NAK KURUS?? BACA NI, 10 MAKANAN MEMBAKAR LEMAK

20.3.14
Badan kita adalah amanah Allah, Jaga dengan baik ye!

Ramai di antara kita yang memang betul-betul nak kurus, tapi tak tahu cara yang sebenar. Suka-suka hati skip makan dengan alasan nak kurus dengan cepat.

Bukan macam tu caranya kak oi. No. no. no. Berbahaya buat macam tu. Nak diet kena ikut cara yang betul. Kena belajar dengan orang yang dah terbukti kurus dengan jayanya.

Namun, masih ramai yang sering melakukan kesilapan diet seperti mengikuti program diet segera. Jika berjaya dengan cara ini pun, paling lama ia bertahan antara tiga hingga lima tahun. Selepas itu, berat badan kembali seperti asal.

Itulah yang dinamakan diet yoyo. 

Kesilapan dalam mengamalkan diet seperti ini kadangkala memberikan kesan negatif untuk masa depan. Justeru kali ini aai nak share info makanan yang betul-betul membakar lemak. Supaya kita dapat selitkan dalam menu harian kita untuk menyumbang kepada pelan diet atau pemakanan kita yang betul-betul berkesan.

1. Oat
  • Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. 
  • Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol.




2. Telur
  • Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. 
  • Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik.




3. Epal
  • Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. 
  • Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.




4. Green Cili
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.



5. Bawang putih
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik.



6. Madu
  • Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. 
  • Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi.




7. Teh Hijau
  • Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. 
  • Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita.
  • Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.




8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS)
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.



9. Tomato
  • Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. 
  • Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. 
  • Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.



10. Coklat Gelap
Coklat gelap mengandungi Flavonoid. Ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. 
Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.


Sumber : 1malaysianews.com

Kalau rasa dengan usaha menjaga pemakanan kita, rasa macam lambat sangat je berat ni nak turun. Atau kalau dengan sebab-sebab di bawah ni :
  • Kenapa le timbang ni macam rosak je? Berat tak naik dan tak turun pun.
  • Habis baek punye jaga makan ni?
  • Pergi pizza hut dengan member-member pun tahan aje tekak dari makan pizza, tapi macam makin berat je?
  • Makan pedas giler (guna cili hijau), sampai macam nak berasap telinga, berat statik aje?
  • Nak makan coklat gelap punye pasal hari-hari pergi secret recepies. Makin gemuk le badan aku nih!
Membuatkan anda fedup, izinkan aai bantu anda turunkan berat badan dengan 100% makanan tambahan semulajadi.
Set lengkap Kurus

Suka aai nak remind pada diri aai sendiri dan sesiapa pun  diluar sana yang berhajat untuk turunkan berat badan, janganlah putus asa, sabarlah.

Jom tengok testimoni dulu,




Kalau penurunan sedikit dan kita dah rase penat dan tak berbaloi, janganlah give up mungkin boleh cuba cara lain yang sesuai dengan badan kita. Dah bersedia untuk memulakan hidup baru dengan diet yang betul?? Aai bagi jaminan akan bagi guideline yang simple tapi praktikal untuk sesiapa saja yang benar-benar ingin kurus dengan cara yang betul dan selamat.

Dan yang lagi penting aai akan sediakan jadual makan yang disyorkan oleh pakar pemakanan Shaklee. Ini bagi mendapatkan kesan yang optimal agar setiap wang yang anda laburkan berbaloi. Takkan anda ditinggalkan terkapai-kapai mencari cara makan di internet. Selamat berdiet dengan selamat ya.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE LIFETIME CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN IBU MENYUSU

18.3.14
Sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan bayi, perlu diingat bahawa apa yang dimakan akan turut dinikmati oleh bayi. Oleh itu ibu mestilah prihatin dengan pengambilan makanan mereka kerana dibimbangi makanan yang tidak berkhasiat akan mempengaruhi kesihatan bayi. Bahkan ada makanan yang kurang baik boleh menyebabkan reaksi alergi dan pencernaan kepada bayi.

