DETOX SEMULAJADI DENGAN ALFALFA DAN HERBALAX

4.3.14


Petang ni nak share satu produk shaklee yang selalu je OUT OF STOCK kat HQ.
Nak tahu kenapa selalu terjadi kes ini di hq. Teruskan membaca ya.
Jom kita tengok tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan.

Tanda-tanda Toksin Berlebihan
  • Sering letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
  • Sering alami sembelit atau cirit-birit
  • Timbulnya jerawat dan bintik hitam
  • Berat badan naik
  • Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
  • Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
  • Cepat marah dan mudah murung
  • Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi

Simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, anda digalakkan untuk melakukan proses DETOX. 
Selain daripada simptom-simptom di atas, aai juga sarankan kepada sesiapa sahaja yang baru mahu memulakan program pemakanan kesihatan bersama suplemen Shaklee atau mana-mana supplemen, pastikan anda DETOX terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

agak-agak boleh faham ke gambaran kat atas ni?

Apa itu Detox dan Mengapa Detox Penting
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 
Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna. 
Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. 
Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinyaintestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). 
Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. 
Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil
Usus besar boleh menyerap mineral dan air. 
Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 

Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

Dari Manakah Datangnya Benda-benda Toksin Ini?


Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

Detox Secara Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa : Shaklee

Sekarang ni memang banyak betul pilihan produk untuk detox ni. 
Kalau pergi Watson atau mana-mana kedai jual produk kecantikan, berderet-deret segala macam jenis produk dijual untuk detox, sedia duit jer :)

Namun, tahukah anda bahawa kita boleh menjalani detoks secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.


Sayur dan makanan kat atas tu yang men'detox' badan kita, tapi persoalannya terjamin ke ke'organik'an sayur tersebut? Pekebun kita ada pengiktirafan organik kah dari kementerian? Macam pekebun di UK, mereka ada pengiktirafan untuk pekebun organik. Kesedaran mereka terhadap makanan organik begitu tinggi. Pada pendapat aai, Malaysia masih kurang peka terhadap isu ini.. Sebenarnya, makanan organik yang men'detok' badan kita. 
Macam mana nak detox badan, kalau sayur yang kita makan ada racun serangga perosak?
Jadi, langkah mudah, kita makan suplemen organik keluaran Shaklee.
Bersusah payah, Shaklee buat kajian tentang suplemen untuk kita dapat manfaatnya, tinggal kena telan aje, tapi kalau kesedaran untuk menyihatkan diri sendiri pun takde, takde sape dapat tolong. Ye tak?

Kenapa nak kena makan suplemen Shaklee aje? Suplemen lain tak boleh ke?
Jawapannya boleh....Kalau nak makan suplemen lain pun takde masalah, yang penting ada pengiktirafan 100% organik dan semulajadi ok! Sebab kita sendiri sedia maklum bahaya suplemen sintetik a.k.a. kimia untuk jangka masa panjang. Bahaya okey!!

Untuk sahabat tersayang, saudara mara dan insan tersayang, mestilah kita recomend yang terbaik, betul tak? Aai sendiri dah rasa perubahan makan suplemen Shaklee, mesti kita share kebaikan dengan insan tersayang kan? 

Sampai hati ke tengok insan tersayang tak happy dengan hidup sebab asyik demam aje atau asyik selsema aje? So, this is the one way aai share kebaikan dengan sesiapa saja, agar mereka dapat ambil kebaikan dan manfaat apa yang aai tulis ni.

Ok, kita sambung baca info tentang herblax ni...

1. Herblax

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. 
Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. 
Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana.
Dan ianya 100% SEMULAJADI. 
Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. 
Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. 
Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. 
Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Info penting berkenaan Herbalax
(Kredit to: Mummy Mia)
Herb-Lax adalah product yang mendapat gelaran JULAP LEMBUT dalam rangkaian product Shaklee.
Herbalax seeloknya diambil sebelum tidur.  
Hasilnya anda berasa perut anda telah dicuci sebersih-bersihnya keesokan harinya. 
Serius, anda perlu cuba.Herb-Lax bertindak dalam masa 6 jam selepas diambil. 
Oleh itu pengambilan sebelum waktu tidur sangat digalakkan.
Bagaimanapun ibu hamil adalah dilarang menggunakan herbalax ye.

Kenapa Herb-Lax tidak boleh untuk ibu hamil??
Herb-Lax dikategorikan sebagai herba dan pengambilan herba akan meningkatkan suhu badan ibu tersebut. Sekaligus meningkatkan risiko keguguran. 
Selain herb-lax, alfalfa juga dilarang.

Jadi bagaimana ibu hamil yang mengalami masalah pelawasan??
Supplement yang boleh diambil adalah OsteMatrix yang dilengkapi dengan calcium dan magnesium. 
Pil kalsium (yang hanya mengandungi kalsium sahaja) akan menyebabkan masalah sembelit, oleh itu magnesium amat diperlukan untuk melancarkan proses perkumuhan. 
Selain itu, pengambilan B-complex juga sangat membantu pada peringkat trimester pertama kehamilan.

[TESTIMONIAL HERBLAX]
Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...
" Sebenarnya sebelum saya mengenali Shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herblax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"

larat ke nak minum jus sayur? Baik telan je alfalfa dan herblax kan....

2. Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”
Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. 
Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. 
Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. 
Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Aai ada buat entry pasal alfalfa sebelum ni. Boleh klik sini.
Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalampencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. 
Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). 
Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. 
Sangat hebat kan! 
Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. 
Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik, menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.

Best kan detox dengan Herblax dan Alfafa ni. Bukan sahaja detox, malah banyak betul faedah lain yang boleh kita dapat untuk kesihatan dan kecantikan.

JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA!
Harga seperti di bawah;

Herblax 120 tablets = RM52.50

JANGAN MAKAN HERBLAX HARI BERKERJA @ HARI TRAVEL JAUH TAU.
Kesan membuang sangat tinggi. Kadang kadang tu, macam tak leh nak control.

Untuk cara makan yang betul, aai akan guide sampai bila-bila. Biar betik? 
Betul,aai guide sampai you all puas hati dan dapat result yang superb!!

Tunggu dulu, anda mesti nak diskaun dan harga istimewa kan?
Caranya :
  • Mendaftar sebagai ahli. Anda akan dapat diskaun bagi setiap produk. Boleh jadi sumber pendapatan juga. Mana la tau ada kawan nak kirim. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi aai.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.


No comments:

Post a Comment