Mencuri RM2 Kena Penjara?

18.1.15

Assalamualaikum.

Di doakan semoga para pembaca blog happylife-mama.blogspot.com sihat dan ceria-ceria selalu.

Alhamdulillah hari ini aai terpanggil untuk berkongsi satu kisah realiti yang sebelum ini aai sendiri tak tahu.

Syukur dengan perkongsian seorang sahabat aai, semoga aai dan para pembaca mendapat manfaatnya.

-------------------------------------------------------------
UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA:
-------------------------------------------------------------

Katanya,
Masjid banyak duit.
Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri.
Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara.
Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

-------------------------------
GEREJA PULA
-------------------------------

Beliau pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya.
Ada kotak transparent atas meja.
Ada buku catitan sebelah kotak.
Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.

Dia belek buku.
Lima ruang utk diisi.
Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu.
Jumpa beberapa nama siap nombor telefon.
Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Beliau call no yg dicatat.
Sembang beberapa minit.
Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

Dalam perbualan beliau dengan orang yang ambil note rm50 tu,

Katanya :

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Beliau tanya,

"Kenapa encik ambik RM50 je.
Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam beliau sekejap.

"Lepas tu encik?"

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja telefon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Beliau langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu.

"Encik masih kerja di situ?" Beliau bertanya.

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"

--------------------------------------------------
Nampak tak moralnya di situ.
--------------------------------------------------

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja.

Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tapi ahli qariah ada yg dapur tak berasap!

Cuba Kita Renungkan:

1) Kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.

2) Kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?

3) Tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg bertauliah utk kewangan masjid?

4) adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..

Memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu terlalu umum..

Sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dalam menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakn smg dengan adanya masjid² yg aktif dalam menjaga kebajikan ahli qariahnya semoga hati masyarakat lebih dekat dengan masjid yang ada layanannya mesranya cukup lumayan.

Sama-sama kita ambil iktibar dari apa yang aai kongsikan ini.

Sila share jika anda rasa ianya bermanfaat untuk kebaikan insan lain.

No comments:

Post a Comment