Tips MUDAH didik anak. Wajib Baca!!

8.11.13
Assalamualaikum

Pagi Jumaat yang sangat indah ini diserikan lagi dengan gelak tawa anak-anak bangun awal pagi dan bersiap sedia ke sekolah.
Mood anak ni kadang-kadang swing juga, macam mood ummi dia jugak lah.. Tapi ummi sekarang dah kurang men'swing'kan mood dia. Lebih sabar dalam mendidik anak-anak. Bila dah selalu bersama anak-anak, emosi semakin stabil dan love bond tu jadi makin kuat, makin sayaaaaaaaaaaaaang sangat, makin nak cakap baik-baik bahawa yang ini tak boleh sebab sekian-sekian, yang ini tak boleh sebab sekian-sekian....

----------------------
Tak Marah Lagi
----------------------

Kalau dulu, nak marah saja... Maklum la, kita sibuk, dengan hal opis, kadang-kadang (bahkan selalu) tak dapat elak, terbawa-bawa ke rumah. Siapa yang jadi mangsa, anak-anak juga. Kesian..memang kesian. Marah, then tak sempat nak terangkan sebab apa. Too much thing to think.

But not now. Today, anak-anak dah tak memberontak, follow my rules tanpa perlu marah-marah. Semuanya kelihatan mudah bila kita buang jauh-jauh marah. Marah tak mengundang satu kebaikan pun dalam diri kita. Dinginnya marah dalam diri aai tu dihakis dengan amalan dalam diri. Dulu amalan tak cukup baik. (Bukan sekarang dah baik, but better than before dan need more improvement) Banyakkan berzikir, banyakkan bertahajjud, banyakkan berdoa dan etc yang dulu susah sangat nak buat.

---------------------------------------------
Berbaik Sangka Pada Allah dan Semua Orang
---------------------------------------------
Takkan lupa pesan Ustazah Dr Nik Salida Suhaila :
"Tamakkan diri dalam berdoa, Allah suka akan insan yang tamak dalam berdoa"
Memang betul, sejak aai tamak dalam berdoa, satu persatu perkara jadi mudah. Baik hal anak-anak, baik hal kesihatan, malah hal apa-apa sahaja. Lebih-lebih lagi kalau kita berterusan berbaik sangka dengan Allah. Setiap manusia, ujiannya berbeza. Namun dengan ujian yang berat sekalipun, kalau kita terus berbaik sangka pada Allah & bersabar bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya, pasti Allah berikan yang terbaik buat kita.

Firman Allah s.w.t. di dalam sebuah hadith qudsi ertinya;
“Aku mengikut persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku, menurut apa yang disukainya.” 
Tapi amalan ni yang ramai orang fail termasuk diri aai sendiri. Tapi kita boleh ubah kerana Allah tak pernah tutup pintu taubat & doa kita.

---------------------------------------
Sayang Nak Tinggal Si Comel
---------------------------------------

Boleh bayangkan tak, tinggal berjauhan dengan anak-anak jika kita tak pernah berenggang dengan anak-anak selama hidup? Mana boleh. Itu bagi aai lah. Sape tak sayang anak oi..
Lebih-lebih lagi bila tengok anak petah berbicara, buat kita terbayang-bayang time duduk opis buat kerja, itu dulu-dululah. Bestnye dapat golek-golek dengan anak kat rumah.

Boleh tersentuh hati kita bila anak-anak tak jemu-jemu peluk cium kita setiap hari tanpa kita minta. Siapa tak tersentuh sila angkat tangan! hahaha... Maunya tidak, siapa tak suka dihargai. Sedangkan kucing yang takde akal seperti manusia pun mahu dibelai dan dimanja. Siap bunyi nggrr...ngrrr...ngrrr... time kita gosok bawah dagu dia kan...kan... Siapa selalu bergelumang dengan kucing, dia suka aktiviti gosok bawah dagu kucing ni..

Lagi best bila, tiba-tiba anak datang dekat, then kata "Ummi nak cium!! ummi nak cium!!" atau "Ummi, nak peluk..Ummi, nak peluk!!"
Then, lepas kita peluk cium, then dia kata lagi "Ummi, cium adik...cium adik!!" Sambil sua pipi kat kita.. Saat tu, kita takkan sanggup rasanya nak tinggal si manja nan comel tu walaupun sekejap. Rasa rugi jer dulu-dulu bagi orang jaga. Duit boleh dicari, tapi kasih sayang tak dapat dibeli.

--------------------------------------------
Masih Belum Terlewat Untuk Mendidik
--------------------------------------------

Nak share bagaimana teknik yang selama ni tak sempat apply, huby tolong apply kat anak sulung. Teknik ni kita buat time anak dah mamai-mamai nak tertidur tu, kita bisik kat telingga dia apa harapan kita pada dia. Contohnya, huby bisik kat telinga Radhi :
"Radhi, esok bangun buat kerja sekolah cantik-cantik tau. Kale buku tak mau comot-comot okay. Jawab periksa betul-betul tau. Esok bangun pagi-pagi, mandi, solat subuh & siap-siap pegi sekolah okay.. Tak mau nangis-nangis okay... Radhi budak bijak, Radhi budak pandai"
Sambil dia mengangguk-angguk tanda paham dan dengar.. Tapi mata pejam, ngantok. Esok paginya tu, jam baru pukul 4am, badan adiknya panas sangat. Demam pulak adik ni. dia menangis. Dek kerana bising, abang pun terjaga sambil jerit "Diamlah, bising!" Aai pun bagi tahu Radhi, "Rais demam la Radhi, cian dia.."
Radhi bangun duduk, terkebil-kebil dia tengok adik dia demam. Aai basahkan towel & bagi makan ubat demam.

