Warkah Terakhir Fatihah Untuk Ibunya. Sedih Sangat Baca!!

29.1.15

Assalamualaikum.
Semoga pembaca blog aai sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Hari ini, pagi-pagi lagi aai dah tertumpah air mata.
Mana taknya, terbaca warkah sedih ini.

Bergenang air mata.
Terasa sekarang juga nak peluk tiga-tiga anak bujang ai erat-erat.

Ya Allah, tabahkan hati ibu Nurul Fatihah.

Kau kuatkanlah semangatnya.

Kau tempatkan Nurul Fatihah dikalangan orang-orang beriman.

Kau terangilah kuburnya.

Kau lapangkan kuburnya.

Amin.

Bingkisan terakhir seorang anak lukemia berusia 13 tahun

23/5/2013- 7.00 malam

Ibu,
akak nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas dosa dosa akak pada ibu sepanjang 13tahun ibu jaga akak..

Maafkan akak sebab byk menyusahkan ibu untuk menjaga dan melayan kerenah akak yg sakit ni.Akak mintak maaf sebab akak dah tak boleh nak jaga adik adik-Ilham dgn syukri macam akak yg lain..nanti akak mesti rindukan adik adik.

Ibu,
Akak rasa akak dah tak larat lagi..akak rasa sakit sangat bila buat kimo tu..mata akak dah tak nampak nak tgk mata redup ibu lagi..badan akak dah rasa panas dan pedih sangat.

Ibu,
Akak dah rasakan yg tuhan dah nak ambik akak dari ibu...akak takutlah ibu, takut sgt sgt sebab sejak ibu lahirkan akak ibu tak pernah tinggalkan akak sorang sorang..akak takut..betul ke kalau kita mati nanti ibu kena tinggalkan akak sorang sorang dekat kubur tu?.ibu kena tanam akak ke?

Ibu ,
Kalau akak dah mati boleh ke kalau ibu tak tanam akak dan tinggalkan akak dekat kubur tu sorang sorang..
Lagi satu ibu tolong pesan kat ayah, akak jugak nak ucap terima kasih pada dia sebab akak tetap anak dia walaupun ayah tak pernah nak jenguk kita sekeluarga lagi..lepas ayah kahwin lain dgn makcik. Tlg pesan kat ayah akak mintak maaf jugak sebab akak byk menyusahkan ayah sebab akak sakit.

Ibu,
Tlg pesan pada kawan skolah akak..sakinah dgn asyikin ..klu akak dah mati nanti jgn sedih tau, suruh diorang belajar rajin rajin jadi ustazah macam yang diorang cita cita tu supaya diorang boleh doakan yang baik baik untuk akak nanti..

Ibu,
Tolong jaga dan besarkan adik adik , Ilham dgn syukri baik baik  sampai diorg berjaya dan sentiasa bela ibu dan ingat berdoa untuk akak bila akak takder nanti tau.

Ibu , surat akak ni ibu simpan baik baik sebab akak takut nanti ibu lupa pada akak bila akak dah mati nanti..nanti akak sedih sangat.

Tapi ibu jangan sedih sedih tau sebab ibu cakap kalau kita mati Allah jaga kita kat sana, dan akak akan tunggu ibu dan adik adik kat rumah Allah sampai ibu dan adik adik datang yer..kita boleh berkumpul sekeluarga balik sama dengan ayah sekali yer.

Ibu, akak dah tak larat..akak nak tidur dan rehat dulu..tapi akak takut nanti akak dah tak bangun lagi nak rasa ibu belai rambut akak yg dah botak ni dan lap badan akak lagi macam pagi pagi sebelum ni..

Sebelum akak nak tidur ni akak nak berdoa pada Allah , mintak Allah ambik akak malam ni dengan pelan pelan takut nanti akak rasa sakit sebab akak pernah dengar kalau Allah nak ambik nyawa kita , kita akan rasa sakit sangat..betul ke ibu?

Akak jugak nak mintak doa supaya ibu dan adik adik sentiasa bahagia dan jgn sekalipun lupakan akak yer.

Ibu,
Maafkan akak lagi..akak dah tak boleh nak jaga ibu lagi bila akak besar nanti sebab akak dah tak boleh nak besar lagi ..umur akak sampai takat ni jer..Allah dah nak datang ambik akak..akak dah mungkir janji dengan ibu, sebab akak kata bila akak besar akak nak belikan ibu kereta besar dan rumah besar yg ada swimming pool..

Selamat malam ibu..dan selamat tinggal ibu dan adik adik kalau akak dah tak bangun lagi esok pagi..

Akak sedih sangat nak tinggalkan ibu ni....tapi akak dah tak kuat ibu...

Ibu..................
Assalamualaikum.

Nurul Fatihah Kamarudin,
hospital kuantan.

#adik nurul telah kembali kerahmatullah pada jam 2.50 pagi keesokkannya seperti yang dia jangkakan dan surat ini dijumpai ibunya dalam lipatan selimut arwah.

Al-fatihah.

Sebak.
Tak mampu nak diungkap dengan kata2 jika aai duduk di tempat Nurul Fatihah atau di tempat ibunya.

Semoga beliau tenang disisiNya.

Kita pula bagaimana?
Sama-sama kita tingkatkan amal, agar kita juga dimatikan dalam keadaan khusnul khotimah.

Amin.

Read more ...

Cara-cara Install Whatsapp Untuk PC

28.1.15

Assalamualaikum.
Semoga pembaca blog happylife-mama@blogspot.com sihat disamping insan tersayang.

Baru hari ini dapat info tentang whatsapp di web daripada group biz shaklee.

Terima kasih pada saudara afham kerana share info ini dengan aai.

Jadi, aai rasa ada baiknya aai share info macam mana nak install whatsapp di web samaada di laptop atau pc.


