Ada Apa Dengan 3 Budak India VS 3 Budak Tahfiz

18.11.14
Assalamualaikum,

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog happylife-mama.blogspot.com.

Semoga anda semua sihat. Di pelihara kesihatan dan dipermudahkan segala urusan.

Catatan ai hari ini adalah pengajaran daripada pengalaman ai sendiri berlaku petang semalam.

Bila baca tajuk, mesti anda tertanya-tanya ada apa dengan 3 orang budak india dengan 3 orang budak tahfiz ni kan.

Kisahnya bermula apabila ai tak check auto lock pintu kereta ai seperti biasa ai lakukan sebelum naik ke pejabat ai di tingkat 2. 

Tiba-tiba lebih kurang pada pukul 3 petang, ai dapat call daripada rakan sepejabat menyatakan ada masalah sedikit berkaitan dengan kereta ai.

Bila ai turun ke kereta, terdapat 3 orang pelajar tahfiz bersama seorang rakan sepejabat berdiri disamping kereta ai.

"Ye, kenapa ya Encik Din?" Tanya ai.

"Pelajar tahfiz ni nampak 3 orang budak india agak mencurigakan tingkah lakunya dengan kereta siti, kebetulan anak-anak tahfiz ni nampak dan diaorang tanyakan dengan En. Din tentang kereta Siti ni" Terangnya dengan serius.

"Macam mana kejadiannya dik?" Tanya ai pada 3 orang pelajar tahfiz tersebut.

Sumber : al-affan.blogspot.com - pelajar tahfiz (gambar hiasan)

"Kami nampak ketika kami nak makan dekat cafe Tahfiz. Seorang budak india masuk dalam kereta, seorang lagi tunggu di luar kereta dan lagi seorang tunggu jauh sikit dari kereta. Dan waktu kami nak menuju ke kereta ini, mereka semua lari." Jelas salah seorang pelajar tahfiz itu dengan tenang.

Ai agak pelik juga, sebab sebelum naik ke pejabat, ai yakin memang ai kunci autolock 2 kali. Rupa-rupanya kunci pintu sebelah pemandu dah tak berfungsi dengan baik.

Sebab, bila ai unlock dan lock semula, kunci pintu tersebut memang tak nak mengunci dirinya. Boleh guna ayat tu? Janji sampai maksudnya. Kan. 

Jadi, sah silap ai tak check dengan sempurna kereta ai.

Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa barang yang hilang. Sedangkan di tempat duit syiling ai ada letakkan duit lebihan lunch tadi lebih kurang RM12++.

Kerana syukur yang teramat, ai hadiahkan duit baki lunch ai tadi pada ketiga-tiga pelajar tahfiz tadi.

Walaupun mereka menolak bersungguh-sungguh. Ai juga mengadiahkannya bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga kepada mereka bertiga.

Pada hemat ai, sepatutnya duit tersebut dah berada di tangan 3 orang budak india tu. Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Jadi, sudah semestinya duit ai yang ada dalam kereta pada waktu itu adalah menjadi milik pelajar-pelajar tahfiz tersebut.

Sempat juga lah berkenalan dengan mereka. Mereka masing-masing dari Pahang, Batu Pahat dan Muar dan berusia 14 tahun.

Mulianya hati mereka. Semulia hati ibubapa mereka menghantar anak-anak mereka untuk menjadi bekalan mereka di ahkirat kelak. Dan seperkara lagi, pelajar-pelajar tersebut adalah anak didik Akademi Tahfiz Al-Affan di Segamat, Johor. Berdekatan dengan pejabat di mana ai bekerja.

Amacam?

Termenung seketika ai dengan kisah yang berlaku sebentar tadi sambil mencungkil pengajaran disebalik kejadian ini.

Banyak yang ai boleh kaitkan. Antaranya :

  • Allah hantarkan 3 orang budak india, supaya ai beringat musibah boleh berlaku di mana-mana sahaja dengan sedikit kecuaian ai sendiri. Budak india tu tak salah, sebaliknya ai yang bersalah kerana membuka peluang untuk mereka. Betul tak?
  • Allah hantarkan 3 orang pelajar tahfiz untuk ai ambil iktibar, anak-anak tahfiz suci bersih dan luhur hatinya. Membuatkan ai berniat untuk menjadikan anak-anak ai pelajar tahfiz juga suatu masa nanti.
  • Allah memberi peringatan pada ai, dan ai pun terdetik di dalam hati. ai, bulan ni kau belum bersedekah lagi tau. Jangan buat-buat lupa pulak. Dan itu menjadi rutin ai setiap bulan dengan memberi sedikit sumbangan di tabung pelajar tahfiz di pejabat Dun di bawah pejabat di mana ai bekerja.

Dan jangan salah faham ya. Niat ai untuk menceritakan perkara ini bukan untuk meraih pujian, jauh sekali sanjungan. Apalah sangat dengan nilai sumbangan yang tak seberapa tu kan.

Tapi, matlamat ai adalah untuk menjelaskan pada anda bahawa betul kata guru ai, Hj. Dr. Azizan Osman, katanya :

"Untuk bersedekah, kita perlu paksa diri kita untuk ikhlas bersedekah. Bukan tunggu ikhlas baru nak bersedekah"

Mendalam maksudnya tu. Faham? Okey lah, ai bagi contoh mudah.

Pesannya lagi, untuk menguji ikhlas kah kita dalam bersedekah, cuba kita keluarkan duit paling besar dalam wallet untuk disedekahkan di tabung masjid apabila singgah untuk bersolat di masjid.
Kalau waktu tu, duit paling besar RM100, sedekahlah RM100.
Kalau waktu tu, duit paling besar RM50, sedekahlah RM50.
Ada berani?
Kalau masih ragu-ragu dan berbelah bagi, maknanya masih belum berapa ikhlas niat kita bersedekah.
Ini bukan ai yang cakap, ini guru ai yang pesan. 
Jadi, apa kita perlu buat?
Sila paksa diri kita untuk bersedekah.
Lama-kelamaan ianya akan sebati dengan jiwa kita.
Jangan takut miskin, sebab Allah dah sebut dalam Al-quran,

Surah An Nisaa'> Ayat 114
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar."
Jadi, pengajarannya sangat besar buat diri ai supaya menjadi insan yang lebih teliti dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, pasti ai ingat sampai bila-bila kisah 3 orang budak india dan 3 orang pelajar Tahfiz.

Kerana 3 orang pelajar Akademi Tahfiz Al-Affan yang berhati mulia sudi membantu ai, ai pun tergerak untuk menulis tentang mereka supaya ramai insan lain di luar sana dapat mengambil iktibar dan pengajarannya.
Maka dengan ini, ai ingin menyeru kepada pembaca blog happylife-mama.blogspot.com yang nak berjinak-jinak untuk menderma, marilah sama-sama kita menderma ke Akademi Tahfiz Al-Affan.

Murahkanlah hati anda untuk membuat pelaburan saham akhirat.

Pihak pengurusan akademik amat mengalu-alukan anda yang budiman untuk menderma di akaun seperti di bawah :

NO. AKAUN : 0107-8010-0212-05 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

NAMA AKAUN : AKADEMI TAHFIZ AL-AFFAN

EMEL : tahfizaffan@gmail.com

ALAMAT : No. 9, Tingkat 2, Wisma PPNJ, Jalan Putra 1/2, Bandar Putra IOI, 86000 Segamat, Johor.

http://al-affan.blogspot.com/

Sumbangan anda amat bernilai ertinya.