Cara kekalkan ENERGY LEVEL tahap TINGGI

23.11.18

ASSALAMUALAIKUM SEMUA KAWAN2 POSITIVE SAYA SEMUA!!!!

Satu tips saya nak berikan pada semua mengenai macam mana nak mula hari anda dengan best?

Pernahkan saya cerita pasal syukur? Tu satu.

The next one is FEEL!

Iaitu rasa.

Macam mana nak rasa tu?

Senang je.

Tarik nafas, tahan n lepas macam biasa (buat 3X)

Lepas tu cakap!

HARI NI ADALAH HARI YANG CUKUP BAIK!

BOLEH BOLEH?

Bersangka baik dengan hari ni, bersangka baik dengan Allah.

Ok itu saja pengisian ringkas saya pagi ni..

Saya harap anda belajar sesuatu!😀

SAY YES!!!

ANDA KAYA DAN BERJAYA!!

Read more ...

Kekal bahagia dengan Apps terbaru!!!

19.7.17

Content : Ummi aai
Picture : Koleksi peribadi

Assalamualaikum.

Selama ini senyap tak buat posting.

Bila sampai masa hati tergerak nak buat posting baru, dah bersalin anak no.4.

Punyalah lama peram posting yang lama tu dari tahun 2015, 2016.

Last2, posting 2017 muncul dulu.

picture : r&r risda highway segamat-pahang

Lama tak bergambar dengan anak bujang. At last, bergambar dengan anak dara sekali.
Seronok sebenarnya nak cerita pergi kenduri kawin sedara pakcik kepada biras aai.

Jemputan di Kota Bahagia, Pahang.
Mula2 biras jemput, dia beritahu majlis kenduri 3 hari, 3 malam. Sembelih 3 ekor kerbau.

Ingatkan dia main2. Rupanya sungguh. Benar. Kami datang tu, jemputan dah hari ke 3. Hari Sabtu. Aai pun kerja setengah hari. Memang sampai sana dah pukul 4.15pm. Masih ada lagi saudara mara sedang makan di khemah.

Biras baik, dia hidang lauk + nasi. Manja betul. Tapi best, lauk panas2 taw.
Ada lauk ikan masin gelama, sambal, ulam, ayam goreng dan lauk daging masak gulai.

1st time makan lauk gulai tu.
Mula2 makan, tak tau lauk apa ye sebab nak kata masak kurma bukan, masak kari pun bukan. Rupanya itulah masakan popular orang kedah.

Biras ni, asal keturunan kedah mix siam, tapi famili ikut tabung haji kerjakan ladang sawit di Kota Bahagia, Pahang. Jadi orang Pahang.
 
Tapi loghat Kedah masih kuat lagi. Berbual dengan kakak biras pun, ada yang Aai tak faham. Sadis sungguh. Rasa macam dah sampai Kedah sebab semua cakap utara naaa...

picture : Mia dan lesung pipitnya

Lepas makan kat khemah jemputan, biras tu jemput la datang rumah mak dia. Tak jauh sangat dengan rumah pengantin. Selang 3 rumah je.

Waktu bertandang tu, jumpa kakak biras. Ramah sesangat. Sampai ada bahasa yang Aai tak berapa faham. Kesian kan.
Tapi takpe, anak Kak Da (namanya), ramah juga macam ummi dia. Rajin layan mia. Digentel mia. Dera mia bagi senyum sebab dia nak snap pic mia.

At last, dapat juga dia snap dan dia wasap ummi mia. Memang terbaekkkklah. Ummi mia pun tak gagah nak snap pic mia bersama lesung pipit dia tu.

picture : mia cuba mengenal stesen petronas

Sejak ada anak dara ni, kemain lagi ayah dia suke selfie dengan anak dara dia ni.
Tak galak nak selfie dengan wife dia. Amboi, mencuri hati dan perasan ayah nampaknya budak mia ni. 
Apa pun, mia anak dara tercomel di hati ummi. Memang sorang je pun. Memang comel sorang2 laaa...

picture : Kenduri opismate huby

For info, ini kenduri pertama kali dalam hidup mia yang dia pernah hadir. Boleh gitu? 