Teruja nak share info ni pasal apa?

Al kisahnya,

Baru 2 hari aai ada buka coaching menjahit baju kurung di whatsapp.

Alhamdulillah, dapat sambutan yang sangat mengalakkan.

Mana taknya, ai target dalam beberapa orang jer yang nak join aai punye coaching. 

Tak sangka hampir 500++ orang kaum hawa yang tak tahu menjahit pm aai untuk minta masuk dalam group free coaching aai.

Alhamdulillah. Tercapai matlamat aai nak menambah nilai hidup insan lain.

Benda free, sape nak tolak kan?

So, ini merupakan projek komuniti dari aai untuk mengeratkan ukhwah dan menambah saham akhirat untuk aai kelak. Memang aai tak letakkan apa-apa bayaran atas coaching yang aai tawarkan ini.

So, sesiapa berminat nak memandaikan diri sendiri dalam dunia jahitan baju kurung, boleh pm aai no hp ya. 

Nanti aai masukkan dalam batch geng jahit seterusnya selepas mereka yang berada dalam batch 1st khatam yer.

Semoga usaha aai yang sedikit ini, diberkati olehNya.

Bila dah ada versi web,lagi mudah aai nak menaip laju-laju, coaching pun cepat habis. Kan...


Cara-Cara nak guna WhatsApp Web:

1. Update WhatsApp ke versi terkini.

2. WhatsApp versi terkini, pada menunya ada butang WhatsApp Web.

3. Jika dah update tapi takde butang WhatsApp Web, anda kena off hp dan buka semula.

4. Buka link http://web.whatsapp.com melalui PC atau Laptop.

5. Selepas buka link tu pada PC atau Laptop, web tu akan ada QR code.

6. Guna WhatsApp pada HP, klik butang WhatsApp Web, akan keluar QR code scanner.

7. Scan QR code tu guna HP.

8. Bila dah berjaya, WhatsApp boleh guna pada PC atau Laptop melalui web.

9. Mesej melalui WhatsApp Web, juga akan masuk ke WhatsApp versi HP.

Selamat mencuba. :)

Read more ...

Now Everyone Can Kurus (NECK) Dapatkan Sekarang!!

18.1.15
Assalamualaikum.
Semoga para pembaca blog happylife-mama.blogspot.com sentiasa berada didalam keadaan sihat walafiat.
Alhamdulillah, baru-baru ini group MFMS (MFMS - The Most Fantastic Millionaires in Shaklee) yang owesome, berjaya melancarkan satu projek komuniti untuk mengajak seberapa ramai rakyat Malaysia menjadi kurus dengan cara yang betul di samping gaya hidup yang sihat.

Sebenarnya, aai akui, memang sukar untuk kurus kalau kita tak tahu cara yang betul apa itu diet sihat.
Aai juga pernah jadi gemuk 15 tahun dahulu. Sewaktu umur 18 tahun aai sangat suka makan sehingga berat mencecah 59kg.

Mungkin ini adalah angka biasa bagi anda, tapi amat luarbiasa bagi aai kerana akak-akak aai pada masa itu hanya seberat 45kg sahaja.

Alhamdulillah..

Sekarang, aai masih sangat suka makan, tapi dengan pemakanan yang betul dan diet yang betul, berat aai maintain 52kg dan berbahagia disamping suami serta 3 orang anak. Hero-hero malaya belaka yer.
Oklah, kita berbalik kepada cerita ebook terbaru ini dan 7 video percuma cara kurus dengan selamat dan berkesan.

Ebook ini telah dibaca oleh lebih 20 orang yang terpilih sebagai Preview.

Komen mereka, Ebook ini 'SUPERB'.

Seriously ramai yang rasa teruja dengan kualiti ebook ini.

Ia ditulis dalam bentuk penceritaan yang santai dan mudah diikuti.

Anda cuma perlu masa tak sampai 10 minit untuk menghabiskan membaca ebook tersebut.

Percayalah, sekali anda terbuka ebook ini. Anda tak boleh berhenti membacanya.

Ketahuilah FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS!!

Teknik ini terbukti berkesan membantu aai menurunkan berat badan sebanyak 3.5kg dalam tempoh 30 hari.

Dan



Teknik ini terbukti berkesan membantu Encik Firdaus menurunkan berat badan sebanyak 11.5kg dalam tempoh 100 hari.

Perubahan dalam tempoh 100 hari.
=================================
Ada 2 cara untuk anda dapatkan Ebook ini.

1. BELI PADA HARGA RM10.
Anda boleh bank in RM10 ke akaun:-

Maybank : 155126957047
CIMB : 7042332601

Siti Aisah Rahmat
aairaz.ent@gmail.com

ATAU

2. DAPATKAN EBOOK INI SECARA PERCUMA!
Caranya, anda WAJIB CLICK BUTTON SHARE di atas atau di bawah entry ini.
(Ia AMANAH untuk anda tau)
=================================

Selepas Anda Bank In RM10 atau SHARE Status ini ( Ikut Pilihan Anda ).
Sila download ebook ini di :

www.noweveryonecankurus.com/aira

Nasihat aai : 
Jangan baca ebook ni, kalau tak minat untuk kurus, fit, smart, cun dan dapat bergaya dengan apa jua style baju. Miakaka....

Ebook ini diberikan secara percuma sebab aai rasa kesian sangat, ramai orang Malaysia raaaaaamai yang gemuk.

Nak kurus, tapi tak tahu caranya. Allah dah bantu aai turunkan berat badan, apa salah aai bantu anda pula.
Lagipun, ilmu Allah ini hanya dipinjamkan kepada aai. Apa salahnya aai kongsikan dengan yang lain. Semoga ia menjadi pencen kubur buat aai.

