Senarai Kesyukuran Harian

19.12.13

==============
List Of Gratitude
==============

"Apa gunanya ALLAH menyiksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNYA) serta kamu beriman (kepadaNYA)? Dan (ingatlah) ALLAH sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNYA), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)." -Surah An-Nisa’ ayat 147

"Dan (ingatlah ketika tuhan mu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukurnescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) pasti azab-Ku sangat berat." -Surah Ibrahim ayat 14: 7 

"Jangan merungut kerana orang yang bersyukur tidak ada rungutan dan orang yang merungut tidak ada kesyukuran." - Dr Azizan Osman

p/s : Sebagai tanda kesyukuran anda juga, jangan lupa senaraikan juga kesyukuran anda di ruangan komen ya. Tak kiralah apa jenis kesyukuran, dan apa tujuan kesyukuran tersebut. Mulakan ayat dengan 'Saya bersyukur hari ini kerana.....' (sukahati nak berapa patah perkataan)


Contoh syukur yang simple :
Saya bersyukur hari ini kerana saya sihat.
Contoh syukur yang spesifik :
Saya bersyukur hari ini kerana anak saya bangun pagi untuk ke sekolah tanpa menangis pun.

Jom Bersyukur!!
  1. Saya bersyukur hari ini kerana melihat anak mudah bangun pagi
  2. Saya bersyukur hari ini kerana sihat tanpa sakit-sakit badan
  3. Saya bersyukur hari ini kerana bahagia disamping keluarga
  4. Saya bersyukur hari ini kerana dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan Ummi
  5. Saya bersyukur hari ini kerana dapat solat dhuha 4 rakaat
  6. Saya bersyukur hari ini kerana printer yang dah guna 1tahun lebih berfungsi ink dengan baik
  7. Saya bersyukur hari ini kerana dapat masak untu anak-anak dan suami
  8. Saya bersyukur hari ini kerana sihat seluruh badan
  9. Saya bersyukur hari ini kerana suami beri nasihat atas sifat -ve saya yang saya tak sedari
  10. Saya bersyukur hari ini kerana bangun pagi & solat subuh di awal waktu
  11. Saya bersyukur hari ini kerana bangun pagi dengan cergas
  12. Saya bersyukur hari ini kerana dapat melihat ank membesar depan mata
  13. Saya bersyukur hari ini kerana berjaya mengawal marah daripada menguasai diri
  14. Saya bersyukur hari ini kerana dikurniakan suami yang penyayang & setia
  15. Saya bersyukur hari ini kerana anak-anak semakin bijak & pandai berdikari
  16. Saya bersyukur hari ini kerana hati tenang
  17. Saya bersyukur hari ini kerana dimudahkan urusan kehidupan seharian
  18. Saya bersyukur hari ini kerana sihat dalam menghirup udara segar waktu subuh
  19. Saya bersyukur hari ini kerana dikurniakan kesihatan yang berlebih-lebih
  20. Saya bersyukur hari ini kerana dengan kesihatan kurniaan Allah ini membuatkan saya lebih ikhlas & mudah untuk beribadat kepada Allah
  21. Saya bersyukur hari ini kerana dengan segala kecergasan milik Allah yang dikurniakan kepasa saya, saya mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai ummi & isteri dengan berdedikasi.
  22. Saya bersyukur hari ini kerana saya gembira
  23. Saya bersyukur hari ini kerana saya yakin dengan diri sendiri
  24. Saya bersyukur hari ini kerana saya bersemangat
  25. Saya bersyukur hari ini kerana saya bahagia
  26. Saya bersyukur hari ini kerana suami bahagia melihat saya sihat
Chill & cool je tengok kambing ni relax kan??? Heehehe... 
  1. Saya bersyukur hari ini kerana memiliki anak-anak yang comel & sempurna
  2. Saya bersyukur hari ini kerana hidup tenang
  3. Saya bersyukur hari ini kerana dikurniakan kesihatan yang baik sangat
  4. Saya bersyukur hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga beriadah
  5. Saya bersyukur hari ini kerana dapat hari-hari masak untuk keluarga
  6. Saya bersyukur hari ini kerana dapat berdoa sebanyak-banyaknya 
  7. Saya bersyukur hari ini kerana anak-anak makan dengan berselera
  8. Saya bersyukur hari ini kerana dapat anak-anak & suami yang membahagiakan
  9. Saya bersyukur hari ini kerana hidup rukun sekeluarga
  10. Saya bersyukur hari ini kerana dikurniakan keluarga saya & keluarga suami yang sporting
  11. Saya bersyukur hari ini kerana mendapat kasih sayang dua orang mak yan superb!
  12. Saya bersyukur hari ini kerana baby gerak dengan aktif
  13. Saya bersyukur hari ini kerana dapat beribadat dengan mudah
Dah lama tak update senarai kesyukuran saya ni...Jom sambung semula... :)

  1. Saya bersyukur hari ini kerana scan baby sihat sempurna walaupun breech pada usia 36 weeks
  2. Saya bersyukur hari ini kerana saya tak nak tahu jantina baby, tapi doc bgtau juga, my baby was a boy and show me where is the 'bird' took place..ahahaha..
  3. Saya bersyukur hari ini kerana sihat & cergas pada usia kandungan 36 weeks dengan suplemen vitalea + b-complex dengan izin Allah. Alhamdulillah
  4. Saya bersyukur hari ini kerana anak-anak sihat consume vitamin C Shaklee (Happy sangat)
  5. Saya bersyukur hari ini kerana huby juga sihat consume zinc + vitamin c Shaklee (Lagi happy)




No comments:

Post a Comment