Tapi dia tetap cool. Alhamdulillah.
Anak dara yang tak banyak kerenah.
Masa ni, kenduri kahwin 2 tempat di jb. Satu di bandar jb, satu di Skudai.

Tapi abang Rais tiba2 berdarah hidung masa datang kenduri 1st tu. Kalut juga sekejap.
Tapi Rais cool.
Senang kata anak2 ummi memang tak banyak kerenah. Ada masalah pun, diaorang tetap cool dan mancho. Alhamdulillah.

picture : Raya 2017

Last but not least, picture raya ni memang paling win di hati ummi. Sebab utama, dah ada geng beraya anak dara.

Kalau tak boring sorang2 layan baju kurung. Diaorang semua baju melayu.

Tapi ummi tak buat baju raya mia sama dengan ummi. Tak kelas nanti, dalam pic tak mencorong mia. Tengok baju merah dan headband merah mia, dari jauh dah nampak kan? 
Kelas gitu.

Sebenarnya entri ni nak cerita apps terbaru tu. Banyak pula cerita lain menyelit.

Apps terbaru untuk kekal bahagia tu, adalah 'appreciate'.

Kenapa appreciate? Sebab kalau kita tak cuba untuk hargai orang walaupun semudah ucapan 'thank you' bila orang bantu kita, Allah tak akan hantar orang untuk appreciate kita.

Senang kan hukum Allah? dan yakin sekali dengan firman Allah dalam hadis qudsi, 'Allah menurut sangkaan hambaNya'.

Penting bersangka baik. Sebab apa yang kita FIKIR, CAKAP, RASA dan LAKUKAN adalah doa. 
Lupa dah nota sifu, kena buka semula nota lama tentang 7 getaran kesyukuran. Lama tak buka buku.

Boleh buka topik ini di lain entri ye.

Anyway, tak terlambat nak ucap selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Sayang selalu,
Ummi Aai
Read more ...

Bergaya dengan shawl flair lahhh sangat

23.12.16
Assalamualaikum.

Sudah lama tak update blog ni.
Rasa tak sempat je.
Tapi tidur cukup pula setiap hari yer.hahaha.

Saja hari ni nak bergaya dengan shawl flair yang dah ramai mak-mak, bahkan nenek-nenek pun ada pakai.
Baru terasa nak ubah citarasa bertudung.
Asyik-asyik bawal sarung cincin aje.
Itu okay lagi, ini bawal simpul depan macam Aidi Juma.
Orang memang cantik, pakai apa pun cantik kan..

Shawl flair katanye.


Camne boleh tergerak hati nak pakai shawl jenis macam ni?
Bila tengok blog cikepal. Sempoi aje pakai shawl ni.

Lepas tu google je tutorialnya.
La..rupanye boleh je pakai shawl RM10.
Ingatkan kena pakai shawl yang mahal-mahal.

Cerita sikit malam tadi, Nak belanja barang dapur, 1st time pakai shawl jenis ni.
Tiba-tiba Radhi tegur :

Adi : Umi pakai tudung lama2 ni nape..
Ummi : Ni shawl flaire namanye.cantik x?
Adi : cantik.tp kudis umi tu bila nak ilang?
(dalam hati) ggrrr...rasa nk hantuk dinding aje pale...hahaha
Ummi : bekas cikenpox ni amik masa sikit..lelama ilang la,nnti umi beli serum hilang parut.

Aje melaram aje pregnant kali ke 5 ni.
Now dah weeks 20.
Makin menjadi-jadi kite melaram. ahaa..
Maybe baby girl kot.hihihi

Ada cerita kena demam cikenpox masa pregnant weeks 16.

Tapi entri tak siap-siap.muahaha..
Manjang entri asyik draft aje bersusun-susun kat blog.
Ape da...

Itu yang bercapuk-capuk muka.
Badan toksah cite ar..lagi seram tengok.
Tapi takpe lah, kita ada vit e, vit c & ESP Shaklee.
Sikit hari lagi boleh dapat kulit seperti sediakala.
InshaAllah.