Sejujurnya, untuk program komuniti ini, kami tidak ada budget yang besar untuk mempromosikan ebook ini kepada ramai orang.

Jadi, sebab itulah anda perlu bantu aai. Sila click Button SHARE di bawah ini.
Semoga ia memberi manfaat kepada rakan rakan anda yang lain.
Aai doakan,

"Allah berikan ganjaran syurga tanpa dihisab buat anda yang SHARE status ini. Amin"
Selamat Membaca!!


Salam Kurus Dan Sihat,
Siti Aisah Binti Rahmat
"Now Everyone Can Kurus"
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus"

Feel Free To SHARE This Entri Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.
Read more ...

Mencuri RM2 Kena Penjara?

18.1.15

Assalamualaikum.

Di doakan semoga para pembaca blog happylife-mama.blogspot.com sihat dan ceria-ceria selalu.

Alhamdulillah hari ini aai terpanggil untuk berkongsi satu kisah realiti yang sebelum ini aai sendiri tak tahu.

Syukur dengan perkongsian seorang sahabat aai, semoga aai dan para pembaca mendapat manfaatnya.

-------------------------------------------------------------
UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA:
-------------------------------------------------------------

Katanya,
Masjid banyak duit.
Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri.
Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara.
Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

-------------------------------
GEREJA PULA
-------------------------------

Beliau pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya.
Ada kotak transparent atas meja.
Ada buku catitan sebelah kotak.
Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.

Dia belek buku.
Lima ruang utk diisi.
Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu.
Jumpa beberapa nama siap nombor telefon.
Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Beliau call no yg dicatat.
Sembang beberapa minit.
Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

Dalam perbualan beliau dengan orang yang ambil note rm50 tu,

Katanya :

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Beliau tanya,

"Kenapa encik ambik RM50 je.
Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam beliau sekejap.

"Lepas tu encik?"

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja telefon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Beliau langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu.

"Encik masih kerja di situ?" Beliau bertanya.

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"

--------------------------------------------------
Nampak tak moralnya di situ.
--------------------------------------------------

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja.

Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tapi ahli qariah ada yg dapur tak berasap!

Cuba Kita Renungkan:

1) Kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.

2) Kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?

3) Tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg bertauliah utk kewangan masjid?

4) adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..

Memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu terlalu umum..

Sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dalam menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakn smg dengan adanya masjid² yg aktif dalam menjaga kebajikan ahli qariahnya semoga hati masyarakat lebih dekat dengan masjid yang ada layanannya mesranya cukup lumayan.

Sama-sama kita ambil iktibar dari apa yang aai kongsikan ini.

Sila share jika anda rasa ianya bermanfaat untuk kebaikan insan lain.

Read more ...

Tips Jadi Genius. Wajib baca!!!

11.1.15

Assalamualaikum pembaca blog happylife-mama@blogspot.com,

Semoga sentiasa sihat dan bahagia hendakNya. Amin.

Sejak akhir-akhir ni, aai agak kerap buat entri.

Kenapa ya?

Maklumlah, baru dapat hadiah besday dari huby, sebuah gadget yang lagi canggih dari gadget aai yang dahulu.

Syukur Alhamdulillah.

Hasilnya, aai dah mudah berblogging hanya dari smartphone aai aje.

Nak jadikan cerita, laptop pula meragam. Jadi, ibarat tiada rotan, akar pun jadilah.

Yang penting aai istiqamah menyampaikan info dan input yang bermanfaat untuk semua.

Kali ni, aai nak share satu kisah, lebih kepada fakta dengan penjelasan saintifik, dan pada pendapat aai, ianya sangat logik dan releven sehingga kini.

****************************
Mengapa para tahfiz bijak?
****************************

Dahulu aai selalu dengar orang-orang yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat itu.

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadis.

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi aai terfikir, apa rahsia mereka?

Aai mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik.

Namun, melalui sumber carian aai di internet, ada seorang hamba Allah ini mengkaji bagaimana beliau temui rahsia sebenar para hafiz dan hafizah begitu cemerlang dalam bidang akademik.

*****************************
Rahsia akhirnya terjawab!
*****************************

Menurutnya, beliau mengambil masa yang lama untuk mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, dan beliau dapati satu kesimpulan yang beliau kira sangat bagus.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri.

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita.

Kata-kata itu beliau dapati dari guru-guru beliau.

Walaupun mulanya beliau tak berapa faham.

Tapi apabila beliau mula amati pembacaan Al-Qurannya,

Ternyata memang benar,

Otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar.

Sekiranya otak kita lambat berfungsi, maka pembacaan kita akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

****************************
Penjelasan saintifiknya
****************************

Hal ini beliau fahami ketika beliau masih sekolah menengah di MRSM dahulu,

guru Biologi beliau ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential pun.

***************************
Bagaimana ia berlaku?
***************************

Ok, logik dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran.

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya;

Huruf apa yang terpapar,

Bunyinya macam mana,

Makhrajnya dimana,

Jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya,

Harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya.

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan.

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia.

Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya,

Apabila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama,

mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi,

ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju.

Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Oleh itu,

apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik,

bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar.

Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu kan.

Maka,

nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Oleh yang demikian,

walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math.

Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat.

Ini memang aai akui, seingat aai dulu masa form 4&5, subjek add math memang seronok, lebih-lebih lagi kalau dapat jawapan yang tepat, tapi begitu meletihkan otak.

Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Namun,

pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah.

Subhanallah!!!
Subhanallah!!!
Subhanallah!!!

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran.

Oleh sebab itulah,

umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.

Jadi apa tunggu lagi,

Sampaikan pada semua saudara-mara dan semua kenalan kita agar mereka juga akan jadi genius!

Pembaca blog happylife-mama@blogspot.com yang dikasihi,

Nak amal jariah mudah?

