Nasihat kepada mangsa banjir

30.12.14

Assalamualaikum
Semoga pembaca blog aai sihat sejahtera.

Tabahkanlah hati sekiranya kita salah seorang yang terlibat dalam musibah banjir besar baru-baru ni.

Di bawah ada tips yang membantu mangsa banjir untuk mengurangkan kerugian atas pekakas elektrik rumah seperti kipas angin, tv, peti sejuk,mesin basuh.

Ini adalah dari pengalaman salah seorang mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG SHARE POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu. Insha Allah.

Read more ...

Cara Install InstaMag

23.12.14

Assalamualaikum.

Alkisah, ai baru mencuba apps baru ai jumpa di play store telefon bimbit ai.

Agak menarik, jika kita boleh edit gambar seperti pakar.

Sebelum jadi pakar, kena rasa macam pakar. Betul kan?

Jadi, nama apps yang ai jumpa di google ni adalah InstaMag.

Tak tahu nak install?

Ok, sila ikut step di bawah :

1) Buka 'Play Store' di telefon bimbit anda.

2) Kemudian di ruang yang ada gambar kanta, taip perkataan ' InstaMag '.

3) Bila keluar perkataan 'InstaMag', klik pada button 'Install'.

4) Selesai. Dah boleh open dan boleh edit gambar anda macan pro.

Tapi kena ingat ya, apps ni tak boleh install di hp nokia 3310. Hehehe. Gurau aje.
Kalau tak boleh gurau, sila duduk surau.

Ok, Selamat mencuba!

Read more ...

55 sunnah wajib buat tanda cinta kita pada Rasulullah

18.12.14

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dar dunia dan segala isinya....

Sebarkan...supaya lebih ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Semoga bermanfaat buat para pembaca semua.

Salam sayang,
Ummi ai

Read more ...

Tak Bahagia? Ini penawarnya...

8.12.14
Dulu ai fikir, bila banyak duit… maka ai akan happy.

Tapi ai jauh tersasar.
Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.
Kerana emosi kita menentukan tindakan kita.
Tindakan kita masa kita happy, tak sama tindakan kita masa kita murung.
Persoalannya? bagaimana nak happy?
Jawapannya… ada disebut dalam quran berkali-kali.
Jawapannya, adalah dengan bersyukur.

Bersyukur sebanyak-banyaknya.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang ada sekarang.
Sebagai contoh :
  • Kita syukur yang anda masih ada tangan (sedangkan ramai orang tiada tangan)
  • Kita syukur yang anda melihat (sedangkan ramai orang buta)
  • Kita syukur yang anda masih ada gaji (ada orang terus hilang punca rezeki)
  • Bila kita appreciate apa yang kita ada, kita akan lupa pada apa yang kita tiada.
  • Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu tiada ini.
  • Sedangkan sebenarnya kita sudah ada banyak benda yang Allah dah beri, tapi kita tak sedari.
Percayalah,

Lepas bersyukur, anda akan happy.

Dan bila sudah happy, tindakan anda akan berlipat kali ganda lebih mampat.
Dan bermula di situlah, duit akan datang dengan lebih cepat.
Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka anda.
Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada customer.
Jangan pandang rendah pada ayat
"Don't Worry, Be Happy!"
Kredit to Faisal atas perkongsian santai ini.

Tetapi perasan tak, kadang kala kita rasa duit dah banyak dah.
Tapi hati masih tak tenang.

Hidup tetap sibuk, sibuk untuk dunia saja, akhiratnya entah ke mana.

Perlu tak kita seimbangkan dunia dan akhirat?

Ya, ai rasa perlu dan wajib.

Sebab dunia ini adalah jambatan akhirat.

Ramai yang berkejar-kejar akan dunia, tapi mengabaikan amalan untuk akhirat,
sedangkan hari akhirat itu yang eternal, iaitu kekal untuk selama-lamanya.

Jadi, apa kata cuba baca e-book di bawah bagi yang nak rasa banyak duit tapi hati tenang.

Manfaatkanlah ebook percuma ini kerana ketenangan yang Allah berikan untuk ai,
apabila ditemukan dengan ebook ini.

Ianya pencetus kepada diri ai tentang keseimbangan antara kerjaya dan keluarga.

Ianya pencetus kepada diri ai tentang keseimbangan antara dunia dan akhirat.

Selamat membaca! Sekiranya ada kemusykilan, sila whatsapp ai tau. Jangan segan bertanya.

Sila klik SINI.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.


Read more ...

Nothing special about SHAKLEE, until I discover this!

26.11.14
Assalamualaikum

Terima kasih pembaca blog happylife-mama.blogspot.com kerana sudi menjengah ke blog ini.

Di doakan semoga anda semua dikurniakan rezeki sebanyak rahmat Allah ke atas segala makhluk Nya di bumi ini.

Sumber : Mariafirdaus.blogspot.com - Lebih 50 tahun bertapak di dunia. Ai belum lahir lagi!


Apa komen anda bila lihat logo di atas ini?
  • Ada yang mencebik.
  • Ada yang bangga.
  • Ada yang tak kisah, tak ambil 'port' pun.

Walau apa pun komen mereka. Pokok pangkalnya begini.
"Tak kenal, maka tak cinta"
Anda setuju?