Nanti update lah juga entri cikenpox tu yer Sabar.
Boleh jadi info & panduan ummi-ummi di luar sana.

Ok, nak sambung buat kerja.
Tata
Wassalam.
Read more ...

KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK

17.11.16

*Dikutip dari Buku Karya Ausberg 49 tahun buku yang berjudul*
*"THE LAST LECTURE"*
*(Pengajaran Terakhir)* yang menjadi salah satu buku best-seller di tahun 2007.""

*KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK,*

terdiri atas 
*--Personality,*
*--Community* and
*--Life.* 

Berikut penjelasannya:

   *A.  PERSONALITY:*

*1*. Jangan membandingkan hidup Anda dengan orang lain karena Anda tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui.

*2.* Jangan berfikir negatif akan hal-hal yang berada diluar kendali Anda, melainkan salurkan energi Anda menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif

*3.* Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan Anda.

*4*. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu perfect, tidak ada satu orang pun yang sempurna.

*5.* Jangan membuang waktu Anda yang berharga untuk gosip.

*6*. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur).

*7*. Iri hati membuang waktu, Anda sudah memiliki semua keinginan Anda.

*8*. Lupakan masa lalu. Jangan mengungkit kesalahan pasangan Anda di masa lalu. Hal itu akan merosak kebahagiaan Anda saat ini.

*9.* Hidup terlalu singkat untuk membenci siapapun itu. Jangan membenci.

*10*. Berdamailah dengan masa lalu Anda agar hal tersebut tidak menganggu masa ini.

*11*. Tidak ada seorang pun yang bertanggung jawab atas kebahagiaan Anda kecuali Anda.

*12*. Sedari bahwa hidup adalah sekolah, dan Anda berada di sini sebagai pelajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang datang dan pergi seperti kelas aljabar (matematik) tetapi, pelajaran yang Anda dapat bertahan seumur hidup.

*13*. Senyumlah dan tertawalah.

*14*. Anda tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.

      *B. COMMUNITY:*

*1.* Hubungi keluarga Anda sesering mungkin

*2. Setiap hari berikan sesuatu yang baik kepada orang lain.

*3*. Ampuni setiap orang untuk segala hal

*4.* Habiskan waktu dengan orang-orang di atas umur 70 dan di bawah 6 tahun.

*5*. Cuba untuk membuat paling sedikit 3 orang tersenyum setiap hari.

*6.* Apa yang orang lain fikirkan tentang Anda bukanlah urusan Anda.

*7*. Pekerjaan Anda tidak akan menjaga Anda di saat Anda sakit, tetapi keluarga dan teman Anda. Tetaplah berhubungan baik

           *C. LIFE:*

*1*. Jadikan Allah sebagai yang pertama dalam setiap fikiran, perkataan, dan perbuatan Anda.

*2.* Allah menyembuhkan segala sesuatu.

*3.* Lakukan hal yang benar.

*4.* Sebaik/ seburuk apapun sebuah situasi, hal tersebut akan berubah.

*5*. Tidak peduli bagaimana perasaan Anda, bangun, berpakaian, dan keluarlah!.

*6.* Yang terbaik belumlah tiba.

*7*. Buang segala sesuatu yang tidak berguna, tidak indah, atau mendukakan.

*8.* Ketika Anda bangun di pagi hari, berterima kasihlah pada Allah untuk itu.

*9.* Jika Anda mengenal Allah, Anda akan selalu bersukacita. So, be happy.

Mati tak menunggu Tua....Mati tidak menunggu sakit...nikmati hidup....sebelum hidup tidak bisa dinikmati.

*Sahabatku !,*
*Saat membaca dan selesai menyemak semua hal di atas, saya mohon kepada sahabat2  untuk berkongsi tulisan ini dengan "orang" yang kita cintai, "teman" sepermainan kita, "teman" sepejabat, mahupun "orang" yang tinggal dengan kita.*

*Pengetahuan ini tidak hanya akan memperkaya kita, tetapi juga orang disekeliling kita*.

*KERANA BAIK HADIR UNTUK MEMBAHAGI HAL" YANG BAIK...!!*.          

