengan masalah kesihatan melibatkan sistem pernafasan yg boleh membawa maut.

Oleh yg demikian kita semua harus mengambil langkah berjaga jaga.

Sila ambil PERHATIAN perkara-perkara berikut :

1) JANGAN biarkan anak-anak bermain di luar.
- Jika perlu juga keluar, PASTI kan memakai topeng (N95).
- Jangan ambil enteng pekara ini.
- Bukan mudah untuk kerajaan mengeluarkan arahan tutup sekolah jika bukan kerana akibat yg sangat serius.  

2) Sila MINUM AIR KELAPA &  LIMAU NIPIS
- Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar.
- Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.

Diingatkan SEKALI LAGI,

Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel.

Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.

Untuk lebih mudah, boleh ambil Sustained Releases Vitamin C Shaklee.

Disamping dapat mencantikkan kulit, khasiat 7 biji setengah limau dalam hanya 1 tablet vitamin C Shaklee inshaallah mampu mengekalkan kesihatan yang baik pada musim jerebu.

Untuk keterangan lanjut, sila whatsapp aai di 013-7722024.

Wassalam.

Kredit to : Prof. Dr Norhisham Wahab.
Atas sebahagian infonya.

Read more ...

16 Sunnah Rasulullah Yang Mudah Diamalkan

4.10.15

Assalamualaikum.
Lama tak update status.
Status fb je update, blog dah bersawang.
So, awal bulan oktober ni, ai nak ingatkan diri sendiri dan anda tentang sunnah yang mudah.

Sayang Nabi.
Sayang Allah.

Moga dapat dijadikan amalan. Inshaallah.

Simple Sunnah#1
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah#2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)

Simple sunnah#3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah#4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

Simple sunnah#5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

Simple sunnah#7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

Simple Sunnah#8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah#9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah#10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah#11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

Simple sunnah#12
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

Simple sunnah#13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Simple sunnah#14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

Simple sunnah#15
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Simple sunnah#16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat 😊😊😊

#sayangnabi

Read more ...