Sebaiknya aai menyarankan ibu-ibu buat satu jadual makanan yang elok dimakan dan yang perlu dielakkan, dan ditampal di kawasan dapur agar memudahkan anda. 

Berikut adalah makanan yang harus dielakkan oleh ibu menyusu:

Makanan berkafein
Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari. Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam.

Bawang putih
Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda. Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.

Buah masam
Bagi ibu yang menggemari buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya menyusukan bayi tanpa gangguan. Jeruk, lemon, mangga muda dan asam segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti. Biasanya rasa asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi.


Kekacang
Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi. Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang. Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi.


Sumber : pama.karangkraf.com

Ada tak sesetengah ibu-ibu yang mengalami masalah seperti di bawah :

KENAPA SUSU SAYA TAK PEKAT ? CAIR? SUSU MULA MERUDUM? BADAN PENAT DAN CEPAT LETIH? ANAK PULA KUAT MENYUSU?DAH ELAK MAKANAN MACAM KAT ATAS TU PUN, SUSU TAK BANYAK JUGAK...

JANGAN CEPAT MENYERAH KALAH! 
  • Ini bukanlah satu alasan untuk anda terus berhenti dari menyusukan anak anda. 
  • Teruskan dari memberi yang terbaik untuk anak dengan set penyusuan Shaklee. 
  • Ia bukan sahaja memberikan tenaga kepada ibu malah membantu membanyakkan susu.
  • Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini, dapat meneruskan sunnah nabi untuk melahirkan generasi yang kuat fizikal dan mentalnya.
  • Isha-Allah.


Untuk ORDER, SMS/WHATSAPP 'ESP' ke 013-7722024

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE LIFETIME CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

KRIM AJAIB BERKESAN 100% MERAWAT RUAM BAYI

17.3.14
Pernah tak bayi anda kena ruam macam ni?

atau

Ruam di muka

atau

Ruam di tangan

atau

Kulit kaki atau tapak tangan pecah-pecah?

Insha Allah, boleh selesai masalah anda sekiranya anda cuba krim ajaib ni. 
Jom kita ambil tahu manfaat daripada krim ini,seperti di bawah :


Antara KHASIAT Herbal Blend Multipurpose Cream ni adalah:

- Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
   (Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki)
- Menyelesaikan masalah kulit gatal, eg: Eczema
- Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
- Menghilangkan ruam pada bayi
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
   (sapu keseluruh badan suhu akan turun)
- Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak
- Memecahkan Lemak/Pembuangan Angin
   (Cara : Urutan di bahagian perut)

100% semulajadi dan bebas bahan kimia.

ORDER NOW!!

Mengapa saya kata NOW? Sebabnya krim ajaib ni selalu sangat OUT OF STOCK
Mengapa selalu OUT OF STOCK? Sebabnya krim ajaib ini dah bantu selesaikan masalah raaaaamai orang.
Mengapa raaaaaamai orang suka krim ajaib ni? Sebabnya ramai orang dah guna
Mengapa ramai orang dah guna? Sebabnya mereka dah percaya

Tak kenal, maka tak cinta
Jom beli satu, aai tak suruh percaya, tapi cuba dulu. Baru ente tau penangan krim ajaib ni... :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

7 KETUL EMAS BUAT ISTERI SOLEHAH

9.3.14
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Kisah ini pernah aai tulis pada entry lepas bertajuk tasbih fatimah. Klik sini.


Fatimah pada suatu haritelah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. 
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. 
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya : “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?” 
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklahdia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. 
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesahdalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. 
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Betapa besarnya pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa keluh kesah. Semoga ini juga dapat membantu aai dan para isteri yang lain.