Sila share kepada rakan twitter, fb kerana barangsiapa yang tergerak untuk istiqamah membaca al quran dengan asbab share anda itu, mudah-mudahan moga amalan anda itu yang membawa anda ke syurgaNya. Insha Allah.

Read more ...

Sibuk Sangat, Selalu Tak Cukup Masa? Baca Ni!!

10.1.15

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita masih mampu menghirup udara segar kurniaan Allah swt.

Apa khabar para pembaca blog aai?

Harapan aai semoga kita sentiasa bersyukur dan berada di bawah lindunganNya. Amin.

Kali ini aai nak sampaikan tentang penggunaan masa kita yang masing-masing ada 24 jam.

Semua kita ada masa yang sama.

Tapi kenapa ada yang mengeluh tak cukup masa, tak sempat, tak dan orang kedah kata.

Tahu tak, amalan kita dalam seharian yang mempengaruhi kesempatan yang kita ada.

Tak percaya?

Cer tengok apa aktiviti kita setelah balik kerja.

Tengok tv?

Nah, kat situ jawapannya.

Pernah dengar tak,

"When you turn OFF your tv,
you probably turn ON your life."

Ini mentor nombor satu aai, Dr Hj Azizan Osman yang kata.

Hakikatnya memang betul.

Sinetron, dan rancangan yang kurang input, tak memberi faedah dalam kehidupan kita.

Oklah, misal kata, kita kata tak tengok pun tv, memang sibuk sangat.

Sampai tak tahu apa benda yang disibukkan tu?

Aai ada baca satu kisah tentang betapa sibuknya hidup seorang manusia ini.

Kisahnya begini...

Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama.

Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya
berpesan :

"Jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah."

Dan muridnya pun melakukan.
Dia membaca Al Qur’an 3 juz sehari.

Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juz sehari.

Dan urusannya semakin mudah.

Allah yang mengurus semua urusannya. 

Waktu pun semakin berkat.

Apa yang dimaksud dengan berkatnya waktu?

Bila kita dapat melakukan banyak hal dalam waktu yang sedikit. 

****************************
Itulah berkat Al Qur’an.
****************************

Pembaca blog happylife-mama@blogspot.com yang aai hormati,

Banyakkanlah membaca Al Quran.

Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk...

Sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu kita, tetapi Allah.

Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain.

Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan.

Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkat.

24 jam yang kita miliki seolah-olah terasa panjang.

Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini....pintu-pintu kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya...tanpa menggangu kegiatan harian kita yang lain.

Jagalah hak Allah maka Allah akan menjaga hak-hakmu. 

Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :

1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.

2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.

3. Keperluan yang tidak pernah puas.

4. Khayalan yang tidak ada akhirnya. 

[Hadits Riwayat Muslim]

Jadi, apa yang aai dapat simpulkan,

"Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah"

Aai sangat bersyukur, bertemu dengan shaklee.

Sudah tentu sebab aai dapat tambah duit poket aai setiap tengah bulan.

Tapi ada satu kelainan yang aai rasa, aai tak dapat dalam group bisnes lain.

Tak pernah aai jumpa leader group yang tak jemu-jemu mengingatkan checklist amalan rohani seperti solat dhuha, tahajud, zikir-zikir, mengaji al-quran 100 ayat sehari dan banyak lagi ilmu-ilmu lain yang jarang sangat ada dalam group bisnes lain.

Cer cakap dengan orang sebelah,

"kau hado?"

Secara zahirnya, aai lebih sibuk sebab ada part time biz, tapi aai happy dan tenang.

Tak tahu nak describe macam mana betapa bestnya berada dalam group MFMS (The most fantastic and happening shaklee group in Malaysia) ni.

Nak sertai kami, just pm aai kat whatsapp (0137722024), kita sembang-sembang k.

Oklah, semoga kita sama-sama istiqamah dapat membaca Al-quran setiap hari.

Oh ya, Aai ada join group whatsapp OWOJ (One Week One Juz) kelolaan ms Iera Yusof yang sangat berkaliber.

Beliau sedang membuat phd, seorang isteri, seorang ibu kepada 8 orang anak, seorang bisneswoman juga.

Hebat kan bagaimana dia mampu istiqamah mengaji setiap hari tanpa gagal?

Jom sertai aai dan geng OWOJ yang lain di group whatsapp tu nanti, tapi bagi WANITA sahaja ya.

Bagi yang rasa ianya berguna untuk insan lain, sila-silalah share artikel ini ya.
Semoga usaha anda yang sedikit ini menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Amin.

Read more ...

Betul Ke Kita Ini Muslim Sejati? Wajib Baca!!

9.1.15

Assalamualaikum.

Selama petang diucapkan buat pembaca blog happylife-mama@blogspot.com.

Hari ini adalah hari jumaat yang sejuk dan nyaman.

Ini kerana Segamat berhujan sejak malam tadi lagi tanpa henti.

Semoga Allah limpahkan rezeki hujan yang berkat buat kita semua. Amin.

Cerita kat bawah ni boleh buat kita semua sentap ..

Moga kisah ni mampu menyedarkan kita.

Jom amik sikit masa baca kisah dan teladan ini..

Allahu Rabbi!! Kisah Tauladan Untuk Kesedaran Kita Umat Islam.

Kisah tauladan ini adalah perkongsian dari laman melayukini.net.

Semoga ianya memberi pengajaran dan kesedaran buat kita yang beragama Islam.

Renung-renungkan..

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon.

Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah.

Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.

Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina.

Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama.

Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu,

Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.

Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar.

Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi.

Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair.

Dan aku amat terkejut dengan berita yang ku dengar dari kakaknya.

He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.

Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya.

Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya.

Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…

Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang

Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.

Beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?"

"Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?"

"Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?"

"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house."

"Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?"

"Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?"

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?"

"Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku."

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah."

"Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?"

"Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah."

"Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir."

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini.

Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya.

Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Semoga Allah swt memberi manfaat, geran kejayaan kepada semua orang yang beriman.

Aai juga turut terkesan dengan kisah yang aai sampaikan ini.

Malu, adakah kita ejen Islam yang sebenar?

Malu sebab tak sungguh-sungguh berdakwah.

Nak post status fb yang baik-baik, selalu fikir mesti orang fikir aku tunjuk baik.

Tapi, sekarang aai dah tak kisah. Biasakan fikir,

do i care?

Kalau kita buat baik sekalipun, bukan kita menyusahkan orang lain kan?

Biar kita nampak poyo macam baik, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk jadi baik berbanding mereka yang tidak. Betul-betul?

Jangan risau dan jangan fikir pun dengan kata-kata sinis orang lain, fikirkan sahaja kita hidup untuk menambah nilai hidup insan lain.

Jikalau hati kita sakit dengan sindiran orang tentang usaha kita untuk berdakwah, just hadiahkan Al-Fatihah buat mereka.

Semoga dengan hadiah tersebut, mereka sedar sebelum terlambat. Insha Allah.

Read more ...

5 Tips Kejayaan Napoleon Hill

8.1.15

Bismillah...

5 Tips kejayaan  resipi Nopoleon Hill. 

Setiap kejayaan pasti ada pengorbanan yang kita kena buat. Teori yang telah di gunakan oleh 500 Jutawan seluruh dunia.

*Baca bismillah tetapkan dalam fikiran jumlah wang yang kita mahu.
Tambah keyakinan dan memohon pada Allah swt.

*Tetapkan dengan pasti apa pengorbanan yang perlu di lakukan.
Tiada kejayaan datang dengan percuma.

*Tetapkan tarikh bila kita akan dapat wang tersebut.
Semua matlamat kena da tarikh.

*Atur rancangan untuk mencapai kemahuan tersebut.
Walaupun kita belum bersedia. 
Gagal merancang bermaksud anda merancang untuk gagal.

*Tulis dengan jelas beberapa perkara ikut jumlah wang yang kita  mahu, masa yang di perlukan dan pengorbanan yang kita perlu dapatkan matlamat atau wang yang kita mahu.

*Baca semua apa yang kita tulis.
Baca sekurangnya dua kali lagi banyak lagi bagus.
Lagi bagus selepas kita membaca Bismillah 21 kali sebelum tidur dan bangun pada pagi-pagi.
Waktu anda membaca setiap bait - bait matlamat tu baca seperti anda telah memiliki,dan merasai dan paling penting terus meminta  pada Allah swt.

Semua resipi ini telah di tambah unsur-unsur kebergantungan kepada  Allah swt. Mengikut prinsip Allah swt mengikut sangkaan hambanya.
In Shah Allah akan berhasil.

Selamat mencuba.

Kredit to : Mr SA.

Read more ...

Rahsia Orang Kaya. Wajib Baca!!!!

8.1.15

Aai dan anak-anak, kalau gaduh jer, aai suruh diaorang senyum. Terus tak jadi gaduh.
Ini gambar pagi-pagi nak ke tempat kerja. Senyum yer..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ai ucapkan kepada pembaca yang budiman.

Semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik serta keluarga yang bahagia.

Selamat bersedia untuk terus tersenyum
sepanjang membaca entri ini.

Sedikit perkongsian yang ai rasakan menarik untuk kita sama-sama ambil manfaatnya.

Berapa ramai yang tahu, apa modal sebenar dalam hidup kita?

ia sangat mudah...sebenarnya SENYUM sahaja...ia adalah modal paling murah & sememangnya PERCUMA bagi yang faham..
Masya Allah...

Cer tengok orang yang kaya-kaya, majoriti mereka senyum je kan..

Sebab hanya dengan senyuman , deal will close, of course dengan doa dan strategi yang betul.

hanya dengan senyuman, kita nak marah pun tak jadi.

hanya dengan senyuman, kita berjaya upsell,

hanya dengan senyuman, kita rasa dihargai.

hanya dengan senyuman, kita dapat pahala.

hanya dengan senyuman, hubungan terjalin..jatuh cinta la tu kan?

hanya dengan senyuman, kita menjadi hebat!

Hanya dengan sebuah kuntum senyuman yang manis, mampu menawan dunia.

Jadi apa lagi, mulai hari ini. Senyum aje ya.

Tak kira what condition you are.

Keep on smiling.

Senyum pun penawar duka tau.

Senyum.....
Read more ...

Cara Mudah Elak Kanser. Wajib Baca!!!

8.1.15
Assalamualaikum.

Anda sihat?

Belum tentu, sebab kita biasanya jarang buat medical check up setiap tahun kan?

Apa kata mulai tahun ini, kita buat medical check up setahun sekali je.

Untuk pastikan tahap kesihatan kita pada tahap maksimum.

Bagi yang dah mengamalkan membuat medical check up setiap tahun, tahniah aai ucapkan.

Sebab entri kali ini aai nak tekankan tentang penjagaan kesihatan dan bagaimana kesihatan kita boleh terjejas dengan rutin seharian kita.

Nak tahu apa rutin seharian kita yang mungkin mengundang penyakit ke dalam tubuh badan kita?

Teruskan membaca sampai habis ya.
Sumber google : Begitu ramai sekali wanita yang mengidapi kanser.

DOKTOR DARI UNITED STATES TELAH MENEMUI SATU JENIS KANSER .

KITA MUNGKIN TERGOLONG JIKA TIDAK MENGELAKKANNYA .

Apabila kita membeli kad isian semula (kad Top-Up) jangan goreskannya dengan kuku, ianya merupakan lapisan Silver Nitro Oxide dan boleh menyebabkan kanser kulit.

