Asalamualaikum..
Selamat petang buat pembaca blog tegar. Hari AHAD macam hari ini, biasanya ramai yang tido time gini. Tapi bukan bagi saya. Saya lebih rela menaip dan terus menaip untuk menggantikan diari yang dah lebih 10tahun saya tinggalkan. Dulu zaman anak dara, masa banyak terluang. Sekarang anak dah nak masuk 3 orang, nak tido pon tak sempat. Tapi takpe saya suka. Lebih-lebih lagi semenjak berkenalan lalu jatuh cinta pandang pertama dengan unsur semulajadi berwarna kuning dan hijau.
Apa tu? Kuning dan hijau? Macam tak kena gaya je bahasa tu. Betul. Memang tak salah. Benda semulajadi tu yang buatkan saya semakin sihat, ceria & bertenaga sepanjang waktu mengandung dah nak masuk 28minggu ni. Rasa menyesal jumpa benda tu lewat sekali.
Shaklee B-complex (120 tablet/botol)
Shaklee Vita-lea (120 tablet/botol)
Ini lah dia benda yang saya sebutkan tu. Tak tahu macam mana boleh jatuh cinta dengan dua benda paling basic untuk ibu mengandung macam saya. Pertemuan pertama bermula di fb, bila terjumpa buku 'sorry boss!!! saya terpaksa berhenti kerja' Rasa terpanggil untuk download. Benda free, apa nak risau, download ajelah..
Bila dah baca, rasa macam kena tampar pulak. Bukan kena tampar dengan sapa-sapa pun. Sebenarnya rasa kesedaran timbul betapa bahagianya dapat jaga anak sendiri depn mata sambil berkongsi kebaikan dengan ramai ibu-ibu di luar sana. Saya yakin dan percaya, masih ramai ibu yang masih tercari-cari suplement yang semulajadi dan selamat. Sebelum ini saya juga tak tahu yang mana satu vitamin sintetik dan yang semulajadi. Nak bezakan pon tak reti. Pregnant yang 3rd ni, saya tak amik suplement dari klinik, saya faham dah sikit kenapa saya tak perlu ambil suplement klinik gov tu. Bukan tak bersyukur, tapi saya ada sebab yang tertentu. Sebabnya ada 2 aje pada saya;
Pertama, malas nak makan 2kali sehari, sekali makan dekat 4biji. Nak kena makan sebelum makan dan selepas makan pulak sebelah malamnya. Sendiri mau ingat, nak makan pil perancang nan sebiji sehari pun terskip, inikan pula nak makan 4biji pil sehari.
Kedua, rasanya mampu untuk spent duit untuk dapatkan yan lebih baik. (bukan pil dari gov. x bagus) Pilihan di tangan kita kan... So saya beli obimin & neurogain. Dah rasa lengkat sangat dah tu. Tak payah banyak-banyak le. Tak termakan karang. Bila dah 2-3bulan berlalu, macam mahal le neurogain tu. memang pun. Sebotol 30kapsul rm50. Hehehe... Cuba juga cari alternatif lain yang bagus untuk mama & baby & dengan harga yang reasonable.
Berbalik semula pada buku yang saya baca sampai khatam dalam 1 malam tu aje. Saya mula membuat sedikit research dengan produk shaklee yang katanya bagus sangat tu sebab disebut-sebut akan keberkesanannya pada kesihatan kita dalam buku tu. Lagi banyak saya cari info, lagi yakin saya untuk mencuba. Disamping itu, ada beberapa kelebihan yang saya nampak bermanfaat buat diri saya. Antara manfaatnya ;
1- 100% natural
2- Menjimatkan duit poket
3- Tak risau serasi atau tidak sebab saya dah baca berpuluh-puluh testimoni melalui research yang saya buat di internet.
4- Kalau saya jadi ahli & beli untuk diri sendiri, lagi jimat
5- Bila saya share dengan ibu-ibu lain yang mempunyai masalah yang serupa dengan saya, opkos saya syorkan produk shaklee
6- Saya dapat bantu ibu lain menjadi sihat, ceria & bahagia seperti saya sekarang
Ada banyak lagi, tapi list kat atas tu paling top six. Hehehe...
Tapi opkos juga ada satu rahsia yang tak ramai orang tahu amalan untuk menjadikan badan kita sihat cergas sepanjang hari..... Mula-mula saya tak perasan pun. Tapi bila dah diamalkan dekat 5bulan, baru saya perasan yang kesihatan saya bertambah baik & maintain cergas. Berbanding sebelum saya amalkannya, selsema berpanjangan hampir tak tahu kenapa tak sembuh-sembuh. Padahal macam-macam ubat dengan suplement saya telan. (masa tu tak jumpa shaklee lagi...) Nak tau apa dia? Syyy.... mama-mama comel aje yang bleh tahu tau..