Bukan itu aje ada juga hadith-hadith mengenai khidmat isteri ini kepada suami. antaranya ialah :

  • Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
  • Isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun,
  • Isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
  • Isteri memasak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
  • Apabila menjemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari.
  • Betapa bestnya menjadi isteri. huhuhu….Jadi, wahai kakak, redhalah dengan segala tugas-tugas di rumah sebagai isteri. dan berdoalah agar suami akak menjadi suami yang taat kepada perintah Allah. Kepada suami kakak tu tadi, takyah ler sampai mengherdik mengeluarkan kenyataan serupa itukan. Isteri itu tempat untuk dimanja dan dibelai. bukan diherdik. sama-samalah kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah swt.
Sumber : Google dan sekilass.com

Aai pun juga setiap hari cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami. Ye lah kan, siapa tak mahu suami soleh. Tapi sebelum request pada Allah nak yang baik-baik aje, contoh macam nak anak dengar kata, nak suami tolong kita buat kerja rumah, nak anak bijak dan cerdik, perlu kita cermin diri dulu, cukup baik kah diri kita ni untuk mendapat yang terbaik?

Kesimpulannya, kita perlu perbaiki diri kita sendiri menjadi lebih baik. Walaupun tak berapa baik dimata orang, sekurang-kurangnya prestasi diri kita hari ini adalah lebih baik dari hari semalam. Jom sama-sama kita jadi isteri solehah. Biar suami merasakan aura isterinya, bahawa sebenarnya setiap hari kita sedaya upaya berusaha untuk menjadi yang tebaik.
Allahuakbar..

susu soya perisa vanilla 100% organik pilihan isteri solehah =)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.

Read more ...

AL-FATIHAH BUAT PENUMPANG KAPAL TERBANG YANG MASIH HILANG. ALLAH LEBIH MENGETAHUINYA

9.3.14


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Pertama sekali dengar berita kapal terbang terhempas adalah hari Sabtu 9.30am kat berita di TV. Agak terkejut kerana melibatkan sejumlah penumpang yang sangat ramai. Aai turut berasa sedih sebab kehilangannya melibatkan ramai nyawa.

Punca kehilangan kapal terbang tersebut, memang misteri. Sama-sama kita berdoa agar kapal terbang tersebut selamat dijumpai.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan mengadulah kepada Allah SWT. Jika dapat menitiskan air mata maka akan memberikan kelegaan pada jiwa. Allah SWT berfirman maksudnya :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Innalillahi Wainaailahi Rajiun' (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’)" (Surah Al Baqarah ayat 156)
Di riwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW mengajar umatnya agar beristirja' dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar maupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun di tuntut untuk membaca doa di atas.



Orang-orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila berlaku sesuatu yang menguji keimanan mereka. Mereka tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah SWT sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku.(Tafsir a-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah).

Khasiat dan Kaifiat Beramal :

1. Mendengar berita kematian atau kemalangan.

2. Di timpa musibah sama ada besar atau kecil.

3. Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.

Dalam hadis yang lain :

Dari Ummu Salamah r.ha mengisahkan: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata: "Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya."

Ummu Salamah berkata, "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, "Adakah kaum muslim yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa rasulNya. Rasulullah SAW mengutuskan Hathib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk baginda. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu. Baginda bersabda, "Adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah SAW."

(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah SWT dengan menyerahkan diri kepada-Nya. Setiap musibah, kesusahan dan penderitaan dalam hidup ada hikmah dan kebaikannya. Kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan dan setiap penderitaan akan ada kebahagian. Berdoa, berusaha dan bertawakal adalah senjata dan amalan orang mukmin. Kebaikan itu sentiasa menghiasi peribadi mukmin iaitu bila dikurniakan rezeki dia bersyukur dan jika ditimpa musibah dia bersabar kedua-duannya membawa kebaikan.


Credit to : Abu Basyer

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

10 Cara untuk fokus dlm membuat kerja

5.3.14

1. Menjauhkan diri dari pengunaan internet yang tidak kena mengena dgn kerja
- seperti aai ni..ape yg aku tgh buat ni? blogger..facebook..forum..hentikan yer..fokus-fokus..

