8 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Air Banyak2

15.11.13


1. Turunkan berat badan. 
Percaya atau tidak, dengan banyakkan minum air putih boleh menurunkan berat badan anda. Air tidak mempunyai kalori, tiada carbohydrate, tiada protein. Gantikan minuman berkalori tinggi anda seperti jus, kopi, teh tarik kepada air putih yang kosong nilai kalorinya. Dan dipercayai, sekiranya anda minum air putih 20 minit sebelum anda makan, boleh mengurangkan kadar pengambilan makanan anda.

2. Merawat sakit kepala.
Antara simptom dehydration adalah sakit kepala.

3. Memberi tenaga.
Dehydration boleh menyebabkan kita cepat letih, pening2 dan banyak lagi simptom2 lain.

4. Kulit yang cantik.
Nk kulit cantik??haaa, minum air byk2 ye..minum air secukupnye boleh membuatkan kulit menjadi sentiasa lembap dan berseri2.. Boleh amalkan selama seminggu untuk buktikan kenyataan saya ni...amek wudhu' pon antara blh serikan muke ye cik kak..:P

5. Masalah pencernaan.
Air sangat membantu proses pencernaan makanan dalam perut kita. Air juga boleh memulihkan kandungan berasid dalam perut kita dan juga elakkan masalah sembelit.

6. Cleansing (pembersihan dalaman)
Salah satu cara untuk membuang toksin dari badan kita adalah dengan minum air dengan banyak. Kita akan kerap ke tandas tapi jangan risau. Tahniah kerana itu tandanya anda sihat dan badan anda sedang berusaha membuang toksin! wuhuu!

7. Tingkatkan kebolehan bersenam.
Dehydration adalah juga punca badan anda tidak dapat bersenam dengan bagus.

8. Mengurangkan risiko kanser.
Minum air secukupnya boleh mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%, kanser buah pinggang sebanyak 50% dan jugak kanser payudara.

Bagaimana hendak mengetahui kandungan air yang kita minum cukup ke tidak?

Tapi, pakar pemakanan mencadangkan bagi anda untuk minum 1 liter air bagi setiap 25kg berat anda. Jika berat anda 50kg, anda perlu minum 2 liter air setiap hari minimum. Tp itu untuk membolehkan anda maintain berat badan anda, tp jika untuk kurangkan berat badan anda, of course la kna minum lebih dari tu ye..Ingat!jgn minum byk air sekaligus, minum la sket2 tp biar dpt capai 3liter sehari.. :)

atau....

anda boleh buka website ini untuk mengira dengan lebih lanjut mengikut berat badan, cuaca tempat anda tinggal dan sebagainya : Klik sini

No comments:

Post a Comment