Rupanya Masih Ada Orang Yang Tak Tahu Bersyukur

6.1.15

Assalamualaikum.
Selamat pagi kepada para pembaca blog happylife-mama.blogspot.com
Semoga sihat dan sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin.

Sedikit perkongsian hari ini.

RUPANYA RAMAI yang tak tahu BERSYUKUR
==========

Tanda-tanda orang yang tidak bersyukur ialah

1) Apabila mendapat sesuatu, dia mengeji pemberian itu, mengeluh, "kenapa sikit sangat" Tidak dahulukan dengan ucapan ALHAMDULLILLAH.

Tidak bersyukur dengan yang sedikit bagaimana ALLAH mahu memberi banyak?

2) Tidak bersyukur dengan apa yang ada. Merungut-rungut dengan benda yang tiada. Dah ada pun masih nak yang baru. Tak menyempat-nyempat nak yang baru. berbunyi-bunyi dengan apa yang ada.

Nak rezeki melimpah ruah? Bersyukur dengan segala apa yang ada.

Mak ayah masih hidup? SYUKUR!

Suami Isteri masih ada? SYUKUR!

Dikurniakan pasangan yang baik? SYUKUR!

Dikurniakan anak-anak? SYUKUR!

Duit ada satu sen? SYUKUR!

Bisness tak dapat SALE? SYUKUR!

Boleh Berfacebook? SYUKUR!

Masih boleh berkerja? SYUKUR!

Masih ada kaki tangan kan? SYUKUR!

Masih mampu mendengar, melihat? SYUKUR!

Ada motor je? Kereta tak ada? SYUKUR!

Ada Kereta je? tapi Kereta kecik je? SYUKUR!

ALLAH... ALLAH... berhentilah mengeluh. STOP!

Nikmat mana lagi kita dustakan?
Jangan lihat apa yang orang ada, tapi lihat apa yang kita ada?

Orang yang tak bersyukur, ALLAH takkan beri nikmat lebih.

Tidak sesekali.

ALLAH berfirman :

"Jika kamu bersyukur maka aku tambah nikmatku."

Tak mampu sedekah DUIT? Sedekahlah DOA.

Sebaik-baik sedekah ialah DOA.

Tahu tak kamu?

BerDOAlah.

Berdoa untuk semua orang.
Buang semua keluh kesah dalam hati.
Jangan terlampau kedekut nak DOA kan orang.
Kita doakan orang sebenarnya kita sedang DOAKAN diri kita.
Jika baik doanya untuk orang, maka baiklah DOA untuk kita.

Jika ada orang yang sedang bercakap tentang ALLAH dan agama, jangan persendakan.
Dengar...dengar dan dengar apa yang diperkatakan walaupun kamu dah tahu.
Mungkin masih ada yang kita tidak tahu. Bukan melihat siapa yang memperkatakan.

Jangan mengeji orang yang bercakap tentang ALLAH dan agama.
Itu ibarat kita sedang mempersendakan ALLAH dan agama.
Orang yang mempersendakan agama ini balasannya adalah buruk di akhirat kelak.
Berhati-hati dengan apa yang keluar daripada mulut kita.

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.

No comments:

Post a Comment