Ingin Hamil, Tapi Belum Ada Rezeki?

7.11.13
Soalan Cepu Emas

Pernah tak dengar sesetengah pasangan yang dah berkahwin 2-3 tahun atau 5-6 tahun atau malah lebih lama dari itu, tapi masih belum dikurniakan anak. Mereka diasak dengan soalan-soalan panas macam ni:
"Dah lama kawin... Belum dapat anak lagi ke?"
"Tak tanye petua dengan orang-orang lama ke?"
"Dah cuba buat rawatan, mana tahu kau tak subur ke, jangan sampai huby cari lain..."
Dan macm macam soalan lagi...

Pertandingan Siapa Yang Lebih Lama?
Kadangkala ada pihak yang cuba menenangkan hati pasangan yang dah lama berkahwin ni dengan jawapan sebegini…
“Oh, tak lama tu.. Ada kawan saya tu 13 tahun…” atau mungkin 15 tahun atau mungkin 20 tahun..
Ini bukan satu perlumbaan atau satu pertandingan siapa lebih lama berkahwin dan tidak mendapat zuriat..
Kadang-kadang tidak dinafikan, niat mereka untuk menenangkan hati pasangan tersebut. Namun pasti tersentuh juga hati mereka bila orang kata 3 tahun @ 4 tahun @ 6 tahun @ 8 tahun tidak cukup lama..

Bagi mereka yang berkahwin dan spontan dikurniakan zuriat tanpa perlu berusaha apa-apa, memang tidak merasa apa-apa..

Yalah, benda senang dapat kan.. Anda tak mungkin tahu keperitannya..
Cukup lama atau tidak cukup lama, hanya mereka yang melaluinya saja yang tahu..

Ya, aai sendiri tidak dapat bayangkan keadaannya jika aai berkahwin 13 tahun, 15 tahun atau 20 tahun dan masih tidak mendapat zuriat..

Dan rasanya, terus terang aai katakan mungkin aai tidak sanggup untuk melalui keadaan itu..

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, tentu akan berasa bimbang sekiranya masih belum dikurniakan anak. 

Honeymooners
Pendek kata, 3-5 tahun pertama berkahwin dan tidak punya anak ibarat honeymoon yang panjang dan biasanya pasangan ini ditenangkan supaya menikmatinya tanpa rasa risau, bimbang atau gelisah..

Tetapi bagi seseorang individu lain yang mungkin hanya bertemu jodohnya pada usia lewat 20an atau awal 30an.. mungkin lebih lama, lewat 30an baru berkahwin… sudah tentu saja apabila 2 bulan berkahwin masih tiada tanda mengandung pun sudah rasa tertekan..

Jadi, adakah wajar kalau kita beritahu kepada mereka ini “Ala, baru 2 bulan kahwin, apa nak risau?”
Cukup lama atau tidak cukup lama, aai yakin hanya individu yang melaluinya saja yang tahu perasaan mereka..

Jangan Membandingkan Siapa Lebih Lama Walaupun Niat Anda Baik
Jadi, sebenarnya aai amat berharap agar sekiranya anda mempunyai rakan yang baru mengandung atau baru mendapat zuriat, anda tidak perlu membanding-bandingkannya dengan rakan lain yang lebih lama lagi berkahwin dan tidak mendapat zuriat..

Aai juga mengenali ramai pasangan lain yang sudah lama berkahwin dan masih tidak mendapat zuriat..
Dan aai pasti walaupun mereka buat selamba aje, dalam hati siapalah yang ingin berkahwin dan tidak punya zuriat ya?

Kalau di barat atau pasangan yang berfikiran liberal, barangkali mereka memang tidak mahu punya anak, tapi kalau di Malaysia terutamanya pasangan Melayu.. aai belum pernah jumpa lagi..

Bagaimana pula di kalangan isteri yang bersungguh-sungguh untuk mendapat anak, namun suami buat selamba aje? banyak faktor yang mempengaruhi... Tapi yang paling penting, anggaplah ini adalah ujian yang Allah berikan. Banyak bersabar dan berusahalah.
"Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditinggalkan dengan berkata : Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji (keimanan mereka itu)?" - Surah Al-Ankabut, Ayat 2
Penting! Jangan Putus Asa!
Apapun, kepada pasangan yang merasakan mereka telah lama berkahwin (tidak kiralah anda rasa 2 bulan itu lama, atau 2 tahun atau mungkin 12 tahun atau mungkin juga 20 tahun) dan masih belum mendapat zuriat, aai berharap agar anda terus berusaha dan tidak putus asa..

Kata kuncinya adalah ----->  Jangan berputus asa, ikhtiar dan terus berikhtiar..


Adakah aku mengalami masalah kesuburan? 
Perihal tentang masalah kesuburan ini memang perlu di atasi dengan berhati-hati supaya pasangan suami dan isteri tidak mengalami depression akibat tertekan kerana masih belum menimang cahayamata.

