Set Mengandung Terbaiklah!!

2.11.13
Assalamualaikum...

Malam-malam yang tak berapa nak sunyi ni, nak kongsi selama aai gunakan produk set mengandung paling basic yang aai amik. Tak pernah terfikir jodoh pula dengan set Shaklee ni. Kalau diingat semula, dah lama aai kenal produk Shaklee ni, sejak dari sekolah menengah lagi. Sekarang umur dah nak masuk 31tahun. Memang tau pun Shaklee ni banyak produk kesihatan, tapi tak terpanggil nak tahu pun rupa-rupanya banyak set-set yang dah berjaya membantu beribu-ribu ibu mengandung, ibu bersalin, ibu berpantang & ibu yang menyusukan anak.

Rahsia yang ada pada Shaklee adalah kerana ianya bersifat NATURAL. Ya, semulajadi. Sebab itu juga ianya mampu bertahan lama. Berapa lama Shaklee dah bertapak di dunia ini? Hampir 50 tahun. Rujuk SINI.Kalau Shaklee tak serius nak membantu menyelesaikan masalah berjuta manusia di dunia ini, tak mungkin ia mampu bertahan sebegitu lama. Kalau dah jodoh tidak ke mana ye tak?

Cerita tentang pregnant anak no. 3 ni, memang teruja & exited. (Eh..bukan sama je maknanye..hehehe) sebab masih mengharapkan puteri hati untuk teman saya kat dapur nanti... Bukan anak lelaki tak boleh bantu ummi dia di dapur, tapi paham-paham aje le, kalau dah namanye lelaki, kelembutan seorang wanita tu takkan sama dengan cara orang lelaki. Pernah tengok huby kita sekali sekala masak kat dapur tak? Hehehe... Hasil masakan huby saya biasanya not bad, tapi ada tapinya tu... dapur tu jadi macam chef takde assistant. Paham-paham aje le ye... But it is okay.. Bukan suatu masalah pun, kerja-kerja kat dapur bukan untuk seorang suami, tapi untuk isteri ye akak-akak semua.

Lari tajuk pula... ok sambung semula, masa detect aai peknen tu, bila masak nasi jer, bau nasi tu busuk sangat. Tak boleh tahan baunye. sampai sanggup pindahkan rice cooker tu masuk dalam bilik dan tutup. Tak nak bagi bau masuk ke dalam ruang tamu. E'eh lain macam je ni... Bila cek, confirm peknen. Tapi tak pasti dah bape weeks sebab saya jenis period tak menentu. Hormon tak stabil.


Alhamdulillah sepanjang saya pregnant anak 1st & 2nd, memang xde alahan yang teruk. Malah muntah pun tak pernah mcm dalam tv tu. Anak 1st, dah 3 bulan pregnant baru dapat tahu. Tapi masuk peknen anak 3rd ni, lin macm sikit.. penat, letih lengguh, na tido aje kejenye. Pegi kerja pun terpaksa aje rasanya. Tu jadinya rumah pun jadi berhabuk. Kain baju & masak memasak banyak huby yang bantulahh senang kata. Memang tak larat betul.

Bila dah rasa penat & letih je. Mulalah terfikir, aku ni dah tua agaknye, badan dah tak larat dah ni. Baru nak masuk 3 orang. Perancangan nak cukupkan team futsal. hehehe..

8 orang tu..besar cita-cita aai :)

Sampai terfikir, dah le cukup 3 orang pun takpelah kalo dah macam ni rasanya tak larat badan. Tapi masa tak larat tu, saya makan obimin + neurogain. Fikirkan kesihatan baby aje, tak fikir kesihatan umminye. Dipendekkan cerita, saya buka fb, terpanggil untuk cuba set shaklee. Dah minta advise dengan x-classmate masa kat matrik dulu. Dia dah lama promote produk shaklee, mesti dia dah pakar dalam hal ni. Dia suggest saya amik vita-lea + b complex (set basic/budget). Tapi saya still survey lagi produk lain.

Selang beberapa hari, saya terjumpa e-book kat wall one of my fb friendlist. tak kenal pun, tapi download aje lah. Free lagipun.

ini ebook yang menarik minat aai dengan shaklee. 
(Siapa nak tahu content ebook ni, boleh klik buku kat atas ni untuk download)

Lepas baca je, aai terfikir sejenak, sampai bila nak pergi kerja dan balik kerja tapi hati kurang ikhlas bekerja. Kat opis asyik ingat anak aje, ingat rumah aje yang tak berapa nak kemas, ingat huby aje sebab rasanya macam aai tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan berdedikasi, stress lagi kat opis. Lepas tu nekad, join aje le & beli set basic dengan Faeza Seri, link dalam buku tu.

Start dari situ, aai mesti teruskan usaha untuk keluar dari belenggu serba salah dan boring dengan jalan cerita hidup yang sama je setiap hari. So, bila aai dah sign-up & dapat set basic, tanpa berlenggah, terus makan setiap pagi lepas subuh vitamin shaklee sambil berharap aai & baby sihat. Seminggu amalkan, kesannya memang superb. Antara yang aai dapat rasakan perbezaan selepas ambil suplemen vita-lea + b-complex :


  • Kaki dah tak lenguh
  • Dah tak mengantuk aje (sehari dpt tidur 4-5 jam, tapi badan cergas)
  • Dah tak sakit pinggang time tidur
  • Masalah sakit di bahagian bawah abdomen/ari-ari apabila nak angkat kaki untuk alih posisi badan pun selesai
  • Dah tak pening-pening
  • Dah segar macam tak pregnant
  • Boleh buat kerja-kerja rumah sampai bersih-sih rumah tau (mop lantai, cuci & jemur baju, masak & etc)
  • Solat jadi mudah sebab sendi tak senggal
  • Jadi mudah bangun untuk solat tahajjud (ini amalan baru berjinak-jinak lepas join Shaklee)
  • Bangun pagi dengan segar (xde ngantuk-ngantuk nak sambung tido)

Agak-agak berbaloi tak melabur untuk kesihatan badan? Anda jawab sendiri, bagi aai ianya berbaloi sangat-sangat. Sekarang aai jadi sangat bahagia dengan kesihatan yang Allah pinjamkan. Happy je. Best je. Duit banyak, tapi badan sakit sana sini pun tak guna kan.... Memang lepas ni aai akan teruskan guna produk Shaklee untuk berpantang dan menyusu nanti. Tak sabar nak bersalin bukan sebab dah tak larat mengandung, tapi tak sabar nak jadi testimoni untuk set bersalin & menyusu pulak. Hehehe...

Cuba kita tengok pelaburan ai dalam set basic ni semasa hamil. Maybe kesannya baik untuk aai sebab aai tidak mengalami alahan yang teruk macam sesetengah ibu-ibu hamil yang lain. Namun pada aai, bagi ibu-ibu yang ada masalah alahan yang teruk, lebih baik ambil set lengkap hamil. Nutrisi set lengkap lebih baik untuk ibu & baby.


Vita lea (120biji/botol) = RM88.75
b-complex (120biji/botol) = RM53.75

Total = RM142.50

Set ni tahan untuk 4 bulan, sehari makan sebiji aje waktu pagi sebelum/selepas solat subuh)
RM 142.50/ 4 bulan = RM 35.65 je untuk sebulan.

Maknanya, sehari cuma spend RM 1.19 aje untuk pastikan kesihatan di tahap terbaik.
Lebih murah dari secawan slurpee yang sah-sah banyak gula & tak baik untuk kesihatan. Gula dah mahal wei...

Tapi  kalau beli dengan aai, aai bagi BEST PRICE. If jadi member, dapat harga laaaaagi murah tau. Dah le dapat diskaun hebat, dapat tips & rahsia buat duit secara online dari rumah sambil jaga anak-anak sendiri. Best ke x best? Mestilah best...

2 thumbs up lagi tau!!!

Harga best price tu, sure kos suplement sehari kurang dari RM1.
Jimat kan???

Kebaikan untuk diri aai, aai kongsikan untuk memberi manfaat pada ibu-ibu lain juga. Kalau kita nak best sorang-sorang, nak bahagia sorang-sorang, buat apa Allah ciptakan ramai orang kat dunia ini. Betul tak???

Oklah, untuk entry kali ni, sampai sini je dulu, if rasa perkongsian aai ni tak bermanfaat untuk anda, tapi bermanfaat untuk sahabat atau saudara mara yang menghadapi masalah sama macam aai, silalah beritahu ye. TQ.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

No comments:

Post a Comment