Rahsia dan terapi warna dalam SOLAT yang kita tak ketahui

16.11.14
Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang sentiasa menjengok ke blog happylife-mama.blogspot.com ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, diberi kebahagiaan hidup kepada kita semua di dunia dan di akhirat.

Kali ini ai nak sampaikan rahsia solat 5 waktu. Sebenarnya info ni, ai dapat dari group whatsapp.

Jadi, untuk memastikan ai sentiasa dapat merujuknya, ai abadikan di blog ai untuk diri ai sendiri dan juga pembaca blog ai juga.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu yang sedikit ini.

Jom, kita tengok rahsianya.
Sumber : google

Waktu Subuh

  • Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
  • Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
  • Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
  • Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. 
  • Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
  • Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. 
  • Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. 
  • Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Sumber : google, Solat awal waktu = Superb!

Waktu Zuhur
  • Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. 
  • Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 
  • Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan
  • Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 
  • Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar
  • Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. 
  • Rahsia warna oren ialah kreativiti
  • Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). 
  • Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

  • Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. 
  • Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 
  • Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
  • Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Sumber : Google, solat  adalah terapi minda dan fizikal

Waktu Isyak
  • Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
  • Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. 
  • Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. 
  • Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. 
  • Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
  • Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 
  • Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri. Maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan,dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam, kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
Solat yang kita lakukan setiap hari ada hikmahnya.

Mengapa kita perlu segerakan solat 5 waktu?

Mengapa kita perlu ambil wudhuk?

Mengapa kita perlu berniat?

Dan banyak lagi rahsia solat yang Allah wajibkan untuk kita yang beragama Islam.

Dan jawapannya kita akan perolehi sekiranya kita terus mencari.

Ilmu tak akan datang bergolek. Betul tak?

Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.