Pada pandangan peribadi ai, SAYA 200% setuju.

Kerana ai dah mula kenal shaklee sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Puas pakcik buat demo kat mak dan abah untuk join jadi ahli.

Tapi kalau hati tak kenal, dan belum terbuka hati untuk kenal, kita tak akan ikhlas untuk ambil tahu.

Setiap tahun ai akan nampak di mana-mana logo shaklee ni.

Tapi perasaan pada masa itu, biasa-biasa aje.

Tapi tak pernah tergerak pun nak beli.

Fikir ai, ala kan ada suplemen kat farmasi, watson atau guardian.

Nothing special about shaklee pada masa itu.

Pada ai, Shaklee sama saja dengan lain-lain produk kesihatan MLM.

Pada masa sebelum ai jatuh cinta dan kahwin dengan shaklee pada 2013, ai tak ambil tahu dan tak prihatin tentang suplemen semulajadi atau sintetik.

Sama saja rasanya semua jenama.

Bertahun-tahun berlalu, ai habis belajar di sekolah menengah, sambung study di UTM, bekerja dan dan berkahwin.

Waktu mengandungkan anak ke 3, baru Allah ketuk pintu hati ai untuk mencuba produk Shaklee.

Tak fikir pun semulajadi atau tidak.

Beli dan rasai kehebatan vitalea dan b-complex, syukur Alhamdulillah ai cergas macam mengandung anak sulung dengan izin Allah SWT. Baca entri ai tentang pengalaman mengandung dengan set mengandung shaklee di SINI.

Sumber : sinergisihat.blogspot.com - Shaklee beza memang berbeza, testimoni diri sendiri.

Tetapi ada satu perkara lagi yang membuatkan shaklee beza memang berbeza (pinjam tagline orang!) adalah setelah ai terjebak untuk membaca ebook percuma dari fb faeza seri (my mummy shaklee)

Memang macam kena pukau, bacalah.... bacalah... ebook tu memanggil ai untuk membacanya.

dan akhirnya ai jatuh cinta dengan shaklee sebab:

  • ai dapat tambah nilai hidup orang lain. 
  • ai dapat tambah duit poket ai.
  • ai dapat tambah sihat diri ai dan kesihatan famili.
  • ai dapat gembira.
  • ai dapat buat insan tersayang gembira.

Jadi,

Ai berikan link ebook tersebut di bawah, tapi janji baca sampai habis baru anda beri ulasannya di 'comment box' di penghujung entri ini tau.

Tetapi ada sedikit nasihat buat bakal pembaca ebook tersebut,

Amaran pertama! 
Bagi yang selesa dengan kehidupan sekarang dapat BRiM 1st batch hingga sekarang, sila jangan BACA!

Amaran kedua! 
JANGAN baca bagi anda yang selesa sangat dengan kehidupan pergi dan balik kerja 1-2jam habiskan umur di atas jalanraya (tak termasuk terperangkap dalam kesesakan lalulintas).

Amaran ketiga! 
  • JANGAN baca jika suka hidup biasa-biasa sahaja. 
  • Yang rasa cukuplah dengan apa yang ada sekarang. 
  • Cukuplah sangat, kalau minyak subsidi dimansuhkan, bercerita dari pagi semalam sampai pagi esok, masih tak henti-henti menyalahkan kerajaan zalim tentangnya.
Okay, sila download dan baca ebook di SINI. Selamat membaca!



"Believe you are special, then you are really the special one"

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)



Jika anda suka dengan posting ini, dan bermanfaat untuk insan lain, mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ilmu baru dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

4 MODEL MANUSIA. Adakah anda model? Anda yang mana satu?

24.11.14
Salam ceria buat pembaca blog wonderful ummi 3R.

Hari ini ai nak berkongsi tentang 4 jenis manusia dalam dunia ini.

Catatan ini ai dapat dari group whatsapp jutawan beriman a.k.a group empayar MFMS. Group yang sangat-sangat superb best! 

Tak kenal maka tak cinta. Kan.

Sumber : Blogaisyah.com 
Impian ai untuk menjadi Master Coordinator 2017. 
Doakan ya. Amin.

Siapa yang nak sangat tau apa yang best sangat group tu, meh PM ai yer. 

Kita sembang-sembang macam mana nak jadi jutawan dunia dan akhirat.

Teringat kata-kata salah seorang mentor ai,
"Letakkan dunia di TANGAN kita,
  namun letakkan AKHIRAT di hati kita."
Jadi, mari kita audit diri kita.
Di mana kedudukan kita di sisi Nya.
Rehatkan minda, lupakan sekejap audit kat pejabat tu.
Letak tepi dulu segala audit ISO, SOP dan segala yang sewaktu dengannya.

Tarik nafas dalam-dalam dari hidung, lepaskan perlahan-lahan dari mulut sambil berzikir.
Ketenangan akan datang sambil baca catatan di bawah.

Apabila kita perhatikan manusia, kita akan menemukan 4 model ini:

1. Orang yang taat dan hidupnya bahagia.

2. Orang yang taat tapi hidupnya susah.

3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia.

4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara.

