Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Pertama sekali dengar berita kapal terbang terhempas adalah hari Sabtu 9.30am kat berita di TV. Agak terkejut kerana melibatkan sejumlah penumpang yang sangat ramai. Aai turut berasa sedih sebab kehilangannya melibatkan ramai nyawa.
Punca kehilangan kapal terbang tersebut, memang misteri. Sama-sama kita berdoa agar kapal terbang tersebut selamat dijumpai.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan mengadulah kepada
Allah SWT. Jika dapat menitiskan air mata maka akan memberikan kelegaan pada
jiwa. Allah SWT berfirman maksudnya :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Innalillahi Wainaailahi Rajiun' (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’)" (Surah Al Baqarah ayat 156)
Di riwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW mengajar
umatnya agar beristirja' dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar maupun
kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun di tuntut untuk membaca doa
di atas.
Orang-orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa
dengan doa di atas apabila berlaku sesuatu yang menguji keimanan mereka. Mereka
tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah SWT sekali-kali
tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku.(Tafsir a-Mawardi, tafsir
ayat 155 surah al-Baqarah).
Khasiat dan Kaifiat Beramal :
1. Mendengar berita kematian atau kemalangan.
2. Di timpa musibah sama ada besar atau kecil.
3. Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.
Dalam hadis yang lain :
Dari Ummu Salamah r.ha mengisahkan: "Aku pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya
ia berkata: "Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah
ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah
memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya."
Ummu Salamah berkata, "Ketika Abu Salamah meninggal
dunia, aku berkata, "Adakah kaum muslim yang lebih baik daripada Abu
Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah SAW,
kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa
rasulNya. Rasulullah SAW mengutuskan Hathib bin Abu Balta'ah untuk melamarku
untuk baginda. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu.
Baginda bersabda, "Adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah
mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada
Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan
Rasulullah SAW."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah SWT dengan
menyerahkan diri kepada-Nya. Setiap musibah, kesusahan dan penderitaan dalam
hidup ada hikmah dan kebaikannya. Kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan
dan setiap penderitaan akan ada kebahagian. Berdoa, berusaha dan bertawakal
adalah senjata dan amalan orang mukmin. Kebaikan itu sentiasa menghiasi
peribadi mukmin iaitu bila dikurniakan rezeki dia bersyukur dan jika ditimpa
musibah dia bersabar kedua-duannya membawa kebaikan.
Credit to : Abu Basyer
Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
No comments:
Post a Comment