Kecewa Dengan CoQ Health Plus

27.5.14

- Saya memang sentap dan frustrated dengan CoQ Health.

- Kenapa?
  • Kecewa mengapa saya tak bagi mak saya CoQ Health dari dulu lagi. 
  • Kecewa mengapa saya tak dipertemukan dengan CoQ Health sebelum mak saya kena serangan jantung kali pertama last year.
  • Kecewa sebab tiada siapa yang beritahu saya tentang kebaikan CoQ Health untuk mak saya.
  • Kecewa tau, macam nak gugur jantung bila dapat tahu mak kena serangan jantung tahun lepas.
- Jadi, menjadi tanggungjawab saya untuk sebarkan kebaikan CoQ Health pada sahabat yang mempunyai saudara mara yang mengalami masalah yang sama seperti mak saya.

- Kalau saya tak post kat blog saya, saya cukup berdosa kerana menyimpan rahsia keceriaan mak saya. Hehehe....

- Cukuplah 1 kali sahaja mak kena serangan jantung. Saya akan pastikan mak sihat walafiat selepas ni.

- Baru 2 minggu bagi mak ambil CoQ Health, mak dah tak sesak nafas lagi selepas kena serangan jantung kali pertama tahun lepas.

- Ceritanya begini.

- Semalam call mak sembang2 tanya abah sihat tak, mak sihat tak.

- Jawapan diaorang pastinya sihat memanjang, sakitnya mereka biar mereka je tahu pada hemat saya.

- Melainkan kita korek cerita, baru dia ter'cerita' sikit.

- 2 minggu lepas saya ada syorkan mak ambil CoQ Health, memandangkan mak mengidap darah tinggi, diabetis, tinggi kolestrol & lemah jantung. CoQ Health memang paling sesuai untuk mak, cuma sebiji sehari lepas lunch. Mudah kan.

- Kesian, siapa tak kesian tengok mak kena makan pil berbiji2 bertahun2 pulak tu sejak mak kena darah tinggi sejak lebih 15 tahun dulu. Takkan saya nak bagi lagi berbiji2 pil suplemen nak bagi mak telan.

- Sejak mak kena serangan jantung tahun lepas, memang aktiviti mak sangat terbatas. Jangankan nak mencuci baju, tengah mandi pun boleh tercungap-cungap. Ceritanya.

- Mak dah tak dapat buat aktiviti kegemarannya lagi, biasanya mak suka teman abah pergi kebun, menyapu sampah depan halaman rumah, mengemas rumah dan 1001 macam kerja yang mak-mak selalu buat dan sangat memerlukan tenaga yang banyak.

Artikel CoQ Health dalam majalah Harmoni.

- Tak sangka mak dengan nada ceria, dia kata dah boleh meneran bila buang air besar. Apa? Saya tak tahu pun. Katanya sejak kena serangan jantung tahun lepas, memang tiada rasa nak membuang air besar. Kalau nak buang, pergi je ke tandas. Ada masa boleh, ada masa dia tak nak keluar. Huhuhu... Sampai hati mak tak cerita pun sebelum ni.

Artikel CoQ Health dalam majalah Wanita.


100% Semulajadi.

- Adakah itu salah satu kesan pesakit jantung? Ya kata mak, sebab bila mak rujuk pesakit jantung lain, tanda-tanda yang sama ada pada mereka juga. Alhamdulillah mak dah sedikit sebanyak ‘recover’.

- Sambungnya lagi, mak buang sampah guna kereta sorong. Biasanya sejak sakit jantung, mak mesti berhenti di pertengahan jalan pergi dan balik daripada buang sampah. Katanya, macam tak cukup nafas, boleh hembus, tapi tak boleh sedut. Ya Allah, mak. Kenapa tak cerita. Maafkan anakmu ini, tak pernah tahu derita yang mak tanggung selama ini.

- Alah, bukan jauh pun nak buang sampah tu katanya, tak sampai 20 meter. Tapi sejak minggu lepas, bila mak buang sampah macam biasa, dah tak perlu berhenti kat check point yang selalu dia berhenti. Check point tu, saya yang bagi mudah faham. Hehehe.

- Lega hati dengar nada suara mak yang ceria tu. Sangat-sangat ceria. Alhamdulillah. Tapi saya ingatkan juga dekat  mak. Jangan over pulak buat kerja, mentang-mentang dah tak tercungap-cungap lagi nafas bila buat kerja. Macam sotong tangan nak buat kerja itu dan ini. Tapi mak tetap kena jaga aktiviti seharian, buat kerja ringan-ringan je. Adik kan ada kat rumah tu. Minta je tolong adik.

- Itulah untungnya ada adik kat rumah. Boleh tengok mak dengan abah. Terima kasih adik Asyiq. Budimu tak terbalas oleh Uda. Tacing pulak tengahari ni. Huhuhu.

- Begitulah ceritanya mak saya yang tidak suka bercerita masalah dia. Padanya, biar anak-anak tak tahu. Bahagia anak, bahagialah juga dia. Saya sebagai anak yang perlu sentiasa peka, telefon dan memahami hati orang yang sedang berada dalam usia emas.

- Alhamdulillah dikurniakan juga seorang suami yang sangat supportive dan memahami keluarga saya. Saya mendoakan agar kesihatan mak bertambah baik. Tak sangka usaha saya yang sedikit tu, mampu membuatkan mak saya bahagia.  Insha Allah saya sedaya upaya berusaha berikan yang terbaik untuk mak dan abah.
Melalui artikel ini, saya semakin faham mengapa emak saya dah tak sesak nafas sekarang setelah mengambil CoQ Health sejak 2 minggu lepas.

- Berikan lah mereka perhatian, kalau jarang balik, telefonlah. Ini ingatan untuk diri saya juga adanya. Kerana mak dan abah itu keramat hidup kita. Jagalah selagi mereka masih ada di dunia ini.

- Untuk abah, saya nak bagi vivix pula. Abah saya kan, sebenarnya perokok tegar lebih 30 tahun tau. Bagi vivix, mesti nanti dia rasa pelik, kenapa dia rasa tak sedap merokok tu. Hehehe... Rokok sangat bahaya untuk jantung. Jadi, review untuk kesan vivix pada abah, saya post next entri okay.

- Akhir kata, saya bahagia melihat ibu bapa saya bahagia. Amin.

Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.

No comments:

Post a Comment