➡Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi.
Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut.
Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita.
Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia.
Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza. Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung.
Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa.
Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan.
Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih.
Garam bukit pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya.
Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.
Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran.
Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan ia dikatakan adalah garam asli.
Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung.
Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa.
Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan. Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan wallahua'lam.