Tips Kekal Sihat Pada Musim Jerebu

4.10.15

Assalamualaikum.

Didoakan moga pembaca blog ai dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin.

Sepanjang musim jerebu, memang ramai betul yang sakit tekak, demam & selsema.

Tak kira tua atau muda.

Memandangkan ai pun dah jadi ummi kepada 3 hero. Jadi, memang kena 'alert' dengan kesihatan keluarga, terutamanya anak-anak.

Jadi, jangan ambil mudah penjagaan kesihatan pada musim jerebu.

Petang tadi, baru diiystiharkan cuti sekolah 2 hari, bermula 5 - 6 Oktober 2015. Ini menunjukkan betapa IPU dinegara kita sudah berada pada tahap agak merbahaya.

Seperti yang kita sedia maklum,  Indonesia sudah ishtiharkan jerebu beracun.

Silalah kawal aktiviti anak-anak, sepanjang 2 hari.
Tu sebabnya cuti kot...

Ai ada seorang kawan yang bekerja sebagai seorang pengamal keselamatan kesihatan pekerjaan, (safety & health officer) beliau nak ingatkan semua, apabila pihak berkuasa mengambil langkah drastik seperti menutup sekolah, ianya menunjukkan situasi yg sangat membahayakan terutama kepada kanak-kanak.

Akibatnya bukan sekarang tetapi dalam jangka masa panjang.

Generasi muda sekarang dikhuatiri akan berdepan dengan masalah kesihatan melibatkan sistem pernafasan yg boleh membawa maut.

Oleh yg demikian kita semua harus mengambil langkah berjaga jaga.

Sila ambil PERHATIAN perkara-perkara berikut :

1) JANGAN biarkan anak-anak bermain di luar.
- Jika perlu juga keluar, PASTI kan memakai topeng (N95).
- Jangan ambil enteng pekara ini.
- Bukan mudah untuk kerajaan mengeluarkan arahan tutup sekolah jika bukan kerana akibat yg sangat serius.  

2) Sila MINUM AIR KELAPA &  LIMAU NIPIS
- Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar.
- Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.

Diingatkan SEKALI LAGI,

Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel.

Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.

Untuk lebih mudah, boleh ambil Sustained Releases Vitamin C Shaklee.

Disamping dapat mencantikkan kulit, khasiat 7 biji setengah limau dalam hanya 1 tablet vitamin C Shaklee inshaallah mampu mengekalkan kesihatan yang baik pada musim jerebu.

Untuk keterangan lanjut, sila whatsapp aai di 013-7722024.

Wassalam.

Kredit to : Prof. Dr Norhisham Wahab.
Atas sebahagian infonya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Satu gmenarik mengenai Jerebu. Jemput ke blog saya Jalalboy mengenai Tindakan Semasa Jerebu

    ReplyDelete