Jeng..jeng..jeng..saya amalkan membaca doa nurunnubuwwah. atau biasanya orang melayu sebut doa nur buat. Mula-mula saya baca sekali time berhajat aje atau time teringat aje. Doa tu saya dapat dari kitab pemberian ibu mertua yang sangat saya cintai, Puan Siti Kamariah Binti Haji Tasimin. Nama kitab tu 'Majmu' Syarif'. Tapi bila tengok khasiatnya..masya-Allah sangat bagus. Maka, saya amalkan tetiap hari sekali. Baca lagi khasiatnya banyak betul, saya amalkan pulak baca 1x lepas setiap solat fardhu 5waktu. Dan sekarang saya dah jadi terhafal pulak.. Alhamdulillah, dah tak payah bukak kitab. Doa saya lepas solat simple aje, saya baca doa nur buat, ayat kursyi & surah insyirah. Doa bahasa melayu pun baca juga ikut hajat.... :)
Doa nur buat / doa nurunnubuwwah
Khasiat yang terkandung dalam doa Nurbuat ialah :
• Hajat dapat terkabul, jika dibaca sesudah sholat fardhu secara rutin.
• Dapat bertemu dengan Jin, bisa merubah rupa .
• Dapat diampuni dosa kita, jika dibaca ketika matahari terbenam.
• Dapat disayangi oleh musuh, jika dibaca ketika hendak keluar rumah.
• Dapat menjadi penjaga rumah dari gangguan jin, sihir, santet dan bahaya lainnya, jika ditulis lalu disimpan di dalam rumah.
• Dapat menyelamatkan serangan hama, jika ditulis lalu diletakkan pada tanaman.
• Dapat mengusir jin dari tempat-tempat angker, jika ditulis dan diletakkan di tempat tersebut.
• Dapat kesejahteraan dunia akhirat jika dibaca setiap hari secara rutin.
• Dapat menjauhkan dari kekufuran dan perbuatan maksiat jika dibaca 50 kali setiap malam Jum’at.
• Dapat memperlihatkan hal-hal yang indah, jika dibaca 100 kali pada malam Sabtu.
• Dapat menawarkan air laut, jika dibaca lalu ditiupkan pada air laut tersebut.
• Dapat awet muda jika dibaca setiap malam Minggu
• Dapat keselamatan hidup jika dibaca setiap malam Isnin.
• Dapat menguatkan tubuh jika dibaca setiap malam Selasa.
• Dapat menguatkan gigi jika dibaca setiap malam Rabu.
• Dapat menjadikan wajah tampak lebih tampan/cantik jika dibaca setiap malam Kamis.
• Dapat menjinakkan binatang buas jika dibaca pada telinga binatang tersebut.
• Dapat bertemu Nabi Muhammad dalam mimpi jika dibaca 100 kali sebelum tidur.
• Dapat menyembuhkan segala macam penyakit jika dibacakan pada minyak kelapa lalu dioleskan pada bahagian yang sakit tersebut.
• Dapat dikasihi oleh penguasa, pejabat jika dibaca setiap hari.
• Dapat berjalan jauh, jika dibacakan pada daun sirih yang bertemu ruasnya lalu disapukan keseluruh tubuh dan kedua kaki.
• Dapat bertemu dengan raja jin jika dibaca pada tengah malam dalam keadaan suci.
• Dapat keselamatan dari pertempuran jika dibaca ketika akan berangkat bertempur.
• Dapat diterima lamaranya jika dibaca ditempat sunyi setelah siangnya berpuasa.
• Dapat memudahkan kelahiran jika dibacakan pada segelas air lalu diminumkan pada Ibu yang akan melahirkan tersebut.
• Dapat menyembuhkan sakit pada mata jika dibaca lalu ditiupkan pada mata yang sakit.
• Dapat menyembuhkan gigitan binatang berbisa jika dibaca lalu ditiupkan pada gigitan tersebut.
• Dapat kemuliaan di lingkungan masyarakat jika dibaca secara rutin setiap hari.
• Dapat menolak hujan bagi yang takut kehujanan di tengah jalan.
• Dapat menyembuhkan sakit digigit haiwan berbisa seperti ular, kala jengking atau lipan.
• Dapat melenyapkan permusuhan jika dibaca sebanyak-banyaknya.
Dipersilakan mama-mama comel amalkan untuk kesejahteran & kebahagiaan hidup. Mudah-mudahan berkesan.
Apa-apa pun keutamaan saya hanya pada keluarga tercinta. Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi apa yang membuatkan diri saya bahagia. Moga-moga menjadi inspirasi buat mama-mama comel juga ya.
Cinta hati - Rais & Radhi
Selamat berhujung minggu!!!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan
keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya
duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)