Bila anda berada pada nombor satu, itu hal biasa, karena Allah berfirman:

«مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ»
"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". (An Nahl: 97)

Bila anda berada pada nombor 4, ini juga hal biasa. 
Karena Allah mengatakan:

«وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى»
"Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Thaha: 124)

Adapun bila anda berada pada nombor 2, ini barangkali ada dua kemungkinan:
- Boleh jadi Allah mencintaimu dan Dia ingin menguji kesabaranmu, kemudian mengangkat derajatmu. 

Seperti firman Allah:

«وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَ بَشِّرِ الصَّابِرِينَ »
"Dan sunnguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al Baqarah: 155)

- Boleh jadi juga di dalam ketaatan anda ada celah dan dosa yang tidak anda sadari hingga anda terus menunda-nunda untuk bertaubat. 
Untuk itu Allah menguji anda supaya anda kembali kepada-Nya. 

Allah berfirman:

«وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ»
" Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)". (As Sajdah: 21)

Namun bila anda berada pada nombor 3, berhati-hatilah! 
Kerena barangkali itu adalah istidraj.

Ini adalah posisi yang paling hina dihadapi oleh seorang manusia dan akibatnya sangat mengerikan. 
Azab dari Allah pasti datang jika anda tidak mengambil pelajaran dan taubat sebelum nasi berubah menjadi kerak.

Allah berfirman:

«فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ»
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa". (Al An'am: 44)

Sumber : travelogempayarjiwa.blogspot.com - Manisnya mencintaiNya.

Allah berfirman:
(وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين)
"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman". (Adz Dzariyat: 55)
والله أعلم....


Dapat pilih, kita ni model nombor berapa?

Semoga kita dapat meningkatkan tahap amalan kita semoga lebih  baik daripada semalam.

Selamat beramal. 

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

Terbongkarnya Rahsia Menjemput Rezeki

20.11.14
Sumber : google - yakin dari hati.

Assalamualaikum.

Didoakan semoga pembaca blog happylife-mama.blogspot.com sihat dalam kegembiraan dan dilimpahkan rezeki sebanyak titisan hujan dari zaman Nabi Adam sehingga sekarang.

Alhamdulillah semalam ai ada dapat whatsapp dari group secret. Secretnya. Group apa tu? Group puak kaya dan berjaya. Itu lah dia. Group MFMS. Nama panjangnya Maria Firdaus Milionaire in Shaklee.

Group ini juga yang membantu mendidik sahsiah diri ai menjadi lebih baik dan lebih sihat sehingga sekarang  ini.

Alhamdulillah.

Catatan di bawah adalah antara peringatan dan nasihat yang perlu ai sampaikan kepada pembaca semua. semoga usaha ai yang sedikit ini dapat membantu ai konsisten dalam beramal baik. Insya-Allah.

Semoga input yang dapat diambil manfaatnya, dapat diamalkan sebaik-baiknya.

Tak dapat buat semua, dapat buat satu pun dah cukup baik sebagai permulaan. Kan.

Amin.

Dalam whatsapp tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau telah menghadiri SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Sumber : Google - Ai juga memiliki buku ini. Superb Best!

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH..

Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.Formula yang saya dapat:

1. Networking pertama adalah DHUHA.
  • Jika kita selalu buat 2 Rakaat..
  • Sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
  • Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. 
  • Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.
  • Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. 
  • Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. Tahajjud.
  • Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. 
  • Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. 
  • Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
Sumber : alquranmania.blogspot.com - Janji baca al-Quran setiap hari.

3.Membaca Al-Quran.
  • Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..
  • Sebaliknya mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat. 
  • Ini kerana apabila kita melakukan ini..
  • Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. 
  • Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir.
  • Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. 
  • Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. 
  • Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah.
  • Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. 
  • Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. 
  • Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
  • Tapi biasanya orang perempuan ni yang kerap telefon mak. Kan.

6. Bersilaturrahim.
  • Janganlah kita memecahkan silaturrahim. 
  • Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah.
  • Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn. Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa.
  • Ai pernah alami keajaiban sedekah. Pada tahun 2012, sebaik sahaja ai mendermakan hanya RM50 ke rumah anak yatim, pada bulan itu juga, bos naikkan gaji RM300. Betapa Allah pulangkan 60x ganda dari apa yang ai dermakan.
  • Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 
  • 1 kali memberi..Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.
Sumber : Google - Allah sandaran utama dalam hidup.

Contoh yang dia beri semalam..

Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000.. 10% daripada RM5000 yang kita inginkan..

RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah.

Seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000.
Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..

seorang kawan pergi outstation 7 hari.
Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..
bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH.
Dia sedekah 3 tempat anak yatim.
Nak dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..
Iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH.

8.Solatlah di awal waktu.
  • Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. 
  • Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
  • Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH.

  • Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.
  • Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? 
  • Tapi Pn. Rina kata ..tawakal dulu baru usaha..
  • Minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari:

Surah Yaasin- Setiap solat fardhu

Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha

Surah Ar-Rahman- Waktu Asar

Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
  • Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. 
  • Sebab penyakit bermula dari kaki. 
  • Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER.
  • Tapi dia tak. 
  • Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. 
  • Mak dia jarang minum air.
  • Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. 
  • Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...
BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH.
SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL QURAN dan AS-SUNNAH.

