Makin Sakit Badan Lepas Makan Suplement

23.11.13


Assalamualaikum...

Ini sesuatu yang mengejutkan mula-mula join Shaklee. 

Aai tanya seorang kawan yang dah try consume produk shaklee (set kesuburan)
"Camne lepas amik GLA & huby amik Zink?" Dengan perasaan penuh semangat nak dengar feedback.
"Aku makan tak sampai sebulan, then aku stop kak. Badan sakit-sakit lar kak. Maybe tak serasi dengan badan kot, kang if teruskan, makin teruk pulak"
Ala, cemane ni..
Tapi jangan lah risau.. sebenarnya itulah namanya healing crisis.
Customer kata makan supplement shaklee ni bukan tambah sihat,makin sakit ada la..aik?biar betul????
ada yang kata baru makan sehari terus demam,ada yang selsema,ada yang muntah,cirit birit,naik ruam,naik jerawat,letih satu badan sampai tak boleh bangun,pening,makcik2 yang sakit lutut tu makan vitamin shaklee bertambah tambah sakitnya sampai tak boleh jalan pun ada...

Ada yang jadi terlebih cergas sampai tak boleh tido...hadooiiii...kes berat ni...

Ada juga yang baru consume 1st day, dah terlebih kenyang. Tak payah makan banyak-banyak...
Tengok testimoni yang terbaru ni...
Tengok kelebihan lain ESP & freegift jika beli. (Klik sini)

Bila kita sakit selepas pengambilan vitamin shaklee, itu tandanya badan kita ada PERUBAHAN POSITIF...
ni bukan bermakna badan kita tak sesuai dengan vitamin shaklee ya...ni dinamakan HEALING CRISIS/KRISIS PENYEMBUHAN..

kalau supplement ni tak sesuai dengan kita, dah sah-sah mesti kita dah terlantar dalam ICU..


--------------------------------
HEALING CRISIS TU APA??
--------------------------------
Healing crisis(hc) ni terjadi di saat tubuh anda sedang membersihkan segala toksin dan kotoran yang sudah lama duduk bersenang lenang dalam tubuh anda...ia bukanlah bermakna tubuh tidak serasi dengan supplement, tapi ia menandakan ada tindak balas yang sedang berlaku di dalam tubuh anda...

Apabila kita ambil makana yang bernutrisi tinggi seperti vitamin shaklee, nutrien ni akan bertindak balas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita berkerja dengan lebih baik dan cergas...tu maknanya tisu2 dan sel2 mula membuang toksin2 tu..

Sebab tu bila first time kita ambil supplement,kita akan rasa tak sedap badan..Namun ini bukan kesan sampingan tau, ia adalah tindak balas yang normal...tak perlu risau dan tak perlu hentikan pengambilan supplement ya...teruskan...aai pun kena crisis healing bila amalkan set hamil dulu. Mujur tak lama, dalam 1 week gitu. Kalau ada healing crisis ni, itu tandanya sistem badan aai mula berkerja untuk menukarkan sel2 lama/mati dengan yang baru dan segar..hehe..takdalah senyap ja kan..ni makan apa supplement pun takda tindak balas positif tak best la...


----------------------------------------------------------
APA NAK BUAT BILA KENA HEALING CRISIS???
----------------------------------------------------------
Cara nak mengatasinya, cuba cara-cara di bawah ni. Moga membantu.


  • Minum air masak banyak2...3-4 litre sehari untuk bantu badan flush out toksin tu cepat2..
  • Relax...bertenang..jangan gelabah..heh
  • Think positive
  • Rehat banyak2,doa pada ALLAH supaya ALLAH mudahkan segalanya...insyaallah healing crisis ni tak ambil masa yang lama..
  • Teruskan pengambilan vitamin,tak perlu berhenti ya..

----------------------------------------------------------
UNTUK KEPASTIAN,RUJUK SITUASI DI BAWAH:
----------------------------------------------------------

  1. Apabila makan supplement rasa nak demam, letih satu badan, pening, loya, cirit dan sebagainya itu bermakna anda sedang mengalami healing crisis,jangan risau,ia akan beransur hilang,teruskan pengambila vitamin dan minum air 3-4litre sehari..
  2. Makan supplement dan 2-3 bulan tapi langsung takda sedikit kesan pun?? Ini maknanya badan anda menghadapi masalah untuk menyerap vitamin oleh sebab2 tertentu...bagitau pada distributor anda supaya mereka boleh membantu anda..
  3. Apabila makan vitamin shaklee, terus naik ruam, gatal, bintik2 yang banyak dan sebagainya bermakna anda mempunyai alahan terhadap vitamin/supplement yang mengandungi herba seperti alfalfa complex..
Ok sekarang dah tau apa nak buat kan...
Lepas ni kalau makan apa-apa suplement pun, tak semestinya produk shaklee aje, produk jenama lain yang berasaskan bahan semulajadi, jika anda menghadapi crisis healing, cuba kaedah kat atas tadi ok.

Jadi...SELAMAT BERSHAKLEE...aai doakan yang terbaik untuk anda semua...insha-Allah...jangan lupa doa pada ALLAH minta Allah bagi keberkatan pada apa yang kita amalkan..

Bila dah dapat kesan seperti mana yang kita harapkan,jangan lupa bersyukur pada ALLAH..jangan lupa pada ALLAH waktu kita senang...bila kita ingat ALLAH tak kira susah atau senang, insha-Allah bila kita dalam kesusahan nanti ,kita takkan perlukan bantuan sesiapa pun sebab ALLAH akan sentiasa bersama kita..

Kat bawah ni pula, aai copy paste dari group. Boleh buat rujukan juga ya.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simtom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi
Oklah. selesai tugas aai share kebaikan dengan insan lain yang aai kenal mahupun tak kenal. Yang tak kenal, jangan lupe add fb aai (klik sini), boleh kita kongsi cerita best-best kan..

Hidup bukankah untuk memberi manfaat untuk insan lain? kan...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

2 comments:

  1. salam perkenalan
    terima kasih atas tip yg menarik ni, boleh digunakan sebagai panduan bila berlaku pada kita atau custemer

    Klik di sini untuk kunjungan balas ke blog saya, terima kasih - www.anakulucheka.com

    ReplyDelete