Bila doktor tak percaya suplement!!

30.3.16
BILA DOKTOR TAK PERCAYA SUPPLEMENT!!
========


Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sb APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja.

Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya.

Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung.

Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga.

Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sb asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu.

Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??

Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr.

Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi. Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.

Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.

Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.

Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya tak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.

Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.
Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sb saya sihat dan kuat.

Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?

Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.

Staffa mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.

Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.
Hidung,pipi, dagu smua jd tegang. Mmg awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bleh bgn pagi2.

Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis.

Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung. Saya enjoy mengandung.

Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.

Bila Allah tarik baru kita terasa.

Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.
Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

Credit to DR Hasifah, happy Shaklee user

***************
Kisah Ai
***************

Ai pun ada pengalaman dengan ESP ni juga.
Tapi masa mengandung, yang bagi ai extra energy macam tak ngandung ialah vitalea.
Superb vitamin. sampai 9bulan mengandung boleh cergas macam tak mengandung saja.

Memang pengalaman mengandung dengan Shaklee sangat indah.
Sampai rasa tak kisah if nak mengandung lagi...

Kisah ESP ai adalah waktu menyusukan anak.
Susu memang banyak sangat dan meriah.
ESP memang terbaik.

Jika berminat untuk mencuba, boleh wassap/telegram ai di 0137722024

Regards,
Ummieyesa
Read more ...

Larangan Makan Dan Minum Sambil Berdiri

28.3.16
Assalamualaikum.

Moga pembaca blog aai dilimpahi rahmatNya.Amiin.
Ada minum sambil berdiri tak hari ini?
Hari ini aai nak share tentang larangan minum dan makan sambil berdiri.



Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri?

Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg di panggil sbg penyaring Sfringer.

Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk,dan tertutup ketika kita berdiri.



Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh.

Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana tertutup.

Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt myebabkan penykit buah pinggang.

Subhanallah, setiap  perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanafaat bg umatnya.

Senang je kan nak minum air mineral cukup 8 gelas sehari??



Terapi air putih :

1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dpt mbersihkn organ2 dalaman.

2. Mnm seglas air,30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.

3. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung..




Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yang bermanafaat.........
Sama2 kita mengamalkan dan secara tidak langsung mengikut sunnah Rasullullah saw....Insha Allah.

Regards,

Ummieyesa
Read more ...

Rais kena operate???oh tidaaakkkkkkkkkk.... (part I)

19.3.16
Assalamualaikum

Semoga pembaca blog aai dilimpahi rezeki yang banyak dan halal.
Semoga mendapat sedikit manfaat daripada apa yang aai kongsikan di bawah.

Sebenarnya bermula aai dapat tahu Rais sakit angin pasang apabila suatu pagi yang indah, cikgu rais telefon aai.

"Assalamualaikum, puan Aisah ke ni? saya cikgu Rais, tadi doktor ada buat pemeriksaan semua pelajar-pelajar di sekolah ini, saya nak bagitau buah Rais xde."

What????

Tak ke haru dibuatnya bila cikgu kata buah anak kita takde.
Petang tu juga bila balik dari jemput Rais dan Radhi, terus periksa Rais punya.
Kelakar pun ada rasanya.

Bila cek-cek, eh ada ni...
Apa pula cikgu kata takde.

Berhari-hari juga aai google tentang masalah Rais ni.
Sampai pada hari date appoiment Rais dengan doktor pakar.
Ayat-ayat doktor pakar buatkan aai tak keruan lepas tu.

Sebelum tu nak cerita sikit, apa sebenarnya undecent testes ni.
Menurut web doktorbudak.com, ia bermaksud buah testis tidak turun sampai ke kantung skrotum yang sepatutnya sudah berlaku sebelum lahir ( antara 30 – 40 minggu dalam kandungan).

Keadaan ini sebenarnya agak biasa dirujuk kepada doktor kanak-kanak.
Mengikut statistik, lebih kurang 1% daripada bayi lelaki mempunyai masalah ini.
Bayi lelaki yang lahir pra-matang akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.

Tetapi masalah Rais, testis dia kadang-kadang berada dalam kantung dan boleh kembali ke atas dekat 'Inguinal canal' seperti dalam gambar di bawah tu.

Jadi, aai rasa ianya bukan sesuatu masalah yang besar. Dia ada harapan untuk sembuh tanpa pembedahan.

Aai yakin 100%!!!


Gamba kredit : http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/undescended-testes/

Jadi, apa yang perlu dibuat oleh doktor sewaktu pembedahan?

