Berkebun dengan anak

7.3.16
Assalamualaikum.

Bercuti pada hari anak-anak bersekolah dan huby bekerja pada hari ahad.
Bukan sesuatu yang memboringkan jika kita ada sesuatu nak dibuat.

Senang kata, hidup tak akan pernah ada istilah boring jika kita pandai memilih aktiviti yang kita suka.

Biasa tak dengar orang kata,

"ah..boringnye. Tak tau ape nak buat nie???...."

"Ya Allah..boring giler...xde benda nak buat ni...."

Ahahaha...2nd sentence tu, siap berdoa tu minta boring..
Betul tak?
Kalau kita faham dan hadam, apa yang keluar dari mulut kita itu, itulah doa.
Sebab tu kita tak digalakkan berkata-kata tentang sesuatu yang negatif.

Tukar topik pula, cerita pagi ahad lepas, macam biasa. Pagi-pagi siapkan anak-anak bersekolah dan huby bekerja.

Pagi-pagi lepas diaorang ke sekolah dan kije.
Ummi akan cyling dengan Eja.

Bawa eja ke playground


Macam biasa juga, baru menambah hobi baru ---> Berkebun
Setiap pagi, siram pokok labu dan pokok pelam.

Rajin eja tolong ummi

Tepi eja tu pokok labu ummi dan ayah

Macam mana terjebak dengan hobi baru ni?
Pokok pelam, abah bagi siap hantar sampai rumah..
Thank you abah sayang.

Punyelah sayang kat anak pokok pelam tu, tak nak bagi dia kering dalam polibeg.
Sanggup dia hantar dari Parit Raja ke Segamat. Sejam lebih perjalanan nak kereta tau.
Cer jalan kaki? berapa lama mau sampai?kan...

Tapi tak snap pokok pelam tu, Terlupa pula. Hari-hari siram. Tak nak bagi layu.
Risau juga. Bersusah-payah abah bawa dari Parit Raja.

2nd reason,
Terjebak sebab melayankan anak bujang yang pantang nampak biji benih.
Masak labu, sibuk nak tanam benih labu.

Makan jambu batu, sibuk nak tanam biji jambu batu,

Makan honeydew, sibuk nak tanam biji honeydew.

Sebab Radhi dan Rais & Redza ni, sangat suka tolong ummi dia memasak, memotong dan mencuci pinggan.

Sebab tu jugalah diaorang tahu, apa aktiviti ummi dia di dapur.

Begitulah seterusnya, hingga ummi dia rendam biji labu tu, dan bermula la episod menanam pokok labu.

Pokok labu eja. Day 2

Pokok labu eja. Day 15.

Tapi ada kes sadis nak share ni.

Pokok labu Radhi dah besar, tak muat pasu tu.

So, ummi decide nak transfer ke tanah.
Dah gemuk pokok Radhi.
Siap tutup dengan bakul baju, nak bagi pokok tu tak layu kerana direct sunlight.

Tiba-tiba, pagi last week nak siram, pokok Radhi dan missing???

Pokok labu Radhi hilang???

Sedih rasa ummi,
Pokok adi kena makan raksasa yang tidak diketahui dari mana datangnya.
Dah besar macam pokok eja tu.
Puas la buat andaian..
Musang kah...
Tikus kah...
Landak kah...

At last...
agaknya tikus kot..
Musang x makan pokok, abah kata..musang makan buah aje.
Landak..macam tak realistik..Kawasan taman kot..ada ke landak??

Tak mengapalah..itu antara cabaran berkebun ya..
Kipidap..
Mesti raksasa tu geram je tengok anak pokok labu adi yang gemuk tu.

As per to-date, 
pokok labu rais, ummi dan ayah je yang kekal kacak menawan.
Sebabnya daun pokok labu eja dah dikoyak-koyak dengan eja sendiri.
Geram agaknye dia tengok pokok labu dia.

Masa mula-mula tanam,
bersungguh-sungguh dia tunjuk dekat ayah dia..
"pokok eja...pokok eja..."

Setakat hari ini, pokok eja paling gemuk.
Cukup gemuk la dengan baja bagai kan.

Picture eja tolong ummi di kebun ummi tu, 
ummi sedang extend kebun ummi menjadikan 2x ganda saiz asal.
Pagar baru pun ummi dah beli.

Cadangan asal, nak tambah pokok kangkung.
Benihnya ayah diaorang dah beli berbulan-bulan lamanya.
Kesian...
And also, ummi dah mula menanam pokok kunyit, cekur dan pokok kesum.
Takkan semua tu nak sumbat dalam kebun ummi yang cuma 2' x 2' tu kan.

Sebab tu ummi upgrade kebun ummi tu.
Semangat beb tengok pokok labu tu membesar sihat.
Semoga raksasa yang membaham pokok adi tak minat dengan pokok labu ummi dan ayah.

Itu sahaja untuk entri kali ini.

Kita lihat hasil selepas ummi upgrade kebun ummi next month ya.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Regards,

Ummieyesa

No comments:

Post a Comment