**copy&paste😊😊

Read more ...

Bagaimana matimu? Begitu solatmu

7.11.16

Assalamualaikum.

Sebenarnya catatan di bawah hanya copy & paste dari group whatsapp.
Tapi rasanya perlu ditepek di blog supaya jadi ingatan sepanjang masa.

Tersentuh dan terkesan membacanya sebab anak dah 3 orang.

Begini catatannya :

cerita yang tak mau dibaca!

Bagaimana anda tau yang anda sudah bersedia untuk PADAM..?

SOLAT ITU MENGADAP ALLAH DAN MATI ITU PUN MENGADAP ALLAH

M E N C I N T A I  S O L A T   Y A N G  K H U S Y U K   D A N  K E M A T I A N  Y  A N G
A M A T   D I C E M B U R U I

S o l a t  m e n g a d a p  A l l a h
M a t i  p u n  m e n g a d a p  A l l a h !

Ketakutan nombor satu seseorang itu ialah MATI atau PADAM.

Aku nak tau kalaulah aku ni PADAM sekarang ni, camanalah MATI aku itu jadinya..!

Adakah dia sakit..? Adakah dia menyeronokkan..? Atau adakah dia manis menawan..?

I N I L A H   D I A  J A W A B N Y A :

Kematian kamu akan jadi betul-betul macamana sembahyang kamu, solat kamu pada kamu sekarang ini..!

K E N A P A ?

Sebab bila kamu sembahyang, apa yang kamu buat..? Anda MENGADAP Allah..!

Jadi bila anda PADAM apa jadi..? Anda pergi MENGADAP Allah..!

Kalau anda tak suka mengadap Allah semasa anda hidup di dunia ini, camana pulak anda nak mengadap Allah bila anda PADAM nanti..?

Kalau sembahyang anda itu sedap bagi anda sekarang ini, MATI itu akan jadi sedap juga bagi anda kalau anda PADAM sekarang..!

Kalau anda ghairah menunggu sembahyang, nanti bila MATI itu datang, anda akan ghairah juga menunggu untuk berlepas ke tahap yang lebih tinggi.

Camanapun, kalau sembahyang itu jadi BEBAN pada anda sekarang, maka MAUT itu juga akan jadi BEBAN pada anda kalau anda PADAM sekarang ini.

Kalau solat itu memeritkan, MAUT juga akan memeritkan..!

Lihatlah solat anda..! HALUSI solat anda dan anda akan secara automatik MEMBAIKI HUBUNGAN anda dengan Allah swt..

S E B A B . . 

Kedua-duanya, SOLAT dan MATI itu sebenarnya semata-mata BERJUMPA dan MENGADAP Allah jua.



Semoga Allah memberi aku, anda dan umat semuanya FAHAM dan MAJU dalam amalan agama ini..!

Semoga kita dianugerahkan KEMANISAN SOLAT dan melakukan semua ini dengan PENUH KEIKHLASAN dan KECINTAAN terhadap Allah swt saja..

Semoga Allah memberi kita semua KEMATIAN yang TENANG dengan mengucapkan syahadah di bibir nanti.. 

Aamiin ya rabbal 'alamiin..

JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK ANDA MENGABAIKAN SOLAT

MEREKA AKAN MEROSAKKAN HIDUP MEREKA

P A S T I K A N

A N A K - A N A K

A N D A  D I K E L U A R K A N

K E  J A L A N  A L L A H

M A S A  C U T I  S E K O L A H  I N I

Latihkan anak-anak jadi penggerak kerja Nabi saw sedari muda lagi. Anda sebenarnya menyediakan umat yang hebat untuk melangkah ke hujung-hujung dunia.
keluar jangan tak keluar.

Allahuakbar...

Latih anak solat. Eja suke main-main. gigit baru tau!
Read more ...

Anak jatuh, camne nak rawat?

23.10.16

Assalamualaikum.

Anak jatuh.
Benjol itu biasa.
Kalau koyak? Berlubang? Berdarah2?
Camne tu?

Itu la yang terjadi pada Radhi.
Macam biasa, ambil Radhi & Rais dari taska PASTI.
Kepala dah tekap tisu.
Baju dah penuh darah.

