10 Petua Tingkatkan Kesuburan Bagi Wanita

6.11.13
Siapa yang tak mahukan anak bila dah berumahtangga?


Setiap pasangan suami dan isteri sudah tentu lebih bahagia dan berseri dengan kehadiran zuriat sendiri. Namun, ada diantara kita yang masih menanti dengan penuh harapan untuk menimang cahayamata. Mungkin telah banyak petua untuk kesuburan wanita dan untuk hamil telah anda cuba. Namun, atas dasar ingin berkongsi kebaikan maka saya paparkan perkongsian tentang petua tingkatkan kesuburan khusus buat wanita di luar sana. 

Tidak semua wanita di dunia ini mudah untuk hamil . Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.
Teruskan membaca. Siapa tahu rezeki anda selepas membaca artikel ini. Amin.

Barangkali PETUA-PETUA berikut dapat membantu anda untuk hamil. Cubalah amalkan 10 petua ini:


  1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Selain itu juga, amalan rohani juga amat penting untuk meningkatkan kebarangkalian mendapat zuriat. Zuriat kita kurniaan dari Allah. Maka, sudah tentu permohonan doa yang kita submit pada Nya juga mestilah dengan bersungguh-sungguh. 

Jom kita amalkan dengan istiqmah, agar seimbang usaha kita untuk mendapatkan zuriat.

------------------------------------------------------------------
Amalkan selawat syifa' seperti di bawah untuk mendapatkan zuriat :
------------------------------------------------------------------


"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda."
---------------------
Amalkan Ayat Tujuh :
--------------------- 

Sememang nya umat islam sinonim dan digalakan sentiasa berzikir dan berdoa kerana ianya pati ibadah,lihat dan carilah didalam AlQuran. Terdapat banyak himpunan doa yang diberikan Allah untuk dihayati dan bacalah setiap hari.Nabi Ibrahim A.s dan Nabi Zakaria A.s tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta agar dikurniakan anak yang soleh sehingga mereka uzur, baru dimakbulkan doa mendapat Zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s
"Ya Allah ! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan,terimalah uzur saya,sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku,berikanlah permintaan ku dan Engkau mengetahui yang ada pada diriku,maka ampunilah dosa ku..berikanlah…"
Doa Nabi zakaria A.s
"Tuhan ku janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri, padahal engkau tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi."
Surah Al-Anbiya 21:89
"Tuhanku berikanlah kepadaku dari sisimu keturunan(anak) yang baik,sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa"

Doa sebelum berjimak

"Dengan nama Allah ! jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami(anak)"

Doa ini perlu diamalkan sebelum berjimak untuk mengelakkan gnggun syaitan ke atas janin.

Selain itu juga, banyakkan amalan sedekah walaupun hanya RM1 sahaja setiap hari. Kerana sedekah itu sendiri menghindarkan kita dari bala & menambah rezeki.

Oklah. selesai tugas aai share kebaikan dengan insan lain yang aai kenal mahupun tak kenal. Yang tak kenal, jangan lupe add fb aai (klik sini), boleh kita kongsi cerita best-best kan..


Hubungi aai untuk mendapatkan supplement set kesuburan Shaklee okay!
Hidup bukankah untuk memberi manfaat untuk insan lain? kan...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

No comments:

Post a Comment