Akak Ipar Ai Yang Single Tu, Makin Cun!

7.10.14
Assalamualaikum.

Entri kali ni, tajuk memang macam lain macam. 
Iye lah, dah dekat 8 tahun tak update entri.
(nak menunjukkan betapa terlampau lamanya ai tak update entri kat blog selaku diari maya ai ni. hahaha)

Tak tahulah kenapa berat sangat jari jemariku yang lembut ini untuk menaip dan sekaligus membuat entri setiap hari.
Tapi bila terbaca entri sentap seorang Master sideline a.k.a sifu tempelan (Belasah je ayat ni, janji faham) macam kena tampar aje pipi ai yang sekarang dah gebu ni. Perasan serta yakin diri.
Ceritanya bagaimana seorang yang benar-benar berjaya dalam hidup tu, ada sesuatu yang betul-betul diKORBANkan.
Siap FONT besar untuk nak tekankan pada diri ai sendiri khususnya dan pada pembaca semua amnya betapa pentingnya sebuah atau beberapa buah pengorbanan dalam hidup kita.

Ihsan Mr Google - Masa itu berharga

Bersempena Hari Raya Korban ini, ai menghijrahkan diri ai untuk mengorbankan tidur yang dulu 7 jam kepada 3-4jam sahaja untuk update entri setiap minggu 5x.
Untuk berkongsi rahsia yang ai rasa dapat memberi manfaat untuk insan lain.
  • Paling tidak pun, mudah-mudahan beberapa entri ai dapat beri inspirasi pada insan lain.
  • mudah-mudahan entri ai dapat menyelesaikan masalah insan lain.
  • Mudah-mudahan entri ai dapat memberikan senyuman dibibir insan lain.
  • Lagi bagus, setiap entri ai dapat beri input berguna pada setiap pembaca.
Doakan impian ai yang satu dulu ni tercapai tau untuk tahun 2014 yang lagi 2 bulan bersisa.
Congak sikit, 5 entri x 4 minggu x 2 bulan, by end of this year ai dah tambah 40 entri. amin.
Ada lagi 100 impian dah list, pending approval dari Nya sahaja. Amin.

Ok lah, panjang mukadimah.
Sebenarnya baru nak masuk tajuk kat atas tu.
Dah lama dah tak menaip, jadi memang melalut sikit.
Tapi takpe, since ada rangka karangan sebijik macam tulis karangan masa sekolah menengah dulu-dulu.
Di tambah pula back up supporter dari MFMS blogger telegram group. Jalan ceritanya lagi mudah.
Bagus kan my sifu, thank you to both of them, then the rest depend on me. Nak buat atau tak nak kan.
So, ai terus masuk topik yang akan diceritakan.

Ihsan Mariafirdaus.com - My idol Master Maria and Firdaus

Sebenarnya akak ipar ai ni dah lama cuba suplemen untuk dirinya.
Nak tahu tak, mula-mula sebelum kenal Shaklee, ai memang jaga kesihatan makan suplemen juga tau.
Tapi masa tu tak fikir natural atau sintetik. Janji suplemen.
Tiada bezanya pada firasat ai yang pada masa tu rasanya dah terrorlah sangat pengetahuan tentang suplemen. (Padahal tak bagus mana pun)
Rasa syukur sebab dah ada kesedaran makan suplemen berbanding ada sesetengah orang yang langsung tak percaya pada suplemen. Syukur Allah gerakkan hati ai untuk menjaga kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga.

Jadi, nak dijadikan cerita, ai ada makan suplemen xyz vitamin C 1000mg beli kat farmasi.
Nak beli online rugi kena bayar pos.(value for money a.k.a kedekut masa tu) masa tu kan tengah hot kat fb tentang vit c 1000mg yang boleh buat kulit kita gebu gebas tak agak-agak tu... 
Jadi, teragak jugalah nak gebu. Siapa tak nak cantik untuk huby kan.

