Ape? Radhi sakit gigi!! dan cerita russian black and white cake untuk si manja

3.11.13
Assalamualaikum

kek permintaan anak bujang

Kali ni baru nak upload pic anak bujang minta buat kek untuk dia.

Dia punye komplen:
"Ummi, nape tak buat-buat kek Radhi punye?"
Hehehe...anak kecik pun dah pandai komplen kan, inikan pula orang dewasa especially yang time mengandung sakit-sakit badan (klik sini), time dah dapat anak, anak pulak susah giler nak suruh dia makan. Bila jumpa saudara mara, saudara tegur kat anak kita:
"Eh... macam dah kuruslah sekarang? tak makan ke???"
Adeh... Pernah kena tak soalan macam tu kat uolss yang membaca entry aai ni? Rasa macam panas je telinga kan? Macam kita tak bagi makan anak jer.. Macam kita tak pandai bela anak je...

So, ape solution? Kita ikhtiar la... Bagi dia suplement Natural berbentuk powder (Klik sini). Gerenti kita happy tengok anak happy. Kurangkan juga vitamin chewable especially yang ada kat farmasi atau kedai-kedai, sebab banyak gula. Nama pun budak, kita suruh hisap kat lidah... Eh..dia kunyah jugak macam makan nasi gayanye.

--------------------------------
Cerita sakit gigi Radhi
--------------------------------
Pengalaman aai, gigi radhi tu dah berlubang, pantang makan gula-gula, mesti menangis sakit gigi. Tampal dah 2 kali. Tampal 1st, selang beberapa minggu, tercabut. Tampal lagi, then selang beberapa minggu, tercabut juga. Klinik gov or private, memang doktor tak bagi tampal (tak bagus untuk kesihatan maybe) or cabut. Gigi susu je kan.. Bila cabut, doc kata ia akan merosakkan struktur gigi kekalnya nanti bila dah dewasa.

Then, aai pun tertanya-tanya, bila gigi susu Radhi nak tertanggal sendiri? Doc kata, maybe bila umur dia 10-11 tahun nanti.

What????... Hampir setiap hari dia melalak sebab sakit gigi, then nak tunggu lagi 5 tahun??? Sekarang Radhi baru 5 tahun. Boleh pengsan ummi & ayah dia nak melayan tangisan kesakitan dia waktu dia sakit gigi. Melalak bukan sikit-sikit punye. Radhi ni punye melalak jenis high volume & memang menguji kesabaran sepasang ibubapa ini. Dulu memang asyik nak marah aje, tapi sejak join Shaklee, Alhamdulillah, dapat dikurangkan. Ada sikit-sikit lagi.. Tapi aai terus perbaiki diri. (tak nak aura diri bocor, nanti bocor juga rezeki) Huhuhu....

Solution, if dia sakit gigi, doc says:
  • Pastikan mesti gosok gigi selalu especially tempat sakit
  • Atau kumur air garam
  • Pastikan elak makan gula-gula (gula agen pembiak bakteria dengan cepat dalam mulut)
  • Pastikan gosok gigi selepas makan
  • Floss gigi if ada terselit makanan di celah gigi
  • Mesti gosok gigi sebelum tidur
  • Makan ubat tahan sakit waktu dia rasa sakit melalak-lalak sebab tak tahan sangat
Well, berserah dan mencuba. Berbulan juga bersabar. Dia selalu termakan gula-gula tanpa pengawasan his parent. Maklum la raye kan bulan 8 ritu, kita sibuk berbual dengan saudara mara, dia pergi melantak kerepek (dah terselit kat lubang satu hal), kuih raye orang sekarang terus letak gula-gula dalam balang kuih (dia genggam masuk poket, satu hal), makan gula-gula pulak macam makan nasi (kunyah sesungguhnya pakai gigi geraham yang lubang satu hal lagi). Memang dugaan besar betul.

Raye tahun ni memang rasa tak syok sebab ayah dia nak kena melayan si Radhi sakit gigi. Takkan nak bawa berus gigi masuk poket time raya-raya kan?? Takkan lepas beraya satu-satu rumah gosok gigi. Jadinya kena gosok gigi tetiap rumah la kalau gitu? Takkan asyik nak makan ubat tahan sakit aje kan?? Bahaya untuk kanak-kanak (Klik sini). Tapi nak buat macam mana, dah terjadi. Hadapi aje la dengan senyuman & redha. Macam lagu dewa tu (Klik sini). Lagu kegemaran ayah radhi untuk mengubat lara time ummi minta clash (masa couple dulu-dulu). Hahaha..dah dapat 2 orang hero dah sekarang...

Akhirnya, lama kelamaan kesakitan yang Radhi alami pun beransur tiada. Sebab doc kata, gigi yang berlubang besar especially gigi geraham akan mengalami mati akar. Bila akar yang bersambung dengan saraf gigi sudah tidak berfungsi, kesakitan tak dapat dialirkan ke otak untuk menghantar signal SAKIT.. Begitulah lebih kurang. Aai bukan dokte. Kalau ada dokte baca, if salah, harap dibetulkan. Hihihi...

Baru-baru ni bagi dia makan vitamin C champs, manis & sedap kan... Terlupa pula dia dah lama tak sakit gigi. Gula-gula pun dah tak makan sekarang ni sejak dia sakit gigi gila-gila punye sakit dulu tu. Dia sakit gigi lagi pulak dah....

But anyway, gosok gigi dia dan ingatkan semula supaya jangan kunyah guna gigi geraham bila makan vitamin. Dah okay semula dan tak sakit gigi lagi. Tapi lepas ni aai nak beri dia meal shake (Klik sini) sebab ianya tidak mengandungi gula yang tinggi seperti vitamin yang manis-manis yang banyak sangat kat supermarket tu. Tak mengapa, aai belajar dari kesilapan.

-------------------------------------------------
Sambung cerita buat kek atas permintaan anak bujang ye..
-------------------------------------------------



Last week buat jugak, suka betul tengok dia makan kek sampai boring.

Adik dia pun makan sampai comot, lantai, baju, seluar, mulut, tangan & kaki.
Tapi abang tak suka rasa cappucino cheese tu, dia cuma makan kek & coklat tu aje..
Takpelah janji dia makan..
Selesai jugak permintaan anak bujang aai.

Buat kek sebab ada tempahan dari kawan sempena aniversary dia yang ke 3 tahun.
Untuk pengetahuan pembaca, kek ni namanya Russian Black & White Cake. Rasa kek coklat moist, then topping perasa cheese cappucino yang disalut dengan ganache (yang kale coklat meleleh tu le namanya ganache) Boleh rujuk page fb aai. Klik aje gambar kek aai buat untuk opis mate kat bawah ni :

Jangan lupe like sekali yer fb page aai!! Hehehe


Kek aniversary Junaidah yang ke - 3 (Kak Juju, Radhi panggil)

Juju masih belum dikurniakan anak lagi. Aai pun ada  suggest dia ambil set kesuburan (Klik sini).
Katanya nak tanya huby dulu.
Aai belum follow up lagi sama ada dia nak mencuba atau tidak...

Kalau mencuba pun tak salah, kalau dah Allah kata kun faya kun, makan jadilah...
Kalau tidak, maka anggap je bukan jodoh lagi.
Percaya qada' & qadar itu  kan rukun iman :)

Oklah. selesai tugas aai share kebaikan dengan insan lain yang aai kenal mahupun tak kenal. Yang tak kenal, jangan lupe add fb aai (klik sini), boleh kita kongsi cerita best-best kan..

Hidup bukankah untuk memberi manfaat untuk insan lain? kan...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

No comments:

Post a Comment