Aai sarankan, marilah kita sama-sama kongsikan entri ini bersama orang yang kita sayang atau teman-teman kita yang lain.
Sumber google : Makan secara seimbang, makan buah dahulu sebelum makanan berat ya.

Ini dia Tips Kesihatan yang Penting:

Jawab telefon menggunakan telinga kiri.

Jangan makan ubat dengan air sejuk.

Jangan makan makanan berat selepas pukul 5 petang.

Minum air masak.
Banyak di sebelah pagi dan sikit disebelah malam.
Cara nak tahu berapa liter perlu kita minum air yang cukup untuk badan adalah minum.
Air kosong setiap 25kg berat badan = 1 liter.
So, anda kira berapa berat badan anda, bahagi dengan 25kg.
Ok, dah dapat berapa liter perlu minum dalam sehari.

Masa tidur yang paling bagus adalah dari pukul 10 malam hingga 4 pagi.
Memang ini yang disarankan dalam Islam.
Ini kerana, kita perlu bangun sebelum subuh untuk bertahajjud, solat taubat dan terus sambung solat subuh serta menyiapkan diri dan anak-anak untuk ke sekolah.

Jangan baring secara mengejut setelah mengambil ubat atau selepas makan.

Apabila bateri telefon low dan mencapai bar yang terakhir, jangan jawab telefon ,kerana ketika itu telefon menghasilkan radiasi 1000 kali lebih kuat.

Boleh anda tolong sampaikan mesej ini kepada orang yang kamu ambil berat?

Aai baru sahaja melakukannya, kebaikan tidak menyebabkan apa-apa tetapi pengetahuan itu kuasa.

Artikel dari Dr Hamid Arshat : Kurangkan penggunaan plastik.

● PENTING ●

U.S.A. CHEMICAL Research Center beri keputusan yang baru:

Jangan minum teh dalam cawan plastik dan jangan makan makanan dengan bekas polisterin.

Plastik bertindakbalas dengan haba dan akan menyebabkan 52 jenis kanser .

Jadi, mesej yang bermanfaat ini perlu di viralkan untuk kesihatan kita bersama.

Semoga bermanfaat.
Read more ...

Vitalea for Children kini KEMBALI!!!!

7.1.15
Assalamualaikum,

Semoga pembaca blog happylife-mama@blogspot.com sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera disamping insan tersayang.

Setelah lama menunggu, akhirnya pada 1 January 2015, Shaklee telah mengumumkan product terbaru yang dinamakan VITA-LEA FOR CHILDREN!!

Sebenarnya  orang dewasa ada multivitamin VITA-LEAWITH IRON (sila klik link), kanak-kanak punya pun ada juga tau!!

Sebenarnya sebelum ni VITA-LEA FOR CHILDREN memang dah ada, tapi sewaktu aai join Shaklee, memang dah tak keluar lagi vitale untuk kanak-kanak ni.

Sebenarnya vitalea untuk kanak-kanak bermula pada 2013, production telah dihentikan sebab Shaklee nak improve formula vitamin ni.

Dan Alhamdulillah, kini ianya KEMBALI!! 

Tak sabar rasanya nak berikan multivitamin terbaik ni kat anak-anak aai.

 Boleh makan "gula-gula' perisa Grape yang sangat sihat dan berkhasiat!! :)

Jom kita tengok apa kelebihan VITA-LEA FOR CHILDREN ni!!



Akhirnya..kini ianya KEMBALI DI PASARAN dengan FORMULA TERBAIK!!



VITA-LEA FOR CHILDREN ni ada 18 Vitamins dan Mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kita. 

Yang penting, ianya diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI saja.

Contohnya, ia menggunakan PEMANIS SEMULAJADI iaitu XYLITOL. 
So elok untuk kesihatan gigi tau..

Jadi, siapa-siapa yang tak nak gigi anak anda rapuh atau dapat karies gigi akibat makan gula-gula, Aai sangat galakkan pengambilan Vitalea for kids ni.

Senang kata, elakkan mereka makan gula-gula.

Tu jadinya gigi anak ada karies, hitam-hitam gigi tu. Tak cantiklah kan..

Ini anak bujang sulung aai, cantik tak gigi? 

Sekali sekala, it is ok. Ingat jangan beri gula-gula selalu tau.

Jangan biasakan bagi dia reward seperti gula-gula, tukar kepada VITA-LEA FOR CHILDREN. Ok kan?
Manis, sedap dan berkhasiat.

Rasa vitalea for kids, semestinya PERISA SEMULAJADI ANGGUR yang sedap!!
PERHATIAN!!!!

Bukan perisa sintetik yerr.. So ibu bapa jangan risauu... 


Perbandingan VITA-LEA FOR CHILDREN Shaklee dengan jenama lain.  



Tak dapat bayang ler nak suruh anak-anak kita telan semua sayur tu bermangkuk-mangkuk.
Lagipun, nak ke anak-anak kita makan sebanyak ini makanan untuk dapat khasiat Vitamins dan Minerals yang sama jumlahnya dalam VITA-LEA FOR CHILDREN.

Agak-agak cukup ke nutrisi yang kita bekalkan dalam makanan seharian anak-anak kita yer...

Ok, ini pula perbandingan VITA-LEA FOR CHILDREN Formula lama (tahun 2013) dengan Formula terbaru. Semestinya Formula terbaru lebih baik!!



Oh ya, macam mana rupanya vitalea for kids ni ya?
Ini dia rupanya dibandingkan dengan chewable vitamin c.
Memang besar tau, tapi ianya boleh dikunyah. Nyum-nyum, anak-anak pasti tak tolak.
Siap sedia aje ya, simpan botol vitalea for kids ni di tempat yang selamat dari pandangan mereka.