Ihsan Mr Google - Vit C yang terkandung dalam setiap buah-buahan

Pendekkan cerita, ai makan dan jadi bertenaga dan hasilnya tidak mengecewakan.
Agak berkesanlah kira-kiranya. 
Jadi, akak ai pun ada cerita dia kerap demam, selsema dan cepat letih je di tempat kerja.
Siapa tak susah hati bila akak ipar saya yang masih single tu (promote nampak..hihihi) selalu kena ambil MC tetiap bulan.
Kerja terjejas, prestasi terjejas, emosi pun terjejas tau...
Jadi ai perkenalkan vitamin c yang ai makan pada masa tu.
Akak pun makan, tapi selang beberapa lama ai tanya akak lagi, ok ke ambil vitamin c tu.
Akak maklumkan pada ai, dari segi kecergasan badan, amat memberangsangkan.
Dah cergas, kulit pun cantik. Tapi satu je masalahnya, maaf cakap ya, akak ipar ai mengalami sembelit.

Jadi, dia kata tak dapat nak teruskan pengambilan vitamin c tersebut. Ai pun agak terkilan juga.
Tak dapat nak bantu selesaikan masalah akak ipar ai sepenuhnya.
Habis cerita disitu.
Kemudian, sejak ai mengenali shaklee. 
Selama ai makan sendiri. Ai cuma cerita gitu-gitu aje kat akak ipar.

Sampai satu hari, akak pun berminat nak try Vitamin C, GLA & Vitamin E.
Tapi sebelum tu, ai tanya dulu apa masalah sebenar akak ipar ai ni. 
Untuk senang faham, ai list problem and solution nya seperti dibawah ni :

Vita-C 500mg Shaklee : Perbaiki sistem imun badan
GLA Complex Shaklee : Perbaiki masalah senggugut
Vitamin E Complex Shaklee : Perbaiki masalah kulit kering & jeragat

Pejam celik, pejam celik, 4 minggu berlalu.
Sempena raya haji ni, ai dan huby berkesempatan untuk balik kampung. 
Ai pun ambil peluang tanya akak ipar apa perubahan lepas ambil 3 suplemen tempoh hari.
"Alhamdulillah ai, kulit dah semakin cerah berbanding sebelum ni, bintik hitam dan jeragat pun dah takde."

Wah, seronoknya dengar. Ada lagi komennya, katanya...
"Kat tempat kerja, dulu kulit kering aje sebab air-cond kuat, sekarang kulit tangan dan muka dah lembab je."

Kemudian, ai tanya, 
"akak ada tak buat masker vit e tu? Ramai member ai buat masker, muka jadi lembut aje."

Akak jawab :
"Takde ai, dah makan aje pun kulit dah jadi lembab dan best. Tak sapu pun takpe."
Ai yang mendengarnya pun dah teruja. Apatah lagi tuan badan. Kannn. 
Sebenarnya ai belum cuba lagi vit e ni. 
Sebab ai amalkan minum ESP, itu pun hasilnya kulit lembab dan cergas, senang kata superb lah! 
Kalau ai tambah ambil vit e, agak-agak ai, huby mesti tak nak lepas keluar bilik pulak. hihihi cencored. 
Alah, gurau pun tak boleh....
Dari kiri - Radhi (anak ai), Aleya (anak kak roha), Kak Ina, Auni (anak kak roha)

Syukur perkongsian ai buat kali kedua dengan akak ipar ai ini dapat buatkan akak ipar ai gembira dan dapat selesai masalah dia.
Semoga kak ina semakin ceria dan bahagia dan ditemukan jodoh dengan insan soleh serta hensem secepat mungkin. amin. 
Tak agak-agak doa adik ipar dia ni kan.
Kalau kak ina baca entri ai ni, mesti kena gelak dengan dia agaknya.
Suka-suki promote akak ipar dia. Hihihi.
Kan ai dah kata, ai nak berkongsi kebaikan dan kebahagiaan dengan insan lain.

So, by now i am happy.

"Believe i am special, then i am really the special one"
To be continue...

Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.