Rahsia Orang Kaya. Wajib Baca!!!!

8.1.15

Aai dan anak-anak, kalau gaduh jer, aai suruh diaorang senyum. Terus tak jadi gaduh.
Ini gambar pagi-pagi nak ke tempat kerja. Senyum yer..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ai ucapkan kepada pembaca yang budiman.

Semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik serta keluarga yang bahagia.

Selamat bersedia untuk terus tersenyum
sepanjang membaca entri ini.

Sedikit perkongsian yang ai rasakan menarik untuk kita sama-sama ambil manfaatnya.

Berapa ramai yang tahu, apa modal sebenar dalam hidup kita?

ia sangat mudah...sebenarnya SENYUM sahaja...ia adalah modal paling murah & sememangnya PERCUMA bagi yang faham..
Masya Allah...

Cer tengok orang yang kaya-kaya, majoriti mereka senyum je kan..

Sebab hanya dengan senyuman , deal will close, of course dengan doa dan strategi yang betul.

hanya dengan senyuman, kita nak marah pun tak jadi.

hanya dengan senyuman, kita berjaya upsell,

hanya dengan senyuman, kita rasa dihargai.

hanya dengan senyuman, kita dapat pahala.

hanya dengan senyuman, hubungan terjalin..jatuh cinta la tu kan?

hanya dengan senyuman, kita menjadi hebat!

Hanya dengan sebuah kuntum senyuman yang manis, mampu menawan dunia.

Jadi apa lagi, mulai hari ini. Senyum aje ya.

Tak kira what condition you are.

Keep on smiling.

Senyum pun penawar duka tau.

Senyum.....

No comments:

Post a Comment