- Dah lama sangat tak update dan tak buat entri kat blog aai yang cute ni (perasan). Hehehe
- Tapi apa pun alhamdulillah aai sihat disamping huby yang BEST dan anak-anak yang comel lote. (walaupun sumenye boboboi).
- Aai ada nak share sesuatu yang tak ramai suami boleh buat.
- Tapi Alhamdulillah, bukan nak puji, tapi nak hargai huby aai sendiri boleh buat. Syukur.
- Huby aai komited dengan kerja dia, disebabkan dia sibuk dengan kerja dia, dia sangat jarang baca pun entri aai ni, takpe dia tak tau yang aai puji dia. Sekurang-kurangnya hidung dia tak kembang sangat. Hahaha...
- Pastikan suami anda juga boleh buat. Rasulullah boleh buat, mengapa tidak suami anda kan..kan..kan..
Ala..sweetnye huby masak once a week.... :)
::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi,
banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda
jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak.
RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN
INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA.
Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)
HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. BIARLAH ORANG NAK KATA :
"MACAM DIA SORANG ADA SUAMI"
DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN.
Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak betul? betul?
tahukah anda::
Jom hargai pasangan anda.. ^__^
tahukah anda::
- Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
- Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
- Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
- Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
- Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.
- Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
- Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
Jom hargai pasangan anda.. ^__^
:: JANGAN AMBIK KESEMPATAN PLAK BILA SUAMI DAH RAJIN TOLONG KITA DALAM HAL RUMAH TANGGA. BERSYUKUR LAH SUAMI NAK TOLONG YEA ::
Selamat beramal
Back to sunnah, JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
Ini antara point yang aai dapat dari fb tadi.
Rasa memang berbaloi dan bahagia rasanya dapat suami yang sedikit sebanyak dapat amalkan sunnah nabi.
Berbahagialah...
Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda
LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan
rakan kita yang lain.