Ada pelbagai punca yang menyebabkan wanita sukar untuk mengandung. Antaranya:
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Masalah hormon
  • Menopous sebelum waktunya
  • Fibroid
  • Masalah tiroid
Perlu juga diingat. Pihak lelaki juga mungkin menjadi penyebab kepada masalah biologi ini. Antara punca utama:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan lain-lain.
  • Gangguan hormon
  • Masalah hernia
  • Salur sperma tersumbat
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
Selain daripada itu, ada juga beberapa faktor luaran yang menyebabkan masalah kesuburan ini berlaku. Faktor-faktor ini melibatkan kedua-dua belah pihak sama ada lelaki atau pun perempuan. Antara faktor termasuklah:
  • Melakukan hubungan kelamin di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat dan nutrien
  • Tabiat merokok atau ketagih alkohol
  • Terlampau banyak mengambil ubat (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlampau kurus atau obesiti.
"Jadi, bila harus saya berjumpa doktor pakar kesuburan?"
Seseorang wanita itu mengalami masalah kesuburan dan harus berjumpa pakar kesuburan bila:
  • Berumur bawah 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 12 bulan tanpa menggunakan mana-mana alat pencegah kehamilan.
  • Berumur lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin lebih 6 bulan tanpa menggunakan mana-mana alat pencegah kehamilan. Sumber : Blog Dr Zubaidi (Klik Sini)
Bagi punca-punca yang disebabkan oleh biologi, para suami dan isteri perlu berjumpa dan mendapatkan konsultasi daripada pakar-pakar bertauliah dalam bidang reproduktif. Ini sangat penting kerana masalah kesuburan anda ini perlu mendapat rawatan perubatan yang betul untuk tidak mendatangkan risiko penyakit lain pula.

Andainya anda dan pasangan tidak bermasalah dari segi biologi ini bermakna kebarangkalian anda dan pasangan untuk memperolehi cahayamata amat tinggi. Apa yang perlu anda buat adalah ajak pasangan anda bersama-sama berazam untuk mengubah cara hidup anda kepada cara hidup yang lebih sihat.

Banyakkan bersenam

Bersenam bukan sahaja untuk mengeluarkan peluh tetapi menjadikan minda kita cerdas. Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas mampu meningkatkan tahap hormon kesuburan anda serta mengurangkan stress.

Elakkan pencemaran

Bunyinya mungkin sukar. Namun mungkin anda boleh bermula dengan menghindarkan diri dari tempat-tempat yang mempunyai risiko pencemaran. Jika boleh, berhijrahlah ke lokasi yang berudara segar. Sekurang-kurangnya anda dan keluarga boleh menghindarkan diri daripada menjadi punca pencemaran. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang perokok, berhenti mencemarkan udara dengan asap rokok anda!

Pengambilan supplement untuk tingkatkan kesuburan

Kesuburan boleh dipertingkat dengan mengamalkan supplement seperti:

Vita-Lea - Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Justeru, untuk cepat dapat anak, seorang wanita (mahupun lelaki) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral penting dalam kehidupan harian kita dan memastikan kesihatan di paras optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin B3, B6 dan B12 berperanan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Kritikal bagi mereka mempunyai gaya hidup yang sibuk. Selepas seharian penat bekerja di pejabat, anda tentu memerlukan tenaga untuk bersama dengan pasangan.
Vitamin B12 juga berperanan dalam meningkatkan jumlah sperma.

Vitamin C - Selain berperanan melindungi sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Meningkatkan "sperm count"
  • Meningkatkan motility (pergerakan/keaktifan sperma)
  • Digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan
  • Membantu dalam masalah "mati pucuk"
  • Membantu meningkatkan libido (keinginan bersama)
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Merendahkan kadar kolestrol
  • Membantu mencegah kanser
Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Justeru, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee dapat membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan pantas.

Zinc
  • Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti dan sihat
  • Membantu memekatkan air mani
  • Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma
  • Meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
  • Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina
  • Mencegah dari kemandulan
  • Meningkatkan fungsi organ seksual
Alfalfa
  • Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberikan kelegan semasa haid
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • # Wanita yang PERIOD TIDAK TERATUR
  • # Wanita yang PERIOD HEAVY FLOW atau SEDIKIT
  • # Wanita yang PUTUS HAID
  • # Wanita yang sering LEWAT DATANG HAID
  • # Wanita yang SENGGUGUT
  • Membantu meningkatkan kesuburan (Menghasilkan cecair serviks) - Trying to conceive baby!
  • Membantu sperma hidup lebih lama (5 hari) dalam tiub fallopio & memudahkan berenang ke fallopio
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) - abdominal pain, breast pain
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran
  • menguatkan imuniti tubuh
  • Untuk perbaiki fungsi saraf
ESP Soy Protein
(Klik sini) untuk ketahui lebih banyak kelebihan ESP.
Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP membantu membentu tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

Perlukah anda ambil semuanya sekali?
Jawapannya cukup mudah. Jika anda ambil semua, itu adalah yang terbaik untuk kesihatan menyeluruh. Tetapi kepada yang baru ingin mencuba dinasihatkan untuk mengambil supplement seperti aai akan cadangkan sebagai permulaan.



Oklah. selesai tugas aai share kebaikan dengan insan lain yang aai kenal mahupun tak kenal. Yang tak kenal, jangan lupe add fb aai (klik sini), boleh kita kongsi cerita best-best kan..

Hubungi aai untuk mendapatkan supplement set kesuburan Shaklee okay!
Hidup bukankah untuk memberi manfaat untuk insan lain? kan...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

No comments:

Post a Comment