SubhanaAllah...
begitu mudahnya kita untuk menjemput rezeki.
Kesimpulannya, Point yang ai dapat sangat mudah. 

Cuba ingat ini :
---- Buat yang Allah suka, tinggalkan yang Allah tak suka----

InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan kita, diringankan beban hutang kelak, serta sentiasa mendapat ketenangan yang nyata.

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

Ada Apa Dengan 3 Budak India VS 3 Budak Tahfiz

18.11.14
Assalamualaikum,

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog happylife-mama.blogspot.com.

Semoga anda semua sihat. Di pelihara kesihatan dan dipermudahkan segala urusan.

Catatan ai hari ini adalah pengajaran daripada pengalaman ai sendiri berlaku petang semalam.

Bila baca tajuk, mesti anda tertanya-tanya ada apa dengan 3 orang budak india dengan 3 orang budak tahfiz ni kan.

Kisahnya bermula apabila ai tak check auto lock pintu kereta ai seperti biasa ai lakukan sebelum naik ke pejabat ai di tingkat 2. 

Tiba-tiba lebih kurang pada pukul 3 petang, ai dapat call daripada rakan sepejabat menyatakan ada masalah sedikit berkaitan dengan kereta ai.

Bila ai turun ke kereta, terdapat 3 orang pelajar tahfiz bersama seorang rakan sepejabat berdiri disamping kereta ai.

"Ye, kenapa ya Encik Din?" Tanya ai.

"Pelajar tahfiz ni nampak 3 orang budak india agak mencurigakan tingkah lakunya dengan kereta siti, kebetulan anak-anak tahfiz ni nampak dan diaorang tanyakan dengan En. Din tentang kereta Siti ni" Terangnya dengan serius.

"Macam mana kejadiannya dik?" Tanya ai pada 3 orang pelajar tahfiz tersebut.

Sumber : al-affan.blogspot.com - pelajar tahfiz (gambar hiasan)

"Kami nampak ketika kami nak makan dekat cafe Tahfiz. Seorang budak india masuk dalam kereta, seorang lagi tunggu di luar kereta dan lagi seorang tunggu jauh sikit dari kereta. Dan waktu kami nak menuju ke kereta ini, mereka semua lari." Jelas salah seorang pelajar tahfiz itu dengan tenang.

Ai agak pelik juga, sebab sebelum naik ke pejabat, ai yakin memang ai kunci autolock 2 kali. Rupa-rupanya kunci pintu sebelah pemandu dah tak berfungsi dengan baik.

Sebab, bila ai unlock dan lock semula, kunci pintu tersebut memang tak nak mengunci dirinya. Boleh guna ayat tu? Janji sampai maksudnya. Kan. 

Jadi, sah silap ai tak check dengan sempurna kereta ai.

Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa barang yang hilang. Sedangkan di tempat duit syiling ai ada letakkan duit lebihan lunch tadi lebih kurang RM12++.

Kerana syukur yang teramat, ai hadiahkan duit baki lunch ai tadi pada ketiga-tiga pelajar tahfiz tadi.

Walaupun mereka menolak bersungguh-sungguh. Ai juga mengadiahkannya bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga kepada mereka bertiga.

Pada hemat ai, sepatutnya duit tersebut dah berada di tangan 3 orang budak india tu. Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Jadi, sudah semestinya duit ai yang ada dalam kereta pada waktu itu adalah menjadi milik pelajar-pelajar tahfiz tersebut.

Sempat juga lah berkenalan dengan mereka. Mereka masing-masing dari Pahang, Batu Pahat dan Muar dan berusia 14 tahun.

Mulianya hati mereka. Semulia hati ibubapa mereka menghantar anak-anak mereka untuk menjadi bekalan mereka di ahkirat kelak. Dan seperkara lagi, pelajar-pelajar tersebut adalah anak didik Akademi Tahfiz Al-Affan di Segamat, Johor. Berdekatan dengan pejabat di mana ai bekerja.

Amacam?

Termenung seketika ai dengan kisah yang berlaku sebentar tadi sambil mencungkil pengajaran disebalik kejadian ini.

Banyak yang ai boleh kaitkan. Antaranya :

  • Allah hantarkan 3 orang budak india, supaya ai beringat musibah boleh berlaku di mana-mana sahaja dengan sedikit kecuaian ai sendiri. Budak india tu tak salah, sebaliknya ai yang bersalah kerana membuka peluang untuk mereka. Betul tak?
  • Allah hantarkan 3 orang pelajar tahfiz untuk ai ambil iktibar, anak-anak tahfiz suci bersih dan luhur hatinya. Membuatkan ai berniat untuk menjadikan anak-anak ai pelajar tahfiz juga suatu masa nanti.
  • Allah memberi peringatan pada ai, dan ai pun terdetik di dalam hati. ai, bulan ni kau belum bersedekah lagi tau. Jangan buat-buat lupa pulak. Dan itu menjadi rutin ai setiap bulan dengan memberi sedikit sumbangan di tabung pelajar tahfiz di pejabat Dun di bawah pejabat di mana ai bekerja.

Dan jangan salah faham ya. Niat ai untuk menceritakan perkara ini bukan untuk meraih pujian, jauh sekali sanjungan. Apalah sangat dengan nilai sumbangan yang tak seberapa tu kan.

