Google kenang jasa Mokhtar Dahari aka SuperMokh

16.11.14
Assalamualaikum.

Sumber : En Google

13 November 2014
Pada hari tersebut adalah hari lahir pemain bola sepak tersohor negara kita.
Ai agak bangga sebab Google mengiktiraf kehebatan pemain bola sepak kita suatu masa dahulu.

Bila ai tengok main page google, gambar SuperMokh terpampang dengan bangganya.

Sumber : Google

Sungguhpun ai tak berapa mengenali beliau dan tak berapa meminati sukan bola sepak, namun disebabkan penghargaan Mr Google yang begitu besar sekali terhadap beliau. 
Maka, ai pun terpaksa mengenali beliau.

Sumber : seriusblog


Kenapa beliau digelar SuperMokh?

Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

Beliau meninggal dunia pada usia 38 tahun, sewaktu dirinya berada di kemuncak kecemerlangan perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak negara. Semoga jasanya mengharumkan nama negara dikenang sampai bila-bila. Al-fatihah.

Beliau sememangnya 'legend'.