Terjumpa post dalam facebook berkaitan petua awet muda..
Jadi supaya tak kehilangan petua ni, aai share di sini untuk saya dan pembaca
sekelian. Gambar di bawah ni saja selingan je.
Antara beberapa petua awet muda yang anda boleh cuba .
Amalkan setakat termampu.
Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,
amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas
dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,
minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3
kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari
yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi
di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di
indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur
kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama,
setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam
sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur
sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah
dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun
dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat
banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga
yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih
dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah
wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga
la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun
dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari
telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan
jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan
setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari
atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Psst: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda
semua.
No comments:
Post a Comment