MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN IBU MENYUSU

18.3.14
Sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan bayi, perlu diingat bahawa apa yang dimakan akan turut dinikmati oleh bayi. Oleh itu ibu mestilah prihatin dengan pengambilan makanan mereka kerana dibimbangi makanan yang tidak berkhasiat akan mempengaruhi kesihatan bayi. Bahkan ada makanan yang kurang baik boleh menyebabkan reaksi alergi dan pencernaan kepada bayi.

Sebaiknya aai menyarankan ibu-ibu buat satu jadual makanan yang elok dimakan dan yang perlu dielakkan, dan ditampal di kawasan dapur agar memudahkan anda. 

Berikut adalah makanan yang harus dielakkan oleh ibu menyusu:

Makanan berkafein
Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari. Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam.

Bawang putih
Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda. Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.

Buah masam
Bagi ibu yang menggemari buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya menyusukan bayi tanpa gangguan. Jeruk, lemon, mangga muda dan asam segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti. Biasanya rasa asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi.


Kekacang
Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi. Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang. Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi.


Sumber : pama.karangkraf.com

Ada tak sesetengah ibu-ibu yang mengalami masalah seperti di bawah :

KENAPA SUSU SAYA TAK PEKAT ? CAIR? SUSU MULA MERUDUM? BADAN PENAT DAN CEPAT LETIH? ANAK PULA KUAT MENYUSU?DAH ELAK MAKANAN MACAM KAT ATAS TU PUN, SUSU TAK BANYAK JUGAK...

JANGAN CEPAT MENYERAH KALAH! 
  • Ini bukanlah satu alasan untuk anda terus berhenti dari menyusukan anak anda. 
  • Teruskan dari memberi yang terbaik untuk anak dengan set penyusuan Shaklee. 
  • Ia bukan sahaja memberikan tenaga kepada ibu malah membantu membanyakkan susu.
  • Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini, dapat meneruskan sunnah nabi untuk melahirkan generasi yang kuat fizikal dan mentalnya.
  • Isha-Allah.


Untuk ORDER, SMS/WHATSAPP 'ESP' ke 013-7722024

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE LIFETIME CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.

No comments:

Post a Comment