Assalamualaikum
Semoga pembaca blog aai dilimpahi rezeki yang banyak dan halal.
Semoga mendapat sedikit manfaat daripada apa yang aai kongsikan di bawah.
Sebenarnya bermula aai dapat tahu Rais sakit angin pasang apabila suatu pagi yang indah, cikgu rais telefon aai.
"Assalamualaikum, puan Aisah ke ni? saya cikgu Rais, tadi doktor ada buat pemeriksaan semua pelajar-pelajar di sekolah ini, saya nak bagitau buah Rais xde."
What????
Tak ke haru dibuatnya bila cikgu kata buah anak kita takde.
Petang tu juga bila balik dari jemput Rais dan Radhi, terus periksa Rais punya.
Kelakar pun ada rasanya.
Bila cek-cek, eh ada ni...
Apa pula cikgu kata takde.
Berhari-hari juga aai google tentang masalah Rais ni.
Sampai pada hari date appoiment Rais dengan doktor pakar.
Ayat-ayat doktor pakar buatkan aai tak keruan lepas tu.
Sebelum tu nak cerita sikit, apa sebenarnya undecent testes ni.
Menurut web doktorbudak.com, ia bermaksud buah testis tidak turun sampai ke kantung skrotum yang sepatutnya sudah berlaku sebelum lahir ( antara 30 – 40 minggu dalam kandungan).
Keadaan ini sebenarnya agak biasa dirujuk kepada doktor kanak-kanak.
Mengikut statistik, lebih kurang 1% daripada bayi lelaki mempunyai masalah ini.
Bayi lelaki yang lahir pra-matang akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.
Tetapi masalah Rais, testis dia kadang-kadang berada dalam kantung dan boleh kembali ke atas dekat 'Inguinal canal' seperti dalam gambar di bawah tu.
Jadi, aai rasa ianya bukan sesuatu masalah yang besar. Dia ada harapan untuk sembuh tanpa pembedahan.
Aai yakin 100%!!!
Gamba kredit : http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/undescended-testes/
Jadi, apa yang perlu dibuat oleh doktor sewaktu pembedahan?
Ini penerangan doktor tentang pembedahan yang akan dijalankan pada 26.4.2016 nanti.
Belah bahagian atas (kiri dan kanan)
Untuk pastikan urat cukup panjang untuk ditarik ke kantung dan nak pastikan tisu tidak rosak.
Belah bahagian bawah (kiri dan kanan)
Untuk menarik testis ke kantung.
Kemudian testis dijahit pada kantung supaya tidak bergerak ke dalam abdomen semula.
Seperti dalam gambar di bawah.
Sedih tau ummi...
Gambar kredit : http://www.doktorbudak.com/2013/07/17/undescended-testes/
Jadi, of course Rais kena operate.
Confirmed minor operation to his 'ehem-ehem'
Oh tidaaaaakkkkkkk.......
Appointment date for operation 26.4.2016
Sedih je ummi tengok doc set date operation. Sabar aje la hati ni.
Balik dari apoiment, aai rasa macam semacam je rasa.
Rasa macam tak kena saja.
Sebab mengenangkan Rais yang comel tu nak kena belah-belah oleh doktor.
Dia tak mengalami masalah pun, tak sakit pun.
Macam tak patut je nak kena operate.
Doc siap pesan, jangan urut.
Hari itu, aai cuti. Lepas siap jumpa doktor, hantar Rais kat sekolah macam biasa.
Huby pun cuti, bawa aai pegi kedai eksesori hp depan pasaraya ekonsave kat Segamat ni.
Aai tunggu je dalam kereta, sementara huby cari casing dan screen protector hp aai.
Nak harap aai pegi beli sume mende alah tu, memang tidak lah.
Takde masa nak fikir perkara serupa itu.
Syukur huby aai prihatin, selalu tolong belek hp aai.
Tolong bersihkan screen protector, bersihkan casing.
Semua tu dia buat waktu aai dah tdo.
Sebelum tu pelik juga, bangun tdo je, nak pergi kerja, tengok hp aai dah bersih.
Rupa-rupanya huby yang selalu tolong bersihkan.
Tq huby sayang. wink...wink...
Tergerak hati nak toleh belakang kereta, eeh...Mak Ros (bekas pengasuh Radhi n Rais n Redza)
Lama dah tak jumpa dan jenguk dia.
Aai pon keluar kereta salam dan bertanya khabar.
Rupa-rupanya selama aai dah beberapa bulan tidak jenguk Mak Ros,
Dia menderita sakit pinggang yang teruk.
Doktor di klinik kesihatan ioi suspek Mak Ros ada masalah buah pinggang
berdasarkan keputusan ujian darah Mak Ros.
Bila rujuk klinik, doktor suruh ke klinik pakar di Hospital Segamat.
Tapi Mak Ros bijak, dia berubat cara Alternatif Islam.
Rasa aai la kan, jika Mak Ros ke doktor pakar, confirm kena operate juga macam Rais.
Dah itu kepakaran doktor kan..
Ini name card dia.
Aai sambung Part II setelah Rais buat rawatan alternatif Islam dengan En Asman.
Kepakaran en Asman ni pula lebih LUARBIASA hebat.
Siapa yang pendek akal, mesti fikir dia ni bomoh guna jin atau syaitan. Nauzubillah.
Mana taknya, gaya je lebih macam doktor, cucuk sana, cucuk sini.
Tekan-tekan keyboard komputer.
Tapi semuanya hanya lakonan semata-mata.
Serius.
Semuanya tak nampak mata kita.
Tapi mungkin, nampak di mata dia.
Kalau tak percaya, sila datang ya.
Aai tak suruh percaya, tapi sila datang.
Sakit hampir apa saja yang doktor boleh operate, dengan izin Allah en Asman boleh buat.
Aai yakin bila, Rais dah sembuh.
Tak perlu operation.
Yayyy......
Oklah nanti aai sambung part II untuk pengalaman berubat Rais, aai & huby.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga anda mendapat manfaat daripada kisah Rais ini.
Regards,
Ummieyesa