Tapi, matlamat ai adalah untuk menjelaskan pada anda bahawa betul kata guru ai, Hj. Dr. Azizan Osman, katanya :

"Untuk bersedekah, kita perlu paksa diri kita untuk ikhlas bersedekah. Bukan tunggu ikhlas baru nak bersedekah"

Mendalam maksudnya tu. Faham? Okey lah, ai bagi contoh mudah.

Pesannya lagi, untuk menguji ikhlas kah kita dalam bersedekah, cuba kita keluarkan duit paling besar dalam wallet untuk disedekahkan di tabung masjid apabila singgah untuk bersolat di masjid.
Kalau waktu tu, duit paling besar RM100, sedekahlah RM100.
Kalau waktu tu, duit paling besar RM50, sedekahlah RM50.
Ada berani?
Kalau masih ragu-ragu dan berbelah bagi, maknanya masih belum berapa ikhlas niat kita bersedekah.
Ini bukan ai yang cakap, ini guru ai yang pesan. 
Jadi, apa kita perlu buat?
Sila paksa diri kita untuk bersedekah.
Lama-kelamaan ianya akan sebati dengan jiwa kita.
Jangan takut miskin, sebab Allah dah sebut dalam Al-quran,

Surah An Nisaa'> Ayat 114
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar."
Jadi, pengajarannya sangat besar buat diri ai supaya menjadi insan yang lebih teliti dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, pasti ai ingat sampai bila-bila kisah 3 orang budak india dan 3 orang pelajar Tahfiz.

Kerana 3 orang pelajar Akademi Tahfiz Al-Affan yang berhati mulia sudi membantu ai, ai pun tergerak untuk menulis tentang mereka supaya ramai insan lain di luar sana dapat mengambil iktibar dan pengajarannya.
Maka dengan ini, ai ingin menyeru kepada pembaca blog happylife-mama.blogspot.com yang nak berjinak-jinak untuk menderma, marilah sama-sama kita menderma ke Akademi Tahfiz Al-Affan.

Murahkanlah hati anda untuk membuat pelaburan saham akhirat.

Pihak pengurusan akademik amat mengalu-alukan anda yang budiman untuk menderma di akaun seperti di bawah :

NO. AKAUN : 0107-8010-0212-05 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

NAMA AKAUN : AKADEMI TAHFIZ AL-AFFAN

EMEL : tahfizaffan@gmail.com

ALAMAT : No. 9, Tingkat 2, Wisma PPNJ, Jalan Putra 1/2, Bandar Putra IOI, 86000 Segamat, Johor.

http://al-affan.blogspot.com/

Sumbangan anda amat bernilai ertinya.

Read more ...

Rahsia dan terapi warna dalam SOLAT yang kita tak ketahui

16.11.14
Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang sentiasa menjengok ke blog happylife-mama.blogspot.com ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, diberi kebahagiaan hidup kepada kita semua di dunia dan di akhirat.

Kali ini ai nak sampaikan rahsia solat 5 waktu. Sebenarnya info ni, ai dapat dari group whatsapp.

Jadi, untuk memastikan ai sentiasa dapat merujuknya, ai abadikan di blog ai untuk diri ai sendiri dan juga pembaca blog ai juga.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu yang sedikit ini.

Jom, kita tengok rahsianya.
Sumber : google

Waktu Subuh

  • Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
  • Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
  • Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
  • Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. 
  • Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
  • Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. 
  • Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. 
  • Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Sumber : google, Solat awal waktu = Superb!

Waktu Zuhur
  • Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. 
  • Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 
  • Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan
  • Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 
  • Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar
  • Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. 
  • Rahsia warna oren ialah kreativiti
  • Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). 
  • Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

  • Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. 
  • Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 
  • Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
  • Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Sumber : Google, solat  adalah terapi minda dan fizikal

Waktu Isyak
  • Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
  • Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. 
  • Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. 
  • Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. 
  • Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
  • Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 
  • Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri. Maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan,dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam, kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
Solat yang kita lakukan setiap hari ada hikmahnya.

Mengapa kita perlu segerakan solat 5 waktu?

Mengapa kita perlu ambil wudhuk?

Mengapa kita perlu berniat?

Dan banyak lagi rahsia solat yang Allah wajibkan untuk kita yang beragama Islam.

Dan jawapannya kita akan perolehi sekiranya kita terus mencari.

Ilmu tak akan datang bergolek. Betul tak?

Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.
Read more ...

Google kenang jasa Mokhtar Dahari aka SuperMokh

16.11.14
Assalamualaikum.

Sumber : En Google

13 November 2014
Pada hari tersebut adalah hari lahir pemain bola sepak tersohor negara kita.
Ai agak bangga sebab Google mengiktiraf kehebatan pemain bola sepak kita suatu masa dahulu.

Bila ai tengok main page google, gambar SuperMokh terpampang dengan bangganya.

Sumber : Google

Sungguhpun ai tak berapa mengenali beliau dan tak berapa meminati sukan bola sepak, namun disebabkan penghargaan Mr Google yang begitu besar sekali terhadap beliau. 
Maka, ai pun terpaksa mengenali beliau.

Sumber : seriusblog


Kenapa beliau digelar SuperMokh?

Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

Beliau meninggal dunia pada usia 38 tahun, sewaktu dirinya berada di kemuncak kecemerlangan perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak negara. Semoga jasanya mengharumkan nama negara dikenang sampai bila-bila. Al-fatihah.

Beliau sememangnya 'legend'.
Read more ...

Senggugut nyah kau dari Sini

12.11.14
Tempohari masa kenduri kesyukuran, ai balik kampung huby sebab buat kendurikat kampung huby.
Mak nak buat kenduri kesyukuran atas 3 orang cucunya yang kiut miut lahir pada tahun 2014.

Dari Kiri : Redza dan Ummi, Husna dan Ummi, Razmi dan ibu

Majlis berjalan dengan lancar walaupun pack betul. Maklumlah ada 2 program dalam 1 hari.

Bahan utama kemuncak majlis : Madu dan Air zamzam

Eja ready to rock the honey and zamzam water.

Eja comot-mot dengan madu.

Actually kita orang bertiga take turn. Disebabkan Redza lahir Januari 2014. Redza mengetuai acara.
Kemudian diikuti oleh Husna lahir pada May 2014.
Seterusnya Razmi, lahir pada Julai 2014.

Kenapa Redza dah nak berlari, baru buat kenduri kesyukuran? Combine. Senang dan jimat dan berkat.
Akikah nanti bulan Januari 2015 pun combine. Jimat juga kan.

Jadi, inilah geng-geng ala upin ipin di kampung bila mereka bertemu.
Tahun ni, yang 3 orang tu belum boleh berlari lagi.
Kita tengok nanti tahun depan yer.
Bertambah lagi 3 orang budak kecik dalam gambar tu.


So, sambuung cerita.
Macam biasa kita orang ipar duai ni pun berborak macam-macam.

So, entri ni ai belanja gambar akak ipar ai yang cun dan masih single lagi tu ya. hahaha.
Tak lupa juga adik ipar ai yang  masih single juga (hehehe) tengah praktikal dan tengah struggle siapkan tesis untuk 1st degree beliau.

Mak ngah dan eja

acu dan eja


Ingat lagi masa balik raya haji baru-baru ni, ai berborak-borak dengan akak ipar ai.
Tentang masalah jeragat dan kulit makin cerah tu.
Ada kat entri ai yang lepas.
Yang nak tahu ceritanya. Klik sini.

Kali ini, entah macam nama boleh cerita tentang period pain kakak iparku ini.
Oh ya, cerita tak cukup tangan nak tolong mak buat persediaan untuk sediakan juadah untuk yasinan perempuan sebelah petang. Malamnya pula, yasinan golongan lelaki pula.

Ok, berbalik kepada cerita tak cukup tangan ni. Akak ipar ai yang sulung ni tegur akak ipar yang no. 2.

Lebih kurang macam ni le dialog mereka.

kak roha :
"kau ni kenapa lembik je aku tengok? Banyak kerja lagi ni. cepat-cepat"
Kak ina :
"e'eh. ni dah kira hebat ni boleh buat kerja. Kalau tak dah melepek je ni tak boleh buat kerja."
Kak roha:
"Dah kenapa?"
Kak ina :
"hari ni, 1st day period. biasa memang melepek, kalau kerja, memang mc je la jawabnya. Tapi ni sejak makan GLA Shaklee beli dengan ai bulan lepas, alhamdulillah boleh juga buat-buat kerja ni."
Syukur sangat GLA membantu menyelesaikan masalah kak ina. Wah, tumpang happy.
Raya haji dah dapat kulit cantik, cerah pulak tu.

Kali ni, senggugut pula dah tak seteruk dulu.
Kerja pun dah tak terganggu asyik nak ambil MC je tiap-tiap bulan macam dulu, senggugut punya pasal kan.
Bukan apa, bahaya kalau kita asyik bergantung dengan pain killer.

Menurut sumber blog Mommy Fayyadh,

Bahanya Painkiller dalam jangkamasa panjang

Penggunaan dalam jangkamasa yang panjang ada kesannya. Penggunaan secara tidak terkawal juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang serius , dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang terutama bagi golongan yang berumur lebih 60 tahun, pesakit darah tinggi, pesakit jantung, yang mempunyai masalah buah pinggang. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.


So, tepuk dada tanya body, nak sihat berkekalan atau sihat sementara.

So, by now i am happy.

"Believe i am special, then i am really the special one"
To be continue...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.
Read more ...

Doktor pun tak ambil ubat. Wajib Baca!

12.11.14
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang mengikuti blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Semoga dengan kekayaan yang Allah kurniakan, anda mampu mengeluarkan zakat yang lebih banyak selepas ini.

Hari ini saya terpanggil untuk tulis entri mengenai tentang doktor. Walaupun saya bukan doktor. 
Tetapi saya ada sedikit kisah nak kongsikan agar kita semua tahu bahawa dalam hidup ini, semua manusia mencari yang namanya KESEMPURNAAN.

Dua hari lepas ai ada bawa anak-anak ke Giant dekat dengan rumah. Niat nak bagi Radhi dan Rais main kat play ground puas-puas bagi diaorang senang tidur.

Rais yang cool.