2. Berehat dgn cukup di waktu tidak bekerja.
- balik rumah lepas kerja rehat dan jgn main game, etc
- tido awal
- research mengatakan baca buku or tgk tv pon guna otak..so ape yg perlu buat supaya xguna otak..tido je. Tapi jangan terlebih tdo pulak ye.

3. Makan dengan cukup
- makan breakfast sebelom buat keje, tp jangan bantai nasi beriani plak..nanti keja xsiap..nk tido je

4. Workout n senaman
- Pagi2 sebelum datang kerja buat light workout supaya badan dan otak ready nak buat kerja

5. Abaikan call/sms yg boleh menganggu fokus
- abaikan call dari credit card agent atau bank
- abaikan kawan kat group yang tak tau kita tengah kerja
- jangan abaikan sms/call dari bos plak

6. Ketepikan hal peribadi
- anggap diri kita seperti org lain jika didlam office.
- meskipon anda mempunyai masalah yg bertimbun diluar sana. dalam office anda bukanlah org yg mempunyai masalah itu..masalah itu milik anda semasa diluar kerja sahaja.

7. Mandi
- dan tak lupa juga anda perlu mandi..kalau xmandi bukan anda je xleh buat kerja, orang sebelah turut mendapat tempiasnya... 

8. Buat satu task dalam satu waktu
 - ini lah kunci fokus sebenarnya. ramai org nk buat semua kerja dlm satu waktu. macamana nk fokus.

9. Sediakan timeline dan timesheet
 - setiap kerja yg nk fokus memerlukan plan iatu timeline
 - nak fokus kepada next task memerlukan timesheet supaya kita keep trak apa yg sudah dilakukan dan apa yg belom

10. Supplement
 - ambillah suppliment seperti B complex supaya menjadikan minda kita ini cerdas dan tubuh yg ready utk membuat apa-apa kerja. Klik sini untuk ketahui fungsi-fungsi vitamin B complex yang mungkin anda belum ketahui lagi.


Setakat ini dulu tips yang aai ada utk fokus dalam kerja.
kalau anda mempunyai tips2 tambahan sila sumbangkan.
apa yang anda sedang buat sekarang?
internet? stop! kalau ada kerja yang pending..tapi xpe kalau nk layari blog aai ni..
boleh release otak utk fokus dlm kerja seterusnya..

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

DETOX SEMULAJADI DENGAN ALFALFA DAN HERBALAX

4.3.14


Petang ni nak share satu produk shaklee yang selalu je OUT OF STOCK kat HQ.
Nak tahu kenapa selalu terjadi kes ini di hq. Teruskan membaca ya.
Jom kita tengok tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan.

Tanda-tanda Toksin Berlebihan
  • Sering letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
  • Sering alami sembelit atau cirit-birit
  • Timbulnya jerawat dan bintik hitam
  • Berat badan naik
  • Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
  • Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
  • Cepat marah dan mudah murung
  • Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi

Simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, anda digalakkan untuk melakukan proses DETOX. 
Selain daripada simptom-simptom di atas, aai juga sarankan kepada sesiapa sahaja yang baru mahu memulakan program pemakanan kesihatan bersama suplemen Shaklee atau mana-mana supplemen, pastikan anda DETOX terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

agak-agak boleh faham ke gambaran kat atas ni?

Apa itu Detox dan Mengapa Detox Penting
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 
Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna. 
Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. 
Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinyaintestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). 
Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. 
Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil
Usus besar boleh menyerap mineral dan air. 
Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 

Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

Dari Manakah Datangnya Benda-benda Toksin Ini?


Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

Detox Secara Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa : Shaklee

Sekarang ni memang banyak betul pilihan produk untuk detox ni. 
Kalau pergi Watson atau mana-mana kedai jual produk kecantikan, berderet-deret segala macam jenis produk dijual untuk detox, sedia duit jer :)

Namun, tahukah anda bahawa kita boleh menjalani detoks secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.


Sayur dan makanan kat atas tu yang men'detox' badan kita, tapi persoalannya terjamin ke ke'organik'an sayur tersebut? Pekebun kita ada pengiktirafan organik kah dari kementerian? Macam pekebun di UK, mereka ada pengiktirafan untuk pekebun organik. Kesedaran mereka terhadap makanan organik begitu tinggi. Pada pendapat aai, Malaysia masih kurang peka terhadap isu ini.. Sebenarnya, makanan organik yang men'detok' badan kita. 
Macam mana nak detox badan, kalau sayur yang kita makan ada racun serangga perosak?
Jadi, langkah mudah, kita makan suplemen organik keluaran Shaklee.
Bersusah payah, Shaklee buat kajian tentang suplemen untuk kita dapat manfaatnya, tinggal kena telan aje, tapi kalau kesedaran untuk menyihatkan diri sendiri pun takde, takde sape dapat tolong. Ye tak?

Kenapa nak kena makan suplemen Shaklee aje? Suplemen lain tak boleh ke?
Jawapannya boleh....Kalau nak makan suplemen lain pun takde masalah, yang penting ada pengiktirafan 100% organik dan semulajadi ok! Sebab kita sendiri sedia maklum bahaya suplemen sintetik a.k.a. kimia untuk jangka masa panjang. Bahaya okey!!

Untuk sahabat tersayang, saudara mara dan insan tersayang, mestilah kita recomend yang terbaik, betul tak? Aai sendiri dah rasa perubahan makan suplemen Shaklee, mesti kita share kebaikan dengan insan tersayang kan? 

Sampai hati ke tengok insan tersayang tak happy dengan hidup sebab asyik demam aje atau asyik selsema aje? So, this is the one way aai share kebaikan dengan sesiapa saja, agar mereka dapat ambil kebaikan dan manfaat apa yang aai tulis ni.

Ok, kita sambung baca info tentang herblax ni...

1. Herblax

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. 
Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. 
Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana.
Dan ianya 100% SEMULAJADI. 
Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. 
Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. 
Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. 
Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Info penting berkenaan Herbalax
(Kredit to: Mummy Mia)
Herb-Lax adalah product yang mendapat gelaran JULAP LEMBUT dalam rangkaian product Shaklee.
Herbalax seeloknya diambil sebelum tidur.  
Hasilnya anda berasa perut anda telah dicuci sebersih-bersihnya keesokan harinya. 
Serius, anda perlu cuba.Herb-Lax bertindak dalam masa 6 jam selepas diambil. 
Oleh itu pengambilan sebelum waktu tidur sangat digalakkan.
Bagaimanapun ibu hamil adalah dilarang menggunakan herbalax ye.

Kenapa Herb-Lax tidak boleh untuk ibu hamil??
Herb-Lax dikategorikan sebagai herba dan pengambilan herba akan meningkatkan suhu badan ibu tersebut. Sekaligus meningkatkan risiko keguguran. 
Selain herb-lax, alfalfa juga dilarang.

Jadi bagaimana ibu hamil yang mengalami masalah pelawasan??
Supplement yang boleh diambil adalah OsteMatrix yang dilengkapi dengan calcium dan magnesium. 
Pil kalsium (yang hanya mengandungi kalsium sahaja) akan menyebabkan masalah sembelit, oleh itu magnesium amat diperlukan untuk melancarkan proses perkumuhan. 
Selain itu, pengambilan B-complex juga sangat membantu pada peringkat trimester pertama kehamilan.

[TESTIMONIAL HERBLAX]
Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...
" Sebenarnya sebelum saya mengenali Shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herblax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"

larat ke nak minum jus sayur? Baik telan je alfalfa dan herblax kan....

2. Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”
Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. 
Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. 
Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. 
Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Aai ada buat entry pasal alfalfa sebelum ni. Boleh klik sini.
Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalampencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. 
Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). 
Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. 
Sangat hebat kan! 
Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. 
Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik, menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.

Best kan detox dengan Herblax dan Alfafa ni. Bukan sahaja detox, malah banyak betul faedah lain yang boleh kita dapat untuk kesihatan dan kecantikan.

JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA!
Harga seperti di bawah;

Herblax 120 tablets = RM52.50

JANGAN MAKAN HERBLAX HARI BERKERJA @ HARI TRAVEL JAUH TAU.
Kesan membuang sangat tinggi. Kadang kadang tu, macam tak leh nak control.

Untuk cara makan yang betul, aai akan guide sampai bila-bila. Biar betik? 
Betul,aai guide sampai you all puas hati dan dapat result yang superb!!

Tunggu dulu, anda mesti nak diskaun dan harga istimewa kan?
Caranya :
  • Mendaftar sebagai ahli. Anda akan dapat diskaun bagi setiap produk. Boleh jadi sumber pendapatan juga. Mana la tau ada kawan nak kirim. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi aai.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.


Read more ...

ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee tak bagus?? Jangan beli...

3.3.14
Ekstrak soya berkualiti dari ESP & 100% semulajadi

Jangan beli kalau tak tahu apa fungsi sebenar ESP yer...

Segala info di bawah nanti menjawab tajuk entry di atas mengenai soya dari sumber ESP.

Sebenarnya aai dah pernah buat entry tentang ESP sebelum ni. Tapi disebabkan ESP sedang mengalami fenomena harga tergolek-golek menjunam, aai pun tambah lagi info mengenai ESP ni. Klik sini.

Mungkin info yang aai tambah ni sedikit sebanyak memberi faedah buat yang masih belum tahu 1001 khasiat ekstrak soya yang 100% semulajadi ni. 
Jom kita sedut info kat bawah ni, yang aai dapat daripada grand 'nanny' aai dalam shaklee ni ya...

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTING KE PROTEIN UNTUK BADAN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

DAH TAU KE BELUM?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. 
Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

ESP yang sedang 'berhantu' bulan Mac 2014

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. 
Amat penting dalam diet harian kita. 
Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 
Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 
Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. 
Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM)
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  3. Liver (penyakit hati)
  4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  12. Irritability (Badan menggeletar)
  13. Fatigue (Letih lesu)
  14. Weakness (Lemah)
  15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Kelebihan ESP ini ialah :
Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. 
Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

20 JENIS VARIASI RESEPI CARA NAK BANCUH ESP
Memandangkan ESP ni  one of our best seller.. 
Maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba!
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + Susu Anmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat + 1 sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecik serbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oa t+ susu tepung + madu + air masak (blend)
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk
  17. ESP + meal shakes + MILO
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais (blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!


Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
  • Serbuk koko (optional)

Cara-cara : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. Kita minummmm dulu!!!


Dan ini testimoni ESP




Harga seperti di bawah;

ESP Soy Protein 850g = RM150

Dewasa :
Sehari pengambilan, 3 sudu besar sahaja.
Pagi 1 sudu, petang 1 sudu, malam 1 sudu.
Tetapi, bagi sesetengah customer aai,
pengambilan 1 sudu sahaja sehari pun sudah cukup memberi impak yang sangat positif terhadap badan diaorang. Jimat pun jimat kan.

Kanak-kanak : 1/2 sudu besar sehari.

Jika penggunaan 1 sudu besar sehari, ESP boleh membekalkan khasiat selama lebih kurang 2 bulan.

Tunggu dulu, anda mesti nak diskaun dan harga istimewa kan?
Caranya :
  • Mendaftar sebagai ahli. Anda akan dapat diskaun bagi setiap produk. Boleh jadi sumber pendapatan juga. Mana la tau ada kawan nak kirim. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi aai.
  • Atau PM Aai sekarang. Insha Allah kita boleh bincang harga ya..
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...