Radhi jatuh tangga di sekolah.
Apa Ummi buat?
Ummi bawa balik rumah, baru balik kerja kan.
Solat asar dulu, then ajak ayah Radhi pergi klinik.

Mula-mula ayah Radhi risau juga, nak ke Radhi kena jahit kulit kepala?
Tawakal aje la.

Bawa klinik Dr Soon kat Segamat.
Dr Soon ni sangat friendly.
Dia bagi rawatan gam saja. Tak perlukan jahitan.
Tapi, gam bukan sekarang gam tau.

Siap Dr Soon pesan, lain kali if jatuh terkoyak kulit, 
jangan ibu dia pandai-pandai beli gam uhu atau gam gajah.hahaha...

Serious, bau gam Dr Soon guna tu, sebijik sebidot sama macam gam gajah kat kedai runcit.

Then, Dr bagi suntikan elak kencing Gigi.
Part ni, memang drama habis.
Sebab Radhi ni fobia jarum.
Habis kuat dia menjerit sampai satu klinik dengar.
Alahai bujang sorang ni, buat spoil kehenseman aje.
Lepas suntikan, ok aje..

Rawatan seterusnya, elakkan pergerakkan yang banyak, elakkan kena air, elakkan makanan yang gatal macam telur dan ayam.

Ini Redza pula, naik kereta dia, tergolek kat jalan premix.
Hasilnya, melecet tangan comel eja.
Tapi dia cool, masa lepas jatuh, dia x nangis pun.
Siap cakap, "Adoi.sakitnye".
Lepas tu, sambung main.

Ini Rais pula, jatuh basikal.
Untuk menjadi dewasa, memang kena lalui semua ni. Itu namanya pengalaman.

Kalau umi dulu, sebut aje jatuh basikal, jatuh motor, jatuh main lari-lari tu dah biasa sangat.

Paling  teruk skali, calar balar tgn dan kaki sebab bergurau dengan kucing.

Tapi rumah kami tak bela kucing sebab Radhi elergi dengan bulu kucing tahap boleh bawa demam, mata merah dan bersin sampai umi yang naik bosan. Hahaha

Tapi alhamdulillah Radhi semakin pulih daripada elergi tu asbab umi beri Radhi mealshake, omegaguard & vit c shaklee.

Jika ada pertanyaan atau persoalan mengenai supplement yang umi beri kan pada Radhi, jangan lupe WhatsApp umi tau : 0137722024

Terima kasih atas kesudian anda pembaca budiman meluangkan masa membaca nukilan umi.

Sampai berjumpa lagi....

Read more ...

Ummi, jangan letih berdoa untuk anak

7.9.16

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang...Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,

dan aku bersumpah demi Allah.... agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:*

اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم                                                                      

"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"

(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku................(SEBUTKAN NAMA ANAK2 SATU PERSATU............................YA ALLAH DENGAN REDHO MU DAN KESEMPURNAAN MU..  MAKA TURUNKANLAH YA ALLAH KEREDHOAN MU KEPADA ANAK2 KU DEMI REDHOKU KEPADA MEREKA... .........................................

Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.

*Maka berceritalah si Ibu itu:*

Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.

Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku, dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.

Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya....

dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.

Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku, dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian, dan didalam diriku ada sedikit syak?

Dan kemudian ku dapati anakku mandi, padahal aku tak menyuruhnya.......

Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, "Apa kabar ibu?" dengan suara lembut yang tak pernah kudengar darinya sebelum itu.

Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.....

4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, "Ibu, saya disamping masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”

Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku??

Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?

Jawabnya; "Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”

Sejak itu kehidupanku berubah 180 darjah, dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.

Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian…..

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa' Allaah.

Khas untuk ibu2 yang sedang Mombasa blog ini.
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Read more ...

Bila doktor tak percaya suplement!!

30.3.16
BILA DOKTOR TAK PERCAYA SUPPLEMENT!!
========


Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sb APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja.

Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya.

Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung.

Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga.

Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sb asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu.

Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??

Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr.

Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi. Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.

Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.

Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.

Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya tak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.

Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.
Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sb saya sihat dan kuat.

Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?

Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.

Staffa mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.

Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.
Hidung,pipi, dagu smua jd tegang. Mmg awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bleh bgn pagi2.

Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis.

Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung. Saya enjoy mengandung.

Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.

Bila Allah tarik baru kita terasa.

Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.
Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

Credit to DR Hasifah, happy Shaklee user

***************
Kisah Ai
***************

Ai pun ada pengalaman dengan ESP ni juga.
Tapi masa mengandung, yang bagi ai extra energy macam tak ngandung ialah vitalea.
Superb vitamin. sampai 9bulan mengandung boleh cergas macam tak mengandung saja.

Memang pengalaman mengandung dengan Shaklee sangat indah.
Sampai rasa tak kisah if nak mengandung lagi...

Kisah ESP ai adalah waktu menyusukan anak.
Susu memang banyak sangat dan meriah.
ESP memang terbaik.

Jika berminat untuk mencuba, boleh wassap/telegram ai di 0137722024

Regards,
Ummieyesa
Read more ...

Larangan Makan Dan Minum Sambil Berdiri

28.3.16
Assalamualaikum.

Moga pembaca blog aai dilimpahi rahmatNya.Amiin.
Ada minum sambil berdiri tak hari ini?
Hari ini aai nak share tentang larangan minum dan makan sambil berdiri.



Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri?

Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg di panggil sbg penyaring Sfringer.

Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk,dan tertutup ketika kita berdiri.



Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh.

Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana tertutup.

Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt myebabkan penykit buah pinggang.

Subhanallah, setiap  perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanafaat bg umatnya.

Senang je kan nak minum air mineral cukup 8 gelas sehari??



Terapi air putih :

1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dpt mbersihkn organ2 dalaman.

2. Mnm seglas air,30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.

3. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung..




Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yang bermanafaat.........
Sama2 kita mengamalkan dan secara tidak langsung mengikut sunnah Rasullullah saw....Insha Allah.

Regards,

Ummieyesa
Read more ...

Rais kena operate???oh tidaaakkkkkkkkkk.... (part I)

19.3.16
Assalamualaikum

Semoga pembaca blog aai dilimpahi rezeki yang banyak dan halal.
Semoga mendapat sedikit manfaat daripada apa yang aai kongsikan di bawah.

Sebenarnya bermula aai dapat tahu Rais sakit angin pasang apabila suatu pagi yang indah, cikgu rais telefon aai.

"Assalamualaikum, puan Aisah ke ni? saya cikgu Rais, tadi doktor ada buat pemeriksaan semua pelajar-pelajar di sekolah ini, saya nak bagitau buah Rais xde."

What????

Tak ke haru dibuatnya bila cikgu kata buah anak kita takde.
Petang tu juga bila balik dari jemput Rais dan Radhi, terus periksa Rais punya.
Kelakar pun ada rasanya.

Bila cek-cek, eh ada ni...
Apa pula cikgu kata takde.

Berhari-hari juga aai google tentang masalah Rais ni.
Sampai pada hari date appoiment Rais dengan doktor pakar.
Ayat-ayat doktor pakar buatkan aai tak keruan lepas tu.

Sebelum tu nak cerita sikit, apa sebenarnya undecent testes ni.
Menurut web doktorbudak.com, ia bermaksud buah testis tidak turun sampai ke kantung skrotum yang sepatutnya sudah berlaku sebelum lahir ( antara 30 – 40 minggu dalam kandungan).

Keadaan ini sebenarnya agak biasa dirujuk kepada doktor kanak-kanak.
Mengikut statistik, lebih kurang 1% daripada bayi lelaki mempunyai masalah ini.
Bayi lelaki yang lahir pra-matang akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.

Tetapi masalah Rais, testis dia kadang-kadang berada dalam kantung dan boleh kembali ke atas dekat 'Inguinal canal' seperti dalam gambar di bawah tu.

Jadi, aai rasa ianya bukan sesuatu masalah yang besar. Dia ada harapan untuk sembuh tanpa pembedahan.

Aai yakin 100%!!!