Sambil tunggu mereka berdua bermain-main, sementara my huby cari barang dalam Giant, ai duduk sebelah kakak yang juga tunggu anaknya bermain-main seorang diri di situ juga.

Radhi yang slumber.

Ai pun menegur beliau dan berbual tentang kerjaya dan anak-anak. Oh, doktor rupanya dan ada sebuah klinik di Bandar Segamat. Dan ai juga pernah pergi klinik beliau. Memandangkan dah dekat setahun tak pergi klinik beliau. Ai pun tak 'cam' raut wajah doktor tu. Seingat ai, kali terakhir ai pergi klinik beliau waktu nak scan Redza buat pertama kali. Masa tu Redza baru 8 weeks.

Ingat juga, semasa scan Rais di klinik doktor tersebut lah, waktu tu Rais berusia 8 bulan dalam kandungan. Doktor tersebut scan baby 'gurl'. Gembira betul. Kononnya dapat sepasanglah kan. Bila dah lahir, it is a boy! Dan masa itu, semua set ai dah sediakan warna PINK. Redha, pakaikan aje warna pink kat baby boy ai. 

Tapi jenuh juga nak menepis soalan orang,
"oh, baby gurl ya? Tahniah."
Ai jawab je,
"Eh tak lah, baby boy!"

Dan semestinya ramai confiused, kenapa ai pakaikan warna pink pada baby boy ai. Well, ignore at all. It just colour, nothing matter about it. Kan.

Dan ai cerita kat doktor tu. 
Dia tersenyum. Dia pula bercerita. Katanya,
"Anak saya 3 orang, 2 boys yang ni girl." 
Sambil tunjuk anak daranya yang sedang bermain-main seorang diri.

Sambungnya lagi,
"Dulu both my kids,saya bersalin ceasar. Then, yang last juga ceasar. You know, anak saya yang 3rd ni pun doktor scan boy tau. Saya scan kat hospital specialist tau. Dan this time pun ceasar juga. So, 3 ajelah dah anak saya."

Owh... Angguk ai. 
"Kenapa doktor ceasar ya?" Tanya ai lagi.

"Sebab yang boys tu, baby besar dan yang last ni uri kat bawah" Katanya.

Ai percaya, ramai ibu yang berhasrat untuk bersalin normal. Sebab mudah jaga dan sihat badan.
Siapa suka doktor belah perut dia kan?

Kesimpulannya, secara peribadi ai berpendapat doktor juga tak dapat elak sesuatu yang mereka tidak inginkan. Walaupun mereka pakar dalam bidang tersebut.

Doktor juga ada yang kena darah tinggi, ada juga yang dapat penyakit kronik.
Sebab apa, sebab mereka juga manusia. Punya keinginan macam manusia lain yang bukan bergelar doktor.

Tetapi tidak semua doktor seperti itu, ai ada terjumpa artikel dr Rushmini Maris yang bertajuk Warkah Dr Rushmini Maris.
Melalui penulisan beliau, bahawa penyakit dalam badan kita dipengaruhi oleh emosi.
Jika emosi kita dapat kawal dengan baik. Seterusnya kita menghasilkan hormon yang baik dan stabil.
Maka baik jugalah segala organ badan kita dan dapat berfungsi dengan baik.

Menurutnya lagi, mengapa ibu bapa, tok nenek kita yang mengidapi penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung bertahun-tahun mengambil pil dari hospital dan klinik? Mengapa mereka harus mengambil ubat-ubatan tersebut sampai mati? Ini serius.

Seingat ai, mak ai sendiri mengambil pil ubat darah tinggi sejak usianya 38 tahun dan kini beliau sudah berusia 60 tahun. Ini bermakna mak ai dah 22 tahun bergantung pada ubat-ubatan sintetik. Yang sebenarnya semakin membuatkan badan jadi lemah dan sentiasa perlukan ubat-ubatan tersebut. Tetapi alhamdulillah suplemen CoQ Health Shaklee memberi kesan positif untuk mak ai. Klik sini untuk baca kisah mak ai.

Sumber google : amalkan pemakanan sihat.

Maaf cakap, ini kenyataan Dr Rushmini sendiri, sebenarnya ubat-ubatan di hospital dan di klinik-klinik Dr Rusmini sendiri, bukan menyembuhkan penyakit. Dan lagi, beliau menulis,
"Apabila saya sendiri mula mendapat tekanan darah tinggi saya mula memahami apakah yang di rasai oleh ibu bapa saya,aruah nenek saya ,pak cik saya serta kesemua para pesakit yang mengambil ubat ubatan sebegini.setiap bulan mereka datang mengambil ubat kerana terpaksa. Ubat ubat itu mengganggu mereka membuat kan mereka menjadi murung ,tertekan, sukar tidur serta mendapat kesan sampingan yang lain."
"Saya bersyukur kerana masalah yang saya hadapi membuka mata saya untuk mendalami dengan lebih mendalam mengenai soal ini. Saya berkunjung ke india bagi mengikuti kursus yang di jalankan oleh seorang doctor terkemuka dunia bernama Thiery hertoge."
"Dr thiery hertoge pernah di hukum di keluarkan pendaftaran sebagai pengamal perubatan lantaran kelantangan nya mengkritik perubatan barat. Beliau berpendapat ubat ubat hanya sekadar menahan sakit,untuk sembuh kita perlu memulihkan sitem hormone dalam tubuh kita. Hanya pemulihan hormone mampu memberi penyembuhan yang sebenar."
"Beliau berkata kalenjar hormone manusia perlu di baiki kerana apabila hormone mati maka seseorang akan menjadi tua. Apabila hormone kita cantik kita akan muda dan bebas penyakit tidak kira berapa pun usia kita, tidak hairan lah beliau yang berusia 70 tahun Nampak seperti baru berusia 30 han."
"Perubatan barat ialah suatu bisnes yang besar .menjual ubat darah tinggi ubat kencing manis ubat stroke ubat jantung dan lain lain merupakan satu bisnes bagi mereka maka tidak mungkin mereka suka kan kaedah lain . Bayangkan jika penduduk dunia semuanya sihat dan sukar mendapat penyakit,bagaimanakah perniagaan mereka ini akan berkembang?" - sumber : http://drrushminimaris.com/

