Larian pink 2015

8.12.15

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.

Alhamdulillah sudah lama tak update blog ai ni.

Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera disampinĝ insan tersayang dan ceria-ceria selalu.

Beberapa hari lepas, ai ada join satu larian. Namanya pink run 2015. Pertama kali diadakan di Segamat oleh pihak hospital Segamat.

Larian ini adalah sempena untuk mendedahkan kewujudan badan kebajikan kanser payudara dikalangan rakyat malaysia terutamanya terhadap masyarakat di sekitar Segamat, Johor.

Jangan ingat wanita sahaja berisiko mendapat breast cancer, lelaki pun berisiko juga tau. So, jaga-jaga semua jejaka dan bapak jejaka ya...

Jadi, dengan adanya program ini, dapatlah pihak hospital menghebahkan cara mengesan kehadiran kanser di peringkat awal.

Tanpa berlengah, ai terus daftar 10km kategori wanita. Terpengaruh dek hadiah lumayan.

1st prize rm1000
2nd prize rm500
3rd prize rm200
4-10th prize rm50

Lumayan tak hadiahnya?

Tapi bak kata pepatah, langit tak selalu cerah...

Tiba-tiba 2 hari nak berlari, demam seram sejuk badan ni. Gagahkan diri juga la pergi hospital semula (sebab daftar di pusat b-care hospital Segamat) down grade kategori fun run 3km. Lagipun nak tukar t shirt size L. Bajet badan standard anak dara, ambil size M tempohari.

Dengan harapan, tak la pancit di tengah jalan dan disapu oleh ambulan.

So, hari dinanti-nanti pun tiba. Sembuh pula demam seram sejuk badan ni. Berlari

Berlari lah kakiku gagah berlari. Semangat membara, sampai opismate pun daku tinggalkan. Nak test power lah katakan.

Bila lari punya lari, tak nampak bayang member tadi. Takkan dah pancit kot. Teruskan juga larian, dengan harapan dapat la top 10.

Sampai di garisan penamat, member dah rilex jer tunggu ai kat situ.

Rupa-rupanya, ai sudah salah trek bersama-sama lebih kurang 10 peserta fun run yang lain. Sadis tak? Fuh...waktu tu rasa menyirap lah juga hati ni... Mana taknya, member yang ai tinggalkan dibelakang, dapat top 10...

Tak mengapa lah, itu namanya bukan rezeki. Ai faham, anjuran pertama kali, sememangnya akan ada banyak kekurangan. Adat la kata orang.

Rasanya macam dah jauh sangat larian sesat tu. Tak puas hati, ai ajak huby ukur jauh ai berlari. Rupa-rupanya baru 4.6km ai berlari terpaksa. Hahaha...

Kira ok lah kan, kalau tak mana tau mampu berlari sejauh itu setelah lebih berbelas tahun tak berlari sejauh tu...

Dan hadiahya, sakit otot peha hampir seminggu. Itu tandanya dah terlalu lama tak berjogging.

Jadi, kesimpulannya jaga kesihatan. Jadi sihat, hati pun senang. Jangan gemuk sangat, dan jangan kurus sangat. Yang sedang-sedang saja macam ai (perasan) dengan BMI 23.3. Tak berapa selamat dah tu. Kena sentiasa monitor berat badan supaya tak terlajak. Nak naik berat badan, senang saje. Nak turun berat badan, aloha betullah....

No comments:

Post a Comment