Nasihat kepada mangsa banjir

30.12.14

Assalamualaikum
Semoga pembaca blog aai sihat sejahtera.

Tabahkanlah hati sekiranya kita salah seorang yang terlibat dalam musibah banjir besar baru-baru ni.

Di bawah ada tips yang membantu mangsa banjir untuk mengurangkan kerugian atas pekakas elektrik rumah seperti kipas angin, tv, peti sejuk,mesin basuh.

Ini adalah dari pengalaman salah seorang mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG SHARE POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu. Insha Allah.

Read more ...

Cara Install InstaMag

23.12.14

Assalamualaikum.

Alkisah, ai baru mencuba apps baru ai jumpa di play store telefon bimbit ai.

Agak menarik, jika kita boleh edit gambar seperti pakar.

Sebelum jadi pakar, kena rasa macam pakar. Betul kan?

Jadi, nama apps yang ai jumpa di google ni adalah InstaMag.

Tak tahu nak install?

Ok, sila ikut step di bawah :

1) Buka 'Play Store' di telefon bimbit anda.

2) Kemudian di ruang yang ada gambar kanta, taip perkataan ' InstaMag '.

3) Bila keluar perkataan 'InstaMag', klik pada button 'Install'.

4) Selesai. Dah boleh open dan boleh edit gambar anda macan pro.

Tapi kena ingat ya, apps ni tak boleh install di hp nokia 3310. Hehehe. Gurau aje.
Kalau tak boleh gurau, sila duduk surau.

Ok, Selamat mencuba!

Read more ...

55 sunnah wajib buat tanda cinta kita pada Rasulullah

18.12.14

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dar dunia dan segala isinya....

Sebarkan...supaya lebih ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Semoga bermanfaat buat para pembaca semua.

Salam sayang,
Ummi ai

Read more ...

Tak Bahagia? Ini penawarnya...

8.12.14
Dulu ai fikir, bila banyak duit… maka ai akan happy.

Tapi ai jauh tersasar.
Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.
Kerana emosi kita menentukan tindakan kita.
Tindakan kita masa kita happy, tak sama tindakan kita masa kita murung.
Persoalannya? bagaimana nak happy?
Jawapannya… ada disebut dalam quran berkali-kali.
Jawapannya, adalah dengan bersyukur.

Bersyukur sebanyak-banyaknya.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang ada sekarang.
Sebagai contoh :
  • Kita syukur yang anda masih ada tangan (sedangkan ramai orang tiada tangan)
  • Kita syukur yang anda melihat (sedangkan ramai orang buta)
  • Kita syukur yang anda masih ada gaji (ada orang terus hilang punca rezeki)
  • Bila kita appreciate apa yang kita ada, kita akan lupa pada apa yang kita tiada.
  • Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu tiada ini.
  • Sedangkan sebenarnya kita sudah ada banyak benda yang Allah dah beri, tapi kita tak sedari.
Percayalah,

Lepas bersyukur, anda akan happy.

Dan bila sudah happy, tindakan anda akan berlipat kali ganda lebih mampat.
Dan bermula di situlah, duit akan datang dengan lebih cepat.
Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka anda.
Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada customer.
Jangan pandang rendah pada ayat
"Don't Worry, Be Happy!"
Kredit to Faisal atas perkongsian santai ini.

Tetapi perasan tak, kadang kala kita rasa duit dah banyak dah.
Tapi hati masih tak tenang.

Hidup tetap sibuk, sibuk untuk dunia saja, akhiratnya entah ke mana.

Perlu tak kita seimbangkan dunia dan akhirat?

Ya, ai rasa perlu dan wajib.

Sebab dunia ini adalah jambatan akhirat.

Ramai yang berkejar-kejar akan dunia, tapi mengabaikan amalan untuk akhirat,
sedangkan hari akhirat itu yang eternal, iaitu kekal untuk selama-lamanya.

Jadi, apa kata cuba baca e-book di bawah bagi yang nak rasa banyak duit tapi hati tenang.

Manfaatkanlah ebook percuma ini kerana ketenangan yang Allah berikan untuk ai,
apabila ditemukan dengan ebook ini.

Ianya pencetus kepada diri ai tentang keseimbangan antara kerjaya dan keluarga.

Ianya pencetus kepada diri ai tentang keseimbangan antara dunia dan akhirat.

Selamat membaca! Sekiranya ada kemusykilan, sila whatsapp ai tau. Jangan segan bertanya.

Sila klik SINI.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.


Read more ...