Gamba kredit : http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/undescended-testes/

Jadi, apa yang perlu dibuat oleh doktor sewaktu pembedahan?

Ini penerangan doktor tentang pembedahan yang akan dijalankan pada 26.4.2016 nanti.

Belah bahagian atas (kiri dan kanan)

Untuk pastikan urat cukup panjang untuk ditarik ke kantung dan nak pastikan tisu tidak rosak.

Belah bahagian bawah (kiri dan kanan)

Untuk menarik testis ke kantung.
Kemudian testis dijahit pada kantung supaya tidak bergerak ke dalam abdomen semula.
Seperti dalam gambar di bawah.

Sedih tau ummi...



Gambar kredit : http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/undescended-testes/


Jadi, of course Rais kena operate.
Confirmed minor operation to his 'ehem-ehem'

Oh tidaaaaakkkkkkk.......

Appointment date for operation 26.4.2016


Sedih je ummi tengok doc set date operation. Sabar aje la hati ni.

Balik dari apoiment, aai rasa macam semacam je rasa.
Rasa macam tak kena saja.
Sebab mengenangkan Rais yang comel tu nak kena belah-belah oleh doktor.
Dia tak mengalami masalah pun, tak sakit pun.

Macam tak patut je nak kena operate.
Doc siap pesan, jangan urut.

Hari itu, aai cuti. Lepas siap jumpa doktor, hantar Rais kat sekolah macam biasa.
Huby pun cuti, bawa aai pegi kedai eksesori hp depan pasaraya ekonsave kat Segamat ni.
Aai tunggu je dalam kereta, sementara huby cari casing dan screen protector hp aai.
Nak harap aai pegi beli sume mende alah tu, memang tidak lah.
Takde masa nak fikir perkara serupa itu.
Syukur huby aai prihatin, selalu tolong belek hp aai.
Tolong bersihkan screen protector, bersihkan casing.
Semua tu dia buat waktu aai dah tdo.
Sebelum tu pelik juga, bangun tdo je, nak pergi kerja, tengok hp aai dah bersih.
Rupa-rupanya huby yang selalu tolong bersihkan.
Tq huby sayang. wink...wink...

Tergerak hati nak toleh belakang kereta, eeh...Mak Ros (bekas pengasuh Radhi n Rais n Redza)
Lama dah tak jumpa dan jenguk dia.

Aai pon keluar kereta salam dan bertanya khabar.
Rupa-rupanya selama aai dah beberapa bulan tidak jenguk Mak Ros,
Dia menderita sakit pinggang yang teruk.
Doktor di klinik kesihatan ioi suspek Mak Ros ada masalah buah pinggang
berdasarkan keputusan ujian darah Mak Ros. 
Bila rujuk klinik, doktor suruh ke klinik pakar di Hospital Segamat.

Tapi Mak Ros bijak, dia berubat cara Alternatif Islam.
Rasa aai la kan, jika Mak Ros ke doktor pakar, confirm kena operate juga macam Rais.
Dah itu kepakaran doktor kan..


Ini name card dia.

Aai sambung Part II setelah Rais buat rawatan alternatif Islam dengan En Asman.

Kepakaran en Asman ni pula lebih LUARBIASA hebat.
Siapa yang pendek akal, mesti fikir dia ni bomoh guna jin atau syaitan. Nauzubillah.
Mana taknya, gaya je lebih macam doktor, cucuk sana, cucuk sini.
Tekan-tekan keyboard komputer.

Tapi semuanya hanya lakonan semata-mata.
Serius.
Semuanya tak nampak mata kita.
Tapi mungkin, nampak di mata dia.

Kalau tak percaya, sila datang ya.
Aai tak suruh percaya, tapi sila datang.
Sakit hampir apa saja yang doktor boleh operate, dengan izin Allah en Asman boleh buat.

Aai yakin bila, Rais dah sembuh.
Tak perlu operation.
Yayyy......

Oklah nanti aai sambung part II untuk pengalaman berubat Rais, aai & huby.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga anda mendapat manfaat daripada kisah Rais ini.

Regards,

Ummieyesa
Read more ...