Alhamdulillah, sekarang ni kami dah boleh beri Radhi dan Rais complete Set Kanak-kanak macam di bawah ni. Redza masih bawah umur lagi yer.. Baru 13 bulan usianya. Bila dah besar macam abang2nya, baru aai beri yang terbaik untuknya.

Set Lengkap Kanak-Kanak Sihat dan Pintar : 
Chewable Vitamin C, Vita-lea for Children, Omegaguard dan Meal Shakes. 

Semoga dengan usaha ini, Allah kurniakan kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda kepada anak-anak syurga kami. 

Ummi dan Ayah doakan semoga Radhi, Rais dan Redza menjadi insan yang soleh, bertaqwa, kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. 

Anda berminat nak beri yang TERBAIK untuk anak-anak anda juga? InsyaAllah aai sedia membantu. 

Thanks for reading :)

PROMOTION JANUARY 2015!!
BUY 3 FREE 1!!


Sempena pengenalan produk ini, jangan lepaskan peluang dapatkan VITA-LEA FOR CHILDREN  dengan HARGA TERENDAH!! 

Promosi tamat pada 31 Jan 2015. Contact Aai segera ya!! :)

"Believe you are special, then you are really the special one"


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Read more ...

Rupanya Masih Ada Orang Yang Tak Tahu Bersyukur

6.1.15

Assalamualaikum.
Selamat pagi kepada para pembaca blog happylife-mama.blogspot.com
Semoga sihat dan sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin.

Sedikit perkongsian hari ini.

RUPANYA RAMAI yang tak tahu BERSYUKUR
==========

Tanda-tanda orang yang tidak bersyukur ialah

1) Apabila mendapat sesuatu, dia mengeji pemberian itu, mengeluh, "kenapa sikit sangat" Tidak dahulukan dengan ucapan ALHAMDULLILLAH.

Tidak bersyukur dengan yang sedikit bagaimana ALLAH mahu memberi banyak?

2) Tidak bersyukur dengan apa yang ada. Merungut-rungut dengan benda yang tiada. Dah ada pun masih nak yang baru. Tak menyempat-nyempat nak yang baru. berbunyi-bunyi dengan apa yang ada.

Nak rezeki melimpah ruah? Bersyukur dengan segala apa yang ada.

Mak ayah masih hidup? SYUKUR!

Suami Isteri masih ada? SYUKUR!

Dikurniakan pasangan yang baik? SYUKUR!

Dikurniakan anak-anak? SYUKUR!

Duit ada satu sen? SYUKUR!

Bisness tak dapat SALE? SYUKUR!

Boleh Berfacebook? SYUKUR!

Masih boleh berkerja? SYUKUR!

Masih ada kaki tangan kan? SYUKUR!

Masih mampu mendengar, melihat? SYUKUR!

Ada motor je? Kereta tak ada? SYUKUR!

Ada Kereta je? tapi Kereta kecik je? SYUKUR!

ALLAH... ALLAH... berhentilah mengeluh. STOP!

Nikmat mana lagi kita dustakan?
Jangan lihat apa yang orang ada, tapi lihat apa yang kita ada?

Orang yang tak bersyukur, ALLAH takkan beri nikmat lebih.

Tidak sesekali.

ALLAH berfirman :

"Jika kamu bersyukur maka aku tambah nikmatku."

Tak mampu sedekah DUIT? Sedekahlah DOA.

Sebaik-baik sedekah ialah DOA.

Tahu tak kamu?

BerDOAlah.

Berdoa untuk semua orang.
Buang semua keluh kesah dalam hati.
Jangan terlampau kedekut nak DOA kan orang.
Kita doakan orang sebenarnya kita sedang DOAKAN diri kita.
Jika baik doanya untuk orang, maka baiklah DOA untuk kita.

Jika ada orang yang sedang bercakap tentang ALLAH dan agama, jangan persendakan.
Dengar...dengar dan dengar apa yang diperkatakan walaupun kamu dah tahu.
Mungkin masih ada yang kita tidak tahu. Bukan melihat siapa yang memperkatakan.

Jangan mengeji orang yang bercakap tentang ALLAH dan agama.
Itu ibarat kita sedang mempersendakan ALLAH dan agama.
Orang yang mempersendakan agama ini balasannya adalah buruk di akhirat kelak.
Berhati-hati dengan apa yang keluar daripada mulut kita.

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.

Read more ...

Tips urus anak secara efektif tanpa maid

5.1.15


Saya dan 3 Anak Lelaki (Radhi Rais dan Redza)

Tips ini betul-betul berkesan.

Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah.

Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat.

Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.

Mood pagi untuk bekerja juga penting.
  • Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.
  • Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 3 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu. 
  • Tips ini juga saya adaptasi dari blog tips sihat selalu dari blogger Ida Fadliza Abu Zarin.
  • Tips beliau juga sangat membantu aai dalam menguruskan anak-anak pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja.

Antara tips yang membantu saya ialah :

1) Bereskan pada waktu malam
  • Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam
  • Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri. 
  • Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. 
  • Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.

2) Bangun awal pagi.
  • Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. 
  • Bagi yang baru berjinak-jinak dengan solat taubat, tahajjud, ini adalah waktu yang terbaik.
  • Niat untuk solat tahajjud pada 4.30am atau 5am, tunggu solat subub dan selesai sahaja solat subuh, terus uruskan anak-anak.
  • Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci. 
  • Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. 
  • So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.

3) Tenang-tenang saja
  • Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. 
  • Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan. Huh. 
  • Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.
  • Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. 
  • Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 - 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. 
  • Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. 
  • Jika tidak, mood kita akan terjejas.
  • Bukan sahaja mood, malah aura kita turut pecah. 
  • Percaya tak, bila aura dah pecah, segala benda kita nak buat dari pagi hingga ke malam, ada saja tak kena.
  • Memang payah, memang berat, memang perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.
  • Ingat practice make perfect.

4) Delegasi kerja urusan sendiri
  • Bagi blogger Ida, beliau yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju beliau 'delegasi'kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, beliau masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.
  • Aai dan ramai lagi ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja.
  • Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. 
  • Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.

5) Mohon bantuan anak
  • Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. 
  • Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan. 
  • Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. 
  • Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.

6) Kekuatan Spiritual dan Mental
  • Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan
  • Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress. 
  • Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. 
  • Kuatkan mental dengan mengulang ayat : "Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya"
  • Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. 

Satu lagi tips,

tukarkan perkataan "MASALAH" dengan "CABARAN".

Perkataan "Masalah" menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.

Tips ini mungkin berbeza dari ibu-ibu yang lain. Ada banyak lagi tips yang lebih baik. Semoga perkongsian tidak seberapa ini boleh membawa manfaat kepada rakan-rakan.

Sila share ya. terima kasih.
Read more ...

Fakta Wajib Tahu Tentang Rasulullah

3.1.15

Assalamualaikum.
Semoga pembaca blog aai sentiasa tersenyum disamping insan tercinta.

Jangan lupa juga, basahkan bibir dan lidah kita untuk sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad.

Mudah-mudahan kita mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di Akhirat kelak.

Pada ulangtahun kelahiran Rasulullah tahun 1436hijrah, aai suka untuk berkongsi fakta penting tentang baginda Rasulullah SAW.

Kata kita cinta Rasulullah SAW kan, tapi tahukah kita akan sirah kehidupan baginda?

Jom, kita hayati dan sama-sama kongsi sirah Rasulullah di bawah ini.

Nama:
Muhamad bin Abdulllah bin Abdul
Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu :
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah :
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ dan Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Semoga sama-sama kita mengingati perjuangan Rasulullah SAW.
Jadi, jangan lekang dari bibir kita untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Semoga kita menjadi umat yang menerima syafaatnya di akhirat kelak Amin.

Read more ...

Apa Kita Boleh Bantu Mangsa Banjir?

3.1.15

Assalammualaikum...

Semoga para pembaca blog aai dilimpahi rezeki yang banyak dan dikurniakan kesihatan yang mantap.
Alhamdulillah, amin.

Ini lagi cerita tentang keprihatinan warga Malaysia terhadap mangsa banjir dan juga sukarelawan banjir.

Aai terpanggil untuk berkongsi info ini dari salah satu group di whatsapp.

Seelok-eloknya, baik aai kongsikan dengan pembaca blog aai.

Ini apa yang dikongsikan.

Dalam WHI, ada doktor nasihatkan para sukarelawan dan mangsa banjir supaya mengambil vitamin C untuk mengelakkan dari demam, selesama.

Kita bukan sahaja memberi sumbangan kepada mangsa banjir berupa baju, makanan, peralatan dan sebagainya.

Sumbangan juga boleh berupa vitamin kepada mereka supaya mereka semua kembali sihat seperti sediakala.

Hulurkan sumbangan anda dgn seikhlas hati untuk Chewable Vit C, Chewable Vitalea (multivitamin), Vitamin C 500mg dan kami sampaikan kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Semoga Allah SWT menerima sumbangan ikhlas
Boleh pm atau wsap aai terus utk detail jumlah sumbangan anda...tq

Sumbangkanlah RM10.00 ke mana2 tabung yang anda selesa.

Semoga mereka boleh menggunakannya untuk membantu mangsa banjir yang sangat memerlukan.

1. Maybank : 5541 2951 7126
     MAYBANK RICHWELL
     No tel : 012 2696492

2. Dana utk beli bot
     Maybank : 5147 1230 1053
     REV TEEN ENTERPRISE

3. Utk beli telekung
    Maybank : 5140 6652 6158
    AAF CREATIVE NETWORKS

4. Utk beli periuk nasi
    Maybank: 5511 9110 2820
    DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

5. KELAB KEBAJIKAN NUR INSANIAH SELANGOR
CIMB Bank: 8601 9324 38
FB : kelabnurinsaniah

6. KELAB USAHAWAN PENIAGA PROGRESIF
Bank Islam : 1404 1010 0820 49
No. tel : 018-2830073

7. ZAZA-misi kemanusiaan
Maybank: 1628 3407 3449
ZIANA ELLIEZA BINTI DARUS
No. tel : 012-289 2679

8. PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 1404 1010 051412
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH
No. tel : 013-7278292

9. DARUL QURAN JAKIM
AGRO BANK : 2005 4810 0000 7002TABUNG KEBAJIKAN  PEGAWAI DAN KAKITANGAN DARUL QURAN
NO. TEL: 019- 262 0069

10. PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
MAYBANK: 5144 2210 7228
NO. TEL: 03-2143 7872

11. TABUNG BENCANA NSTP-MEDIA PRIMA
MAYBANK: 5141 0532 0757

12.   Malayan Banking Berhad (MAYBANK) Account Name:MERCY Humanitarian FundABA Swift Code:MBBEMYKL
Account No:5621 7950 4126
 
13.   PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (BENCANA)
MAYBANK : 5560 1106 5042

14.   Maybank Account: 564490413882
Muslim Care Malaysia

15.   BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR KUALA KRAI
MAYBANK: 1699 8102 1569 SALMIE BINTI SHOKORD

Nota :
Milik kita adalah apa yang kita sedekahkan bukan apa yang ada dalam wallet, purse, bank mahupun dlm simpanan peti besi kita.

1 yang kita sedekahkan 10 yang Allah ganjarkan utk kebaikan dunia & akhirat kita.

Tak dapat bersedekah wang ringgit, sedekahkanlah 2 minit  dari masa anda untuk tekan butang share kepada saudara & sahabat.

Mudah2an Allah pandang usaha kita sebagai jihad. Inshaa Allah.

Read more ...