Ini penerangan doktor tentang pembedahan yang akan dijalankan pada 26.4.2016 nanti.

Belah bahagian atas (kiri dan kanan)

Untuk pastikan urat cukup panjang untuk ditarik ke kantung dan nak pastikan tisu tidak rosak.

Belah bahagian bawah (kiri dan kanan)

Untuk menarik testis ke kantung.
Kemudian testis dijahit pada kantung supaya tidak bergerak ke dalam abdomen semula.
Seperti dalam gambar di bawah.

Sedih tau ummi...



Gambar kredit : http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/undescended-testes/


Jadi, of course Rais kena operate.
Confirmed minor operation to his 'ehem-ehem'

Oh tidaaaaakkkkkkk.......

Appointment date for operation 26.4.2016


Sedih je ummi tengok doc set date operation. Sabar aje la hati ni.

Balik dari apoiment, aai rasa macam semacam je rasa.
Rasa macam tak kena saja.
Sebab mengenangkan Rais yang comel tu nak kena belah-belah oleh doktor.
Dia tak mengalami masalah pun, tak sakit pun.

Macam tak patut je nak kena operate.
Doc siap pesan, jangan urut.

Hari itu, aai cuti. Lepas siap jumpa doktor, hantar Rais kat sekolah macam biasa.
Huby pun cuti, bawa aai pegi kedai eksesori hp depan pasaraya ekonsave kat Segamat ni.
Aai tunggu je dalam kereta, sementara huby cari casing dan screen protector hp aai.
Nak harap aai pegi beli sume mende alah tu, memang tidak lah.
Takde masa nak fikir perkara serupa itu.
Syukur huby aai prihatin, selalu tolong belek hp aai.
Tolong bersihkan screen protector, bersihkan casing.
Semua tu dia buat waktu aai dah tdo.
Sebelum tu pelik juga, bangun tdo je, nak pergi kerja, tengok hp aai dah bersih.
Rupa-rupanya huby yang selalu tolong bersihkan.
Tq huby sayang. wink...wink...

Tergerak hati nak toleh belakang kereta, eeh...Mak Ros (bekas pengasuh Radhi n Rais n Redza)
Lama dah tak jumpa dan jenguk dia.

Aai pon keluar kereta salam dan bertanya khabar.
Rupa-rupanya selama aai dah beberapa bulan tidak jenguk Mak Ros,
Dia menderita sakit pinggang yang teruk.
Doktor di klinik kesihatan ioi suspek Mak Ros ada masalah buah pinggang
berdasarkan keputusan ujian darah Mak Ros. 
Bila rujuk klinik, doktor suruh ke klinik pakar di Hospital Segamat.

Tapi Mak Ros bijak, dia berubat cara Alternatif Islam.
Rasa aai la kan, jika Mak Ros ke doktor pakar, confirm kena operate juga macam Rais.
Dah itu kepakaran doktor kan..


Ini name card dia.

Aai sambung Part II setelah Rais buat rawatan alternatif Islam dengan En Asman.

Kepakaran en Asman ni pula lebih LUARBIASA hebat.
Siapa yang pendek akal, mesti fikir dia ni bomoh guna jin atau syaitan. Nauzubillah.
Mana taknya, gaya je lebih macam doktor, cucuk sana, cucuk sini.
Tekan-tekan keyboard komputer.

Tapi semuanya hanya lakonan semata-mata.
Serius.
Semuanya tak nampak mata kita.
Tapi mungkin, nampak di mata dia.

Kalau tak percaya, sila datang ya.
Aai tak suruh percaya, tapi sila datang.
Sakit hampir apa saja yang doktor boleh operate, dengan izin Allah en Asman boleh buat.

Aai yakin bila, Rais dah sembuh.
Tak perlu operation.
Yayyy......

Oklah nanti aai sambung part II untuk pengalaman berubat Rais, aai & huby.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga anda mendapat manfaat daripada kisah Rais ini.

Regards,

Ummieyesa
Read more ...

Berkebun dengan anak

7.3.16
Assalamualaikum.

Bercuti pada hari anak-anak bersekolah dan huby bekerja pada hari ahad.
Bukan sesuatu yang memboringkan jika kita ada sesuatu nak dibuat.

Senang kata, hidup tak akan pernah ada istilah boring jika kita pandai memilih aktiviti yang kita suka.

Biasa tak dengar orang kata,

"ah..boringnye. Tak tau ape nak buat nie???...."

"Ya Allah..boring giler...xde benda nak buat ni...."

