Bisnes untuk kaya semata-mata atau untuk membantu insan lain?

17.11.13

Beberapa hari yang lepas dalam secret group saya di FB, salah seorang ahli beritahu, ada distributor xxxxx jual Alfalfa dan Zinc kepada sorang customer ni pada harga RM150. Then siap cakap harga dia murah sangat.

Sedangkan harga bagi kedua-dua produk ini :
Alfalfa (L) 700biji = RM97.50 (Nak tahu rahsia kebaikan Alfalfa? Klik sini)
Zinc 120 biji = RM33.75  (Nak tahu rahsia kebaikan Zinc? Klik sini)
Total = RM131.25

Tolak harga RM150 = RM18.75 (Takkan postage semahal ini?)

Ini harga belum tolak special price yang biasa kami sebagai pengedar berikan pada customer.

Saya kasihan pada customer ni, dah banyak x customer ni beli dengan distributor tu. Sampailah dia terjumpa fb page kawan saya ni, then dapat tahu harga yang kawan saya beri ni jauh lebih murah daripada harga sebelum ni dia dapat. Alhamdulillah, kawan saya dapat membantu customer ni dari ter'kena' lagi dengan distributor tu.

Lebih kasihan, apabila kawan saya memberitahu bahawa Alfalfa yang dijual ada 700biji sebotol, customer ini terkejut beruk. Pasti dia dah dikenakan kaw-kaw dengan distributor xxxxx ni...

Bila kawan saya pm harga special pada customer ni, dia lagi terkejut. kenapa murah sangat? tak rugi ker katanya. Customer ni rasa rugi sangat kenapa tak beli dengan dia sebelum ni.

Sampai hati dia mengenakan customer sampai macam tu sekali yer? Apakah niat kita sebenarnya dalam berniaga? Niat nak cepat untung @ nak mengambil kesempatan?

Maybe pada pandangan beliau, "Ala..baru sorang terkena, ramai lagi customer lain aku boleh cari..."

Tapi, sebenarnya seorang customer itulah aset kita paling penting, kerana reputasi & kredibiliti kita sebagai pemilik bisnes melambangkan masa depan bisnes kita. Takkan selamanya kita nak 'kena'kan customer? sampai bila kita nak struggle cari customer baru setiap hari? Bila reputasi dah out, ada lagi ke customer nak recommend kita sebagai distributor yang membantu menyelesaikan masalah dia? Adakah customer akan gembira bila dia terasa dirinya diperdaya? Kalau bukan kerana servis yang bagus, ikhlas dan telus, takkan mampu syarikat seperti SHAKLEE itu sendiri mampu bertahan selama hampir 50 tahun.

Kepada yang nak berbisnes.. buatlah. Tapi jangan sampai ambil kesempatan dari customer yang tak tahu. Ingat, kita buat bisnes sebab nak bantu tambah nilai hidup orang lain. Bukan sebab nak kaya semata-mata. Kita tak nak rezeki yang kita perolehi tu tak berkat. Tanggungjawab kita pasti akan ditanya di padang mahsyar kelak. Tak takut ke? Kerana hari akhirat itu adalah pasti dan itu adalah check point kita yang terakhir dalam perjalanan hidup ini. Apa nak jawab beb?? Jangan main-main...

Kita sebagai pemudah cara, sebagai penyelesai masalah kepada insan yang menghadapi masalah. Kita dijadikan di dunia ini bukan untuk saja-saja hidup tanpa arah tujuan, sebaliknya untuk memberi manfaat kepada insan lain. Betul ke? Kalau tak betul, cuba tanya kepada diri kita sendiri, kenapa Allah cipta diri kita sebagai manusia? Allah takkan mencipta setiap insan malah setiap sesuatu di dunia ni dengan sia-sia.

Jadi, jangan abaikan tanggungjawab yang Allah dah berikan kepada diri kita. Kalau kita tak bantu insan lain, ada harapankah untuk orang lain dengan sengaja Allah nak hantar untuk bantu kita? hukum karma Allah ini terjadi kepada semua insan di dunia ini. Tak percaya juga?

Cuba kita renung perjalanan seorang perompak. Dah penat-penat berjaya rompak bank, dapatkah dia hidup senang lenang bersantai mantai shopping sana sini dengan duit rompakan? Pasti jawapannya tidak. Hidupnya penuh curiga, hidup tak selamat, diburu polis, semua manusia di kelilingnya tak sukakan dia. Siapa suka kawan dengan perompak, sila angkat tangan... Takde seorang pun kan...

Cuba pula kita renungkan perjalanan hidup seorang guru yang mendidik anak bangsa untuk mendapat ilmu. Baik ilmu dunia, mahupun akhirat. Guru yang ikhlas mendidik, menyebar dan mengajar tanpa meminta balasan, pasti dihargai oleh pelajar yang diajar, malah oleh ibubapa dan ramai insan lain. Ke mana saja kita pergi, pasti di hormati tanpa kita minta. Berbeza kan dengan hidup seorang perompak.

Anda paham ke tak paham apa yang saya sampaikan nie, tarik nafas dalam-dalam, renung ke dalam diri kita sendiri. Apakah sumbangan kita kepada insan lain selama kita hidup di dunia ini?? Istighfar lah sentiasa, kerana istighfar itu pemudah cara untuk apa saja kerumitan dalam hidup kita.. Kerana dengan istighfar, menunjukkan kita sentiasa ingat akan Allah yang menghidupkan & mematikan kita.

Tak percaya, cubalah...

Sebagai menghargai anda yang sudi membaca entry aai kali ni, sila download ebook percuma kat bawah ni.
Semoga ebook ini membuka mata dan minda anda untuk menjadi khalifah Allah yang memberi manfaat kepada hidup insan lain. Wallahualam.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira

Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

No comments:

Post a Comment