Ai cukup terkejut dengan kenyataan Dr Rushmini. Maka benar, sekiranya ai tidak mula merawat diri sendiri, ai pasti dalam ancaman penyakit-penyakit tersebut. Dan ai berasa selamat kerana ai sudah mula menjaga kesihatan melalui pengambilan makanan kesihatan. Kerana, beliau menulis lagi,
"Selama ini saya tidak percaya tentang pengambilan supliment atau makanan tambahan. Bagi saya ia merupakan satu gimik di mana para pengusaha mahu meraih keuntungan semata mata. Keadaan mula berubah apabila saya faham bahawa dalam tubuh kita ,kita memerlukan nutrisi yang tepat bagi membaiki sel yang rosak. Kalenjar hormone merupakan asas kesihatan seseorang. Apabila kelenjar hormone baik maka seseorang akan sihat dan muda. Kalenjar hormone memastikan sakit kencing manis sakit jantung sakit gout ,arthritis dan lain lain di pulihkan. Kita mesti memulihkan dan membaiki kalenjar ini bagi membolehkan penyakit di sembuhkan."
"Hormone insulin menghalang kencing manis ,hormone adrenal menghalang arthritis ,hormon lain seperti thyroid ,leptin melatonin dan sebagainya mencegah obesity kanser dan pelbagai sakit kronik.Dengan mengambil pemakanan tambahan yang betul segala masalah kesihatan dapat di sembuhkan.Saya mula merawat diri sendiri, ibu bapa serta ahli keluarga saya . Ternyata kaedah rawatan tanpa ubat dan hanya dengan unsur semula jadi seperti mineral unsur surih yang tepat,oksigen dalam bentuk ozone serta hormone memberi hasil yang menakjubkan."
"Ibu bapa saya sembuh sepenuhnya dari darah tinggi, pak cik saya sembuh dari masalah jantung dan mak cik saya kini tiada lagi kencing manis. Saya sendiri bebas dari darah tinggi dan tenaga menjadi meningkat."
"Hal ini sangat menggembirakan saya.apabila kita sihat maka kita tampak muda dan jelita." - sumber : http://drrushminimaris.com/

Jadi, ai dapat kesimpulan di sini, doktor juga merawat diri sendiri. Kes doktor yang ai jumpa di Giant tu, kes tak dapat dielak. Takkan doktor tu nak ceasar diri sendiri kan.

Sunber google : Effect on me! Superb.

Dan sekarang ai cukup jelas dengan apa yang ai lakukan sekarang. Alhamdulillah suplemen vitalea + vitamin C Shaklee membantu ai menjadi superwoman di opis dan di rumah. Tiada istilah mengantok sebelum tiba masa atau melepek tak larat di rumah. 
Semua tugasan di rumah dapat ai selesaikan dengan baik di rumah dengan bantuan anak-anak dan suami yang baik.

Mahalnya 10 lot kedai di tengah-tengah bandar elit , MAHAL lagi kesihatan dalam hidup ai.

Jangan sentap.

Ingat 5 perkara penting yang WAJIB kita amalkan dalam hidup :
  1. Ambil nutrisi yang tepat melalui pengambilan suplemen.
  2. Bersenam ringkas.
  3. Kawal emosi, elakkan marah-marah dan murung. Aura boleh pecah.
  4. Sentiasa berfikiran positif.
  5. Solat 5 waktu pada awal waktu serta solat-solat sunat, zikir dan selawat atas Rasulullah SAW.

Hidup Adalah Pilihan.

Dalam hidup, kita perlu membuat pilihan.

Nak hidup sihat biasa-biasa, atau nak hidup luar biasa sihat.

Kita nak berubah, tetapi kita selalu memberi alasan. 

Kita nak sihat, tetapi kita selalu memberi alasan nanti makan tak sedap.

Nauzubillah.

Saya doakan anda yang membaca blog ini adalah termasuk orang yang mempunyai aura positif. 
Saya doakan kita sama sama belajar untuk mencari jalan penyelesaian dan bukan lagi memberi alasan.

Nak sihat... Kita kena hidup luar biasa sihat.

So, by now i am happy.

"Believe i am special, then i am really the special one"
To be continue...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.
Read more ...