Tidak Boleh Buka Fail Excel Double Klik

9.1.16
Assalamualaikum.

Lama tak menaip.
Semoga kita semua berada dalam perlindunganNya, kekal bahagia dan sihat hendakNya.

Hari ni nak share satu perkara paling penting dalam kehidupan seharian kita jika anda seorang QS (aai la tu), peniaga online, kerani dan sesiapa yang menggunakan komputer.

Mesti takkan terlepas akan menggunakan microsoft excel kan?

Masalah yang aai hadapi bulan lepas adalah tidak boleh buka file excel terus dari window explorer. Stress rasanye. Kerja dah la nak cepat aje kan.

Paling boring, kena buka microsoft excel, then buka file excel tu dari microsoft excel. Leceh kan?
Disebabkan kesibukan melanda dihujung2 bulan biasanya prepare claim kontraktor, so aai leave it for a while.

Now dah masuk awal bulan, ada lapang sikit nak meng'google' macam mana nak buka file excel double klik.

Pagi ni, alhamdulillah ditemukan dengan page bro: http://mahirkomputer.blogspot.my/2008/04/tidak-boleh-buka-fail-excel.html

Senang je rupanye nak kembalikan keremajaan pc ku.

Ini untuk window XP tau,
Ok, stepnya macam ni :

1. Buka explorer, dan buka file excel yang kita nak buka.


2. Kemudian, klik kanan mickey mouse dan pilih 'Open with'

3. Klik "Choose default program"



4. Klik "Always use the selected program to open this kind of file", Klik OK.

5. Selesai.


Senang je rupanya. Kalau nak test. Tutup semula file. Then buka semula file tersebut double klik.
Ehh.. dah boleh buka. Saya suka 3x.

Sebenarnya kaedah ni boleh diapply pada mana2 program seperti word, power point dan lain-lain aplikasi dalam komputer tu.

Selamat buat kerja dengan pantas, gembira dan tenang.

Alhamdulillah.



Sebelum tu nak survey, 
ada yang sedang mengalami terlebih berat badan macam gambar kiri tu?
Sila klik link di bawah, kami sedia membantu anda.


atau whatsapp je 'S7' ke 013-7722024

No comments:

Post a Comment