dulu lepas bersalin anak 1st & 2nd, macam ni le ai...
Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan
satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut
si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor
tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.
Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin
nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku
selepas melahirkan si kecil?
Sekarang, bersalin anak 3rd, rasa jelita gitew... Takkan nak jelita sorang2 kan...
9 Perkara Perlu Anda Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku
kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat
rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah
setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran,
anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan
kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima
hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur.
Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan
rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100
helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen
melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam
keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan
semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih
banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut
akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke
12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan
masalah ini berlaku kepada mereka.
Apa Anda perlu lakukan?
Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan
kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia
seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit
kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius
terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit
postpartum thyroiditis.
Makanan Mencegah Keguguran Rambut
Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi,
memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh
menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan
tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering
dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin.
Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran
darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar
rambut sehingga mencegah keguguran.
Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara
kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh
untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang
membuatkan rambut kuat dan sihat.
Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C.
Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut
semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
Buah-buahan SegarTembikai, pisang, epal, oren dan
buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi
mengurangkan keguguran rambut.
Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan
tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut
membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk
pertumbuhan rambut.
Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3,
vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala,
mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.
Kunyit dan jintan
merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang
pertumbuhan rambut lebih sihat.
Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat
membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan
sihat
sumber:majalah Pa&ma
Semoga ebook ini membuka mata dan minda anda untuk mencari part time job yang tak ganggu kerjaya hakiki anda.
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/aira
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE ALFALFA SHAKLEE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
No comments:
Post a Comment