7 KETUL EMAS BUAT ISTERI SOLEHAH

9.3.14
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Kisah ini pernah aai tulis pada entry lepas bertajuk tasbih fatimah. Klik sini.


Fatimah pada suatu haritelah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. 
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. 
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya : “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?” 
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklahdia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. 
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesahdalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. 
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Betapa besarnya pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa keluh kesah. Semoga ini juga dapat membantu aai dan para isteri yang lain.

Bukan itu aje ada juga hadith-hadith mengenai khidmat isteri ini kepada suami. antaranya ialah :

  • Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
  • Isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun,
  • Isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
  • Isteri memasak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
  • Apabila menjemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari.
  • Betapa bestnya menjadi isteri. huhuhu….Jadi, wahai kakak, redhalah dengan segala tugas-tugas di rumah sebagai isteri. dan berdoalah agar suami akak menjadi suami yang taat kepada perintah Allah. Kepada suami kakak tu tadi, takyah ler sampai mengherdik mengeluarkan kenyataan serupa itukan. Isteri itu tempat untuk dimanja dan dibelai. bukan diherdik. sama-samalah kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah swt.
Sumber : Google dan sekilass.com

Aai pun juga setiap hari cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami. Ye lah kan, siapa tak mahu suami soleh. Tapi sebelum request pada Allah nak yang baik-baik aje, contoh macam nak anak dengar kata, nak suami tolong kita buat kerja rumah, nak anak bijak dan cerdik, perlu kita cermin diri dulu, cukup baik kah diri kita ni untuk mendapat yang terbaik?

Kesimpulannya, kita perlu perbaiki diri kita sendiri menjadi lebih baik. Walaupun tak berapa baik dimata orang, sekurang-kurangnya prestasi diri kita hari ini adalah lebih baik dari hari semalam. Jom sama-sama kita jadi isteri solehah. Biar suami merasakan aura isterinya, bahawa sebenarnya setiap hari kita sedaya upaya berusaha untuk menjadi yang tebaik.
Allahuakbar..

susu soya perisa vanilla 100% organik pilihan isteri solehah =)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.

No comments:

Post a Comment