"Ok, Radhi tidurlah, pagi nanti nak exam..." Ummi ingatkan dia. Tapi dia kata "Radhi nak buat kerja boleh tak Ummi? Nak kale cantik-cantik." Dia terus ambil buku kerja dan buat kerja semalam yang tak siap lagi.

Wah... berkesan teknik huby buat baru malam tadi. Memang betul bisikan yang dia dengar waktu mamai dia nak tertidur terus meresap ke dalam minda bawah sedar Radhi. Superb!! Boleh diamalkan setiap hari, biar sebati dalam diri dia.

Sambil lap Rais dengan kain basah, aai melayan dia mewarna buku kerja sampai siap. Masuk azan subuh, ajak dia mandi dan ajak solat. Senang aje dia follow. Macam dah biasa je caranya, tapi tak biasa pun. Radhi baru 5 tahun. Tapi aai yakin, bisikan ayah dia malam tadi betul-betul dia ingat sampai bangun tidur. Kuasa Allah kan..

Many thanks to my huby also... Suami yang banyak memahami dan membantu. Banyak mendidik aai ni jadi isteri yang lebih baik. Banyak mendidik jadi ummi yang solehah dan penyabar. Moga kekal jodoh kita sampai syurga ya!

Boleh la bagi yang nak cuba buat teknik kat atas tadi, just do it. Senang aje. Yang penting istiqamah..
So, alang-alang menulis, apa kata aai share kat sini tips mendidik anak. Cedok ilmu dari blog ni. (Klik sini)

--------------------------
Tips Mendidik Anak
--------------------------
  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
    • Betul, aai dan huby do this everyday, memang luarbiasa kasih sayang anak-anak pada kita juga. Cubalah!
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
    • Yes...Lebih mudah dia ingat setiap perbuatan baik yang dia lakukan. seterusnya dia akan ulang semula. Contohnya, hal kebersihan rumah, hal letak baju di dalam bakul baju, kemas buku agar tak bersepah, kemas pensil dalam pencil case, letak pinggan makan selepas makan dan lain-lain hal yang mudah.
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
    • True hundred times. I choose this because i love my kids and my family. That's why I am typing right now! hihihi...
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.
    • Tolong elakkan mengeluh, kerana keluhan akan membuatkan anda semakin letih. Enjoy your life with your kids. Make fun with your kids, elakkan/kurangkan perkataan 'jangan'. Sebaliknya tukar dengan perkataan 'tak elok' dan berikan sebab serta alasan mengapa perbuatan itu tidak elok dan tidak bagus.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
    • Tolong beri perhatian, terutamanya lepas balik sekolah, dengar cerita di sekolah, masalah dii sekolah. Bertanya belajar apa di sekolah, seronok tak, boleh jawab tak, cikgu ada marah tak, Kalau ada marah, tanya sebab apa. tunjukkan perasaan ingin tahu kita tentang apa yang terjadi di sekolah. Dengan ini, dapat menambah semangat dia untuk ke sekolah & sentiasa rindukan sekolah.
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
    • Ini perlu untuk abang yang sudah dapat adik, biasanya mereka akan berebut mainan atau apa-apa barang sekalipun. Tunjuk cara rasional untuk bertolak ansur dengan adik, kali pertama didikan, mungkin agak sukar dia menerimanya. Lazimkan, lama-kelamaan dia akan terbiasa. Akhirnya, kalau dibiarkan dia bermain bersama, pergaduhan antara mereka, mampu mereka selesaikan sendiri tanpa bantuan kita berkat tolak ansur yang kita terapkan sejak awal-awal lagi.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
    • Ini suda semestinya, kanak-kanak tetap kanak-kanak, kita yang perlu banyak bersabar dalam melayan kerenak anak-anak.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.

Selamat berkasih sayang....
Sayangi anak anda, berilah yang terbaik untuk anak kita, kerana mereka membesar hanya sekali...

Oklah. selesai tugas aai share kebaikan dengan insan lain yang aai kenal mahupun tak kenal. Yang tak kenal, jangan lupe add fb aai (klik sini), boleh kita kongsi cerita best-best kan..

Sebelum mengundur diri, ai nak kongsikan kesan penangan mealshake ini pada anak-anak ai.

Bagi yang belum tahu 16 khasiat MEALSHAKE ni, boleh baca entri ai di SINI.


Hubungi aai untuk mendapatkan supplement untuk anak anda okay!
Hidup bukankah untuk memberi manfaat untuk insan lain? kan...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

No comments:

Post a Comment