Ahahaha...2nd sentence tu, siap berdoa tu minta boring..
Betul tak?
Kalau kita faham dan hadam, apa yang keluar dari mulut kita itu, itulah doa.
Sebab tu kita tak digalakkan berkata-kata tentang sesuatu yang negatif.

Tukar topik pula, cerita pagi ahad lepas, macam biasa. Pagi-pagi siapkan anak-anak bersekolah dan huby bekerja.

Pagi-pagi lepas diaorang ke sekolah dan kije.
Ummi akan cyling dengan Eja.

Bawa eja ke playground


Macam biasa juga, baru menambah hobi baru ---> Berkebun
Setiap pagi, siram pokok labu dan pokok pelam.

Rajin eja tolong ummi

Tepi eja tu pokok labu ummi dan ayah

Macam mana terjebak dengan hobi baru ni?
Pokok pelam, abah bagi siap hantar sampai rumah..
Thank you abah sayang.

Punyelah sayang kat anak pokok pelam tu, tak nak bagi dia kering dalam polibeg.
Sanggup dia hantar dari Parit Raja ke Segamat. Sejam lebih perjalanan nak kereta tau.
Cer jalan kaki? berapa lama mau sampai?kan...

Tapi tak snap pokok pelam tu, Terlupa pula. Hari-hari siram. Tak nak bagi layu.
Risau juga. Bersusah-payah abah bawa dari Parit Raja.

2nd reason,
Terjebak sebab melayankan anak bujang yang pantang nampak biji benih.
Masak labu, sibuk nak tanam benih labu.

Makan jambu batu, sibuk nak tanam biji jambu batu,

Makan honeydew, sibuk nak tanam biji honeydew.

Sebab Radhi dan Rais & Redza ni, sangat suka tolong ummi dia memasak, memotong dan mencuci pinggan.

Sebab tu jugalah diaorang tahu, apa aktiviti ummi dia di dapur.

Begitulah seterusnya, hingga ummi dia rendam biji labu tu, dan bermula la episod menanam pokok labu.

Pokok labu eja. Day 2

Pokok labu eja. Day 15.

Tapi ada kes sadis nak share ni.

Pokok labu Radhi dah besar, tak muat pasu tu.

So, ummi decide nak transfer ke tanah.
Dah gemuk pokok Radhi.
Siap tutup dengan bakul baju, nak bagi pokok tu tak layu kerana direct sunlight.

Tiba-tiba, pagi last week nak siram, pokok Radhi dan missing???

Pokok labu Radhi hilang???

Sedih rasa ummi,
Pokok adi kena makan raksasa yang tidak diketahui dari mana datangnya.
Dah besar macam pokok eja tu.
Puas la buat andaian..
Musang kah...
Tikus kah...
Landak kah...

At last...
agaknya tikus kot..
Musang x makan pokok, abah kata..musang makan buah aje.
Landak..macam tak realistik..Kawasan taman kot..ada ke landak??

Tak mengapalah..itu antara cabaran berkebun ya..
Kipidap..
Mesti raksasa tu geram je tengok anak pokok labu adi yang gemuk tu.

As per to-date, 
pokok labu rais, ummi dan ayah je yang kekal kacak menawan.
Sebabnya daun pokok labu eja dah dikoyak-koyak dengan eja sendiri.
Geram agaknye dia tengok pokok labu dia.

Masa mula-mula tanam,
bersungguh-sungguh dia tunjuk dekat ayah dia..
"pokok eja...pokok eja..."

Setakat hari ini, pokok eja paling gemuk.
Cukup gemuk la dengan baja bagai kan.

Picture eja tolong ummi di kebun ummi tu, 
ummi sedang extend kebun ummi menjadikan 2x ganda saiz asal.
Pagar baru pun ummi dah beli.

Cadangan asal, nak tambah pokok kangkung.
Benihnya ayah diaorang dah beli berbulan-bulan lamanya.
Kesian...
And also, ummi dah mula menanam pokok kunyit, cekur dan pokok kesum.
Takkan semua tu nak sumbat dalam kebun ummi yang cuma 2' x 2' tu kan.

Sebab tu ummi upgrade kebun ummi tu.
Semangat beb tengok pokok labu tu membesar sihat.
Semoga raksasa yang membaham pokok adi tak minat dengan pokok labu ummi dan ayah.

Itu sahaja untuk entri kali ini.

Kita lihat hasil selepas ummi upgrade kebun ummi next month ya.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Regards,

Ummieyesa

Read more ...