Percaya Tak Orang Di Mekah Tak Ke Klinik Bila Sakit

24.5.15

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua pembaca blog ai.
Lama dah tak update happylife-mama@blogspot.com.

Didoakan semoga yang membaca blog ai sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah serta rahmatNya. Amin.

Today, ai nak share satu kisah yang dapat dari whatsapp group.

Ai rasa, jika ai tak tepek dalam blog ai, pasti ai terlupa terus.

Rasa nak print, tapi zaman sekarang ni, hidup kita ni 70% mengadap hp je hari-hari kan.... Yang di print entah ke mana agaknya nanti. Jadi, bila ai buat sayu entry, mudah juga Ia nak rujuk dimana-mana saja ai berada.

Semoga jadi manfaat pada para pembaca juga.

Oklah, mula-mula ai baca info ni di whatsapp group, rasa kagum pun ada.

Tapi, bila ai kaitkan dengan tempat itu sendiri (Mekah/Madinah) memang pun ianya tempat doa yang sangat-sangat mustajab.

Betul kan?

So, ini ai kongsikan kisahnya.

Ada seorg doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah. Selama 6 bulan dia buka, tidak ada satu pesakit pun yg dtg nak berubat dengannya. Jadi dia pelik. Org-org di sini tidak pernah sakit kah?

Akhirnya dia jumpa jawapannya.
Amalan ini dilakukan oleh ahli keluarganya sejak sekian lama.

Bila mana saja kami sakit,

💟💟💟💟💟
Langkah 1
💟💟💟💟💟
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah.

Kalau tak sembuh,

💟💟💟💟💟
Langkah 2
💟💟💟💟💟
Pergi pada cara kedua iaitu baca Al-Fatihah 7 kali, tiup pada air dan minum. Alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tidak sembuh juga,

💟💟💟💟💟
Langkah 3
💟💟💟💟💟
Kami akan pergi pada cara yg ketiga iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya dijadikan asbab penyembuh sakit tu.
Insyaallah akan sembuh.

Masih tidak sembuh,

💟💟💟💟💟
Langkah 4
💟💟💟💟💟
Kami akan pergi pada cara yg keempat iaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi bgtau sakit ini salah satu asbab pengampunan dosa.
Jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Masih tak sembuh juga,
💟💟💟💟💟
Langkah 5
💟💟💟💟💟
Baru pergi pada cara yg kelima iaitu makan madu dan habbatussauda.

Dan yg keenam,
💟💟💟💟💟
Langkah 6
💟💟💟💟💟
Berubat bersumberkan tumbuhan dari bumi seperti bawang putih, zaitun, halia dsb..

Dan alhamdulillah,

la haula wa la quwwata illa billah.

Di sini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh iaitu tabib/doktor/ubat.

🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯
Check mate.

Sekarang ai juga akui kesilapan ai selama ini.

Bila diri sakit atau family ada yg sakit tak pernah sekali pun ai dahulukan solat mohon kesihatan dari Allah.

Jadi, mulai saat ini jom sama-sama kita letakkan 100% pergantungan kita pada Allah swt.

Kadang ai akui, kita yakin dgn kuasa Allaĥ, tapi mengapa sakit sikit, cari ubat dahulu sedangkan penyembuh mutlak itu hanya dariNya?

Subhanallah, besar sungguh kasih sayang Allah pada kita, hanya kita yang nampak atau tidak.

Selamat mempraktikkan ilmu orang Mekah ni ya.💝💝💝💝💝

